Monday, May 14, 2012

Saringan Khas Linus Tahun 2

Isnin..


hari yang aku nanti pun dah tiba... kul 9 tadi pegawai dari PPD sampai ke sekolah bersama soalan numerasi... kalau ikutkan jadual yang diberi oleh PPD ujian saringan untuk literasi mula kul 9 habis 9:30 pagi...

untuk ujian literasi memang tak ada masalah.. murid2 majoriti boleh jawab soalan.. cuma yang aku frust sikit dengan Numerasi.. murid2 cuai dalam mengira.. tepok dahi makcik dok tanda kertas tadi... hadoii...


dan sekali lagi pihak kementrian keluarkan soalan saringan Numerasi untuk tahun 2 dalam dwibahasa.. pada pendapat aku laa kan.. apa rasionalnya nak buat dwibahasa sedangkan murid Tahun 2 ni batch pertama KSSR yang mana silibus semua dalam Bahasa Malaysia.. jenuh laa makcik dok bagitau baca soalan yang bertulisan sendeng..itu pun masih ada 2-3 orang yang terkial2 nak jawab soalan.. rupanya dok pulun baca soalan dalam Bahasa Inggeris... hadoii...


dalam kita dok canang pasal MBMMBI ni boleh pulak soalan saringan kali ni di buat dwibahasa.. dah tu Bahasa Inggeris mendahului Bahasa Malaysia.. pada yang mengajar di sekolah besar memang tak dak masalah.. nih macam kami cikgu2 kampung ni yang jenuhnya.. sudah laa guru tak dibenarkan membantu murid dalam memahami soalan.. senang cakap ujian kali ni macam periksa UPSR laa.. cikgu just jaga budak jgn bagi meniru je.





sebahagian dari soalan..


aku tak cakap banyak laa.. frust ni..





*nak sambung tanda kertas nih... :(

2 comments:

rafshila said...

Sek aku wat esok..... Tapi memang soalan dwibhsa.... Memang pelikkan coz math thn 2 kan dlm bm... Ckgu mth aku tawakal jer...

ejaescobart said...

nampak cam yg gubal soalan ni tak tau apa2 pasai kssr.. x kn terlepas pandang kot?