menulis tentang macam-macam.. jangan malu-malu jangan segan-segan.. selamber je baca.. tak kena bayar pun... sila oii sila.. hehehehe
Thursday, September 9, 2010
salam aidilfitri...
salam.. semua pun dah tau kita akan menyambut 1 syawal pada 10 september ni.. jadi dikesempatan ini aku ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf jika selama aku menulis ada salah silap kata, ada terkasar bahasa, ada ayat yg menyinggung perasaan yang membacanya.. sesungguhnya semua itu datang dari hati dan tidak pun ada niat utk menyakiti mana2 pihak.. kalau ada pun itu adalah luahan rasa sanubari aku.. aku nak tulis dairi tak minat.. baik aku tulis dalam blog je..
kepada yang baru nak pulang ke kampung, harap selamat dapam perjalanan.. memandu ikut had laju.. jgn memotong barisan @ memotong di lorong kecemasan.. malang memang tak berbau.. ingat Ops Sikap belum berakhir lagi.. kalau dah abih pun drive laa elok2.. keselamatan kita perlu dijaga..sapa lagi nak jaga kalau bukan diri sendiri kan???
kepada yang jauh diperantauan.. jugak diucapkan selamat berhari raya disana.. walau tak ada ketupat rendang, sabaq je laa ek.. alaa.. apa nak heran? org arab pun bukan makan ketupat & rendang pun kan?? kalau makan sandwich pun tak pe.. janji leh raya.. yang penting kita dah berjaya menghadapi dugaan di bulan puasa..
ok laa.. ucapan pun dah macam dalam Sampaikan Aidilfitri.. akhir sekali walau macam mana pun kita sambut hari raya.. sambut laa dengan sederhana.. mulut kena jaga.. hati mau baik.. paling penting keikhlasan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment