Saturday, September 25, 2010

salam.. hari ni patutnya dok umah layan anak, masak, kemas umah.. tapi ada pulak Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kat skolah.. bosan betoi.. nak tak nak dengan hati yg dah tinggai setengah aku gagah laa pi jugak.. tapi sebelum tu ada kes yg buatkan aku nekad amik keputusan ni..

semalam.. Jumaat 24/09/2010.. macam biasa aku amik ammar dari rumah pengasuh dalam kul 1:00.. aku pun bagitau laa esoknya (harini laa, sabtu) aku nak hantaq ammar pasai nak kena attend LADAP tu la.. mula tu dia cakap nak balik kg.. ada jemputan knuri kawen.. aku cuba laa berdiplomasi mintak dia pertimbangkan permintaan aku ni... yang buatkan telinga aku cam bernanah bila dia merungut.. "akak pun ada hal penting jugak.. kalau sabtu ahad pun nak hantaq jugak payah la... " aiks?! camtu plak dia cakap.. bulan ni pun dia jaga amar baru 12 hari.. aku siap bayaq full lagi.. aku baru je serah duit ari khamis tadi.. nih aku mintak ari sabtu dia bleh plak cakap camtu.. dah tu dok suh aku bagi mak aku ja jaga.. gila!! tak dak ati perut ka? mak aku bukan bleh nak gerak banyak pun.. dah laa selasa ni nak follow up dengan doc.. watnya jadi apa2 mak penat ka.. apa ka.. dah tu kena tahan wad pulak ka.. tak ke lagi panjang cerita....

oleh kerana ini adalah kali ke2 dia buat mcm tu.. bila aku betoi2 terdesak mintak tolong dia boleh cakap macam tu.. aku sampai ja rumah.. memang aku cerita laa kat mak.. petang tu jugak mak ajak aku p tanya kawan sama2 pegi ngaji kat surau kalau2 menantu dia bleh jaga ammar... aku bagi masa utk dia tanya husband dia.. aku janji ari ni aku nak call tanya..

tengah hari tadi aku call tanya apa keputusan... alhamdulillah.. menantu kawan mak aku tu sudi nak jaga ammar.. syukur Allah Taala permudahkan segala urusan... kata putus pun dah dapat.. aku stat hantaq ammar pada pengasuh baru hari Jumaat 1/10/2010 ni.. moga2 berkat hari Jumaat ammar dijaga dgn elok.. aminn....


cuma harapan aku diberikan kesabaran dari Allah utk menempuh 4 hari yang mendatang..


p/s: cuma kadang2 aku terpikir.. kerana keterbutaan hati.. duit boleh 'tukar' org dengan sekelip mata...

No comments: