Wednesday, May 2, 2012

kenapa aku tak tengok berita?

Rabu..

Menjadi kebiasaan hari Rabu murid tahun 6 melanggan surat khabar dengan harga istimewa (pakej murid sekolah).. Apa menjadi tak berapa nak biasa dan selesa adalah kerana berita muka depan hari ini.. Rasanya semua dah tau kot aku tak nak la tulis lagi tajuk berita tu..

Cuma aku nak luahkan rasa kurang setuju dengan berita macam tu keluar muka depan lengkap dengan gambar sekali... Jenuh kami2 yang jadi cikgu nak jawab bila mereka tanya 'cikgu, depa tengah buat apa tu?' apa kah ayat @ jawapan yg sepatutnya cikgu2 macam kami ni nak bagi? Nak jawab gambaq org tengah makan ais krim? Tengah main batu seremban?? Agak2 la sikit wahai para wartawan.. Fikir la sama golongan anak2 yang baru nak kenal dunia... Malu kami cikgu2 ni nak jawab weyy... :-(

Jangan la sampai satu tahap anak2 kita tak dak langsung bahan bacaan yang sesuai sebab semua akhbar dan majalah yang ada di kedai semua kisah politik saja...

*luahan hati cikgu yg gagal jawab soalan murid... :-(

3 comments:

CS said...

assalam

Kita punya wall paper samalah :-)

Hezrin Ahmad said...

eh sume duk ckp psl ni... aku xtgk paper.. gambo apa kuar...huhu

ejaescobart said...

as salam Somuffins..

hehehe.. memang sama... :)


Hezrin,

gambor Azmin Ali... sungguh tak best.. buat malu je...