salam.. tadi dalam kul 8 aku call pengasuh Ammar.. anak dia yang jawab.. jenuh lama tunggu dia x mau cakap dengan aku.. last2 aku pesan je kat anak dia suh dia kumpul2 segala barang2 Ammar yang ada kat rumah.. esok lepas sekolah aku angkut balik rumah..
tak dan 5 minit.. telefon.. telefon berbunyi.. ada haiwan dalam bahaya.. eh! wonderpet plak..en suami yang jawab.. rupa2 pengasuh yg call.. dalam hati aku.. eh! eh! tadi punya lama aku call tak mau nak cakap.. ni bleh plak return call aku.. dengan professionalnye aku jawab jugak laa cal dia tu.. dia tanya macam2 laa kenapa tetiba nak stop hantar Ammar.. dia emergency hari ni.. demam + pening kepala pasal tu laa dia tak leh nak jaga Ammar..
then aku explain laa kat dia.. yg aku nak stop pun pasal ada reason..
1. selama ni dia asik merungut tiap2 hari time aku nak amik Ammar.. dia merungut.. tak dan nak masak nasik, tak dan nak masak lauk la.. tak dan nak sidai kain laa.. sebab? Ammar tak mau dok diam..
2. dia penah kata dia pun ada hal penting bila hari sabtu ahad.. dan mulai bulan depan aka Oktober hari sabtu aku akan ada saja aktiviti skolah yang aku nak kena attend.. jadi aku tak mau nak dengaq rungutan dia tak bleh jaga Ammar pasai.. bla.. bla.. bla.. bla..
3. tahun depan anak bongsu dia dah form 3.. sure dia akan busy nak hantaq p tuisyen la segala bagai.. jadi aku tak mau dengan adanya anak aku dia tak dapat nak hantaq anak dia p tuisyen plak..
4.aku cakap kat dia.. bila Ammar dah tak dak kat rumah dia tu mudah laa dia nak uruskan rumah tangga dia.. hari sabtu ahad dia nak pi cucuk bintang kat mana pun tak gaduh org nak rosak dia punya plan.. (sungguh bukan ayat aku ni...aku cakap dengan penuh diplomasi tadi.. ye.. aku tak tipu laa...)
lepas je aku cakap alasan2 aku nak stop kan perkhidmatan dia tu..bleh plak dia diam trus pas ganggang telefon tu kat laki dia.. adehh.. cam tu punya org pun ada.. kot laa dia nak habaq dulu dia nak bagi laki dia cakap dengan aku... apa ra.. terkejut jugak laa tetiba suara sudah tukar jadik parau.. (bukan panau ye..)
lagi sekali aku terpaksa ulang suara alasan2 aku kat laki dia.. laki dia just tanya aku dah dapat ke pengganti.. dah aku cakap dapat.. senang je laki dia cakap.. "terpulang laa" haa.. kan ke senang.. tak banyak soal selidik.. macam laa aku ni suspek kes ladang...
esok dia suh hantaq Ammar p umah dia jugak.. tak paa la aku kata kat en suami.. hantaq je laa.. mintak2 anak aku tak diapa-apakan.. takut jugak laa hati orang kita tak tau cemana...
lega sudah hati aku.. settle satu benda... nak menempuh hari jumaat ni pulak tak tau macam mana pulak... harap2 doa aku Allah makbulkan.. aminnn...
No comments:
Post a Comment