salam... lama sungguh tak uodate.. dah raya ke4 baru ada kesempatan.. eh raya ke4 ada org beraya lagi ke?? kepada yang dah mula bekerja.. selamat bekerja laa ye.. jangan dok sibuk update pesbuk je.. aku tau mesti ramai yg dok upload pic raya ni.. aku jugak yang tak dak pic raya.. maklum laa.. bz sungguh.. tak laa bz pasai jadi chef.. cuma jadi kitchen helper je...
ni nak cita laa sket juadah yang sempat dihidangkan kat tetamu masa raya pertama dan ke2.. nai impit & kuah kacang, laksa penang & kelantan, mee kari, ketupat (guna daun pisang je.. ) dengan rendang daging & ayam... yang lain2 tu kueh2 raya yang sempat aku buat dengan jari telunjuk.. cam tak caya je penuh meja..
update sket pasal mak.. mak dah semakin pulih.. alhamdulillah.. tapi dok gagah jugak nak buat kerja2 dapur.. ada jugak laa dia dok sibuk nak basuh pinggan laa basuh periuk laa.. tak leh tgk katanya... ye laa biasa mak yang jadi mastermind kat dapur.. alih2 kali ni kena dok depan tgk tv je.. bosan ler tu..
hari ni mak ada cakap nak mula bayar puasa yang dia dah tinggal tu... tapi tadi masa subuh aku kejutkan mak dia tak bangun sahur... ubat pun dia tak makan.. so, aku cakap pada mak tak payah laa puasa lagi.. esok laa mula.. ok laa mak pun setuju.. lega sket hati.. risau jugak la kalau mak tak makan sahur pastu ubat plak miss..
nanti dalam kul 8 aku n en suami akan ke Sitiawan.. ada rombongan meminang pak cik dari sebelah en suami aku ni.. oleh kerana raya kali ni kami tak ke mana-mana.. tu yg aku nak join jugak rombongan meminang tu.. rombongan pakcik dari Muar dah sampai kat Sri Manjung malam tadi.. jadual nak ke rumah pihak perempuan dalam kul 11 pagi.. so aku n en suami nak kena gerak awal la.. dah laa aku ni tak berapa nak tau jalan ke Sitiawan tu.. jenuh jugak laa en suami google map malam tadi...
ok laa dah nak dekat kul 7.. nak iron baju bagai,, nanti aku update lagi..
daaa...
No comments:
Post a Comment