Monday, February 7, 2011

berita baik untuk aku!!!!

tadi pagi GB buat pengumuman.. sekolah aku akan menerima seorang lagi guru baru.. yang baru keluar maktab.. dikhabarkan guru baru ni opsyen Matematik jugak.. aisey.. aku dah cuak dah.. buatnye kelas yang aku dok ngajar sekarang ni di baginye kat cikgu baru ni.. iskk.. sedih laa pulak.. sedih pasai tak dapat nak buli budak2 tu lagi.. sumpah aku tipu je..

yang pasti jadual baru akan keluar dalam sehari dua lagi... jadi aku tak payah laa nak tunggu bulan depan utk rompakan rombakan jadual.. dan pasti jumlah waktu aku akan berkurang.. dan lebih pasti Isnin bukan lagi hari stress aku.. yay!! best best!

sebut pasal hari stress.. hari ni aku kurang stress sket.. mungkin sebab aku dah minum susu + oats sebelum ke sekolah.. biasa aku tak sempat nak minum apa2 .. apatah lagi nak bersarapan sapu2 roti dengan jem ala2 drama Melayu tu..

cuma tadi ada 2 orang jadi mangsa 'tongkat warrant' aku.. sorang pasal keja sekolah yang aku bagi sebelum cuti tak siap.. sorang lagi tak bawak buku yang dijanji utk hantar kat aku hari ni.. aku bukan suka2 nak bagi rasa 'tongkat' aku tu.. tapi dah diorang yang mintak.. aku ni cikgu yang penyayang.. bila murid mintak.. aku terpaksa bagi.. jadi aku bagi la sorang 10 .. baik kan aku ni?? utk kebaikan masa depan dorang jugak.. supaya ingat tentang amanah dan tanggungjawab diri sendiri..


dah la tak nak bebel panjang... nak layan 'Gemilang' jap..




* dengar khabar guru baru anak guru besar sekolah.. huhu..

1 comment:

Citarasa Rinduan said...

cikgu eja


wah..senang hati gitu
sure penangan oat tu..berseri2 gitu..
kalau pengganti utk kelas mate tu anak GB..
peeh....ayu pun tumpang happy..