Friday, December 3, 2010

mujur tak silap sound..

haha.. sungguh memalukan je aku rasa.. cenggini cita dia..semalam pagi ada laa majlis daerah hantar org2 nye buat maintenance kat area umah aku ni.. dorang kena trim mana2 pokok yang hampir @ dah cecah kabel letrik tu...

dalam dok tengok2 dorang buat keja.. (bukan mandor ye..) aku ni risau kalau2 ada dahan yang terhimpap kat bumbung aku ni.. tetiba satu dari dahan kecik tu terkena kabel sebelum jatuh ke bawah.. terus bekalan elektrik terputus...

laa... aku pulak baru je maskkan baju2 dalam mesin.. mesin pun baru gerak 2-3 kali terus diam.. abih laa baju aku terendam nampak gayanya.. ok lagi laa kan.. aku pun try laa kol talian 15454 buat aduan pasai letrik tak dak..

kemudian aku ajak laa mak aku kuar pegi klinik .. nak mintak doktor buat surat utk aku bawak ke GH Penang.. memandangkan doktor Hospital Taiping semalam tak nak buat...kemudian pegi lunch skali sebelum balik rumah...

sampai je au tengok letrik tak dak jugak.. padahal aku kluar dah lebih 3 jam.. heran jugak aku... ye laa keja2 potong pokok tu dah siap.. tapi apa pasai pulak letrik tak dak.. tak bleh jadi ni.. aku pun call balik laa 15454.. tanya lebih kurang kat operator tu... operator tu jawab hari ni memang ada gangguan sampai petang sebab kerja2 selenggara tu tak siap lagi..

aku rasa pelik laa.. bukan semalam ke gangguan letrik nye?? tapi dek kerana aku dah kenyang.. dan tak laa rasa cam nak komplen terlebih2 kat operator tu.. aku letak phone.. terus aku cari notis dari TNB yang aku baca hari tu... tengok2 tarikh dia memang 2/12/2010... hahhaha.. mujur laa aku tak cakap kat operator tu.. apsai TNB buat kerja tak serupa cakap.. kuang kuang kuang...

ni laa akibatnya bila baca sekali imbas.. huhu.. kalau laa aku komplen kat operator tu.. soheh dah aku yang termalu sendiri.. silap2 kena sound balik dengan operator tu.. isk isk..mujur la tak silap sound.. :P

No comments: