Friday, February 18, 2011

serang cikgu sebab anak balik lambat?

terbaca entry dari Cikgu Su tentang cikgu di serang ibubapa.. kisahnya, anak balik lambat.. kemudian cakap cikgu tahan tak bagi balik.. yang si bapa ni terus serang cikgu kat sekolah.. tak dapat serang, di suruhnya isteri pulak datang serang.. kisah lanjut kat sini.

teringat masa aku baru posting tahun 2008 dulu.. aku ngajar murid tahun 3 Bahasa Melayu.. kena pulak waktu terakhir sebelum balik.. aku bagi soalan kerja rumah.. semua murid salin soalan kecuali dua orang.. bila bunyi je loceng, masing2 dah kemas barang nak berbaris utk balik.. termasuk la dua orang yang tak buat apa-apa tu.. aku tak bagi peluang, aku suruh dua orang tu salin jugak sampai habis sebelum balik.. alah.. bukan laa amik masa sampai setengah jam pun.. aku kira dalam 10 minit macam tu.. budak berdua tu pun balik..

ingatkan tak de la 'bunyi' sebarang komplen.. rupanya ada jugak.. siap bapa salah sorang murid ni sound aku masa mesyuarat AJK PIBG lagi.. pergh.. sound depan GB pulak tu.. mujur laa aku ni bukan la jenis diamkan diri aje.. tambah2 bukan salah aku... aku explain la kat si bapa ni anak dia tak salin soalan kerja sekolah sedangkan murid lain dah siap salin.. hah apa lagi.. terus terdiam si bapa nye tu...

sejak dari insiden tu, kalau ada pun murid yang balik lambat aku pasti akan lambatkan satu kelas.. kalau 2-3 orang je mungkin kena serang macam ni laa.. tapi kalau satu kelas, biasa aku terangkan balik kat murid tu sebab apa kena tahan.. siap suruh budak2 tu buat ayat lagi.. bukan apa, budak2 sekarang ni advance tak macam dulu.. budak2 dulu hati lurus, cakap yang betul je tak pandai buat cerita.. budak2 sekarang cerita yang betul pun kadang2 di tokok tambah langsung jadi tak betul..





*info dari cikgu2 sini.. setakat ni di sekolah baru ni belum ada lagi kes cikgu diserang ibu bapa.. syukur... :)

No comments: