Wednesday, February 9, 2011

diari hari ini..

hari ni aku cuti sebab ada appointment dengan pakar peadriatik dari Spital Taiping... keluar rumah awal gila.. kul 7:45 dah terpacak kat spital.. pintu pun orang tak bukak lagi.. pegi awal tu pasal en suami nak masuk kerja.. dia tinggal kami dua beranak kat spital dulu.. kemdian dia pegi bengkel, bagi briefing sket kat bebudak keja.. kemdian lagi sekali dia mai spital..

sementara tunggu nak bagi kat appointment kat misi, aku tengok hero kecik ni baik laa sangat.. duk diam2 je.. tengok cleaner dok mop lantai & cuci pintu kaca.. ada laa kot dalam 15 minit.. lepas tu dia dah buat cam kat rumah sendiri.. siap menjerit2.. (sebab suara bergema kat tempat kami duduk tu..) iskk.. mula la segan dah ni.. orang dok jeling2 je..

pelan-pelan aku tarik hero kecik masuk ke klinik lawatan pakar tu.. baru ada 3 orang yang datang.. tak lama lepas bagi kad appointment, misi panggil utk timbang & ukur tinggi.. berat dah 15kg, tinggi dah 86cm.. aku ingat dah turun dari penimbang tu ok laa dia nak duduk sengap2... alih2 nak main penimbang tu.. naik turun naik turun.. tiap kali ada orang naik, dia mesti tunggu belakang nak naik jugak.. iskk.. haru sungguh kalau dok buat perangai jakun ni.. geram pun ada jugak.. dok larang tak mo dengar..

mujur la tak lama lepas tu en suami datang.. lega sket.. sebab lepas tu dia yang take over larang hero.. aku leh aa wat2 tak nampak je.. (ngelat!)

jumpa doktor cerita sket apa yang jadi dalam masa 6 bulan sebelum ni, - hero demam, kena kaki tangan dan mulut, batuk & selsema sampai kena sedut gas.. bla.. bla.. bla.. ujung2 doktor bagi Asthma Chart utk aku tandakan perkembangan hero selama 3 bulan.. aku ingat dok sekolah je nak kena wat repot.. dok rumah pun sama... alahaii...

oleh kerana hari ni hero ada sikit selsema atau senang cakap, keluar hingus je.. aku mintak la kat doktor nasal spray supaya kurang laa sket hingus hero ni.. (alasan sebenornye tak mo beli kat farmasi.. pasai mahal benda tu..) doktor pun bagi laa slip.. tunggu laa aku kat kaunter ubat.. last2 pharmacist tu panggil aku.. dan seperti biasa bila niat nak benda free je.. pharmacist tu cakap kat aku nasal spray tu tak der kat hospital, dia suh aku beli sendiri kat farmasi.. ceh! hampes betol la.. kena la pi beli sendiri..

alang2 ubat cegah alahan hero pun dah habis aku pegi la beli kat klinik pakar yang selalu aku pi tu... sebijik ubat rega RM5.50.. aku mintak utk 2 minggu je.. dia bagi 8 biji.. tambah dengan nasal spray RM23.. perghh.. bukan sikit2 rega doktor ni bagi aku.. bayor je laa... mujur laa ubat tu makan setengah setiap malam je.. buatnye makan tiap2 hari 2-3 kali sehari.. mau aku buat keja part time lepas ni..





*harap lepas tempoh 3 bulan makan ubat ni hero kecik tak la kena asma...

2 comments:

anyss said...

Salam,
susah jugak kalau ada asma. Harap2nya cepat pulih

Pengumuman kepada Peserta Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia

ejaescobart said...

tu la.. harap sangat cepat baik hero kecik tu..