Sunday, February 20, 2011

Amah dari neraka?

tadi pagi aku sempat menonton Nasi Lemak Kopi O di TV9.. tajuk isu kali ni Hentikan Tangisan.. iaitu mengenai penderaan kanak-kanak oleh pembantu rumah.. tetamunya pulak pelakon Linda Helmi & pengacara Wardina Saffiyyah..

memang terkejut bila mendengar cerita pengalaman mereka berdua tentang pembantu yang telah mendera anak semasa mereka keluar bekerja.. paling sedih cerita Linda Helmi macam mana anaknya dihempas pembantu sehinggakan anak kecil itu sudah pun berusia 7 tahun sekarang ni masih lagi trauma..

sambil itu, beberapa video rakaman CCTV pelbagai cara penderaan pembantu sama ada dari Malaysia atau luar negara ditayangkan.. memang aku tak sanggup nak tengok.. geram pun ada.. ada satu rakaman tu kelihatan kanak-kanak perempuan aku kira mungkin berusia 5-6 tahun sedang berjalan di ruang tamu.. tiba-tiba pembantu ni datang merentap tangan kanak-kanak tersebut sehingga jatuh tertiarap.. kemudian disepaknya kepala kanak-kanak itu sebanyak 3-4 kali.. tak cukup dengan itu dia pijak belakang kanak-kanak itu dengan kedua kakinya..(berdiri di tengah belakang) Ya Allah.. tak sanggup sungguh aku nak tengok lagi.. memang betul-betul kejam.. apa la salah kanak-kanak sebesar itu..



* alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan pada aku.. aku dapat pengasuh Ammar yang sayangkan budak-budak.. semua yang dijaganya dilayan macam anak sendiri.. Alhamdulillah..

No comments: