menulis tentang macam-macam.. jangan malu-malu jangan segan-segan.. selamber je baca.. tak kena bayar pun... sila oii sila.. hehehehe
Thursday, October 31, 2013
S stand for STRESS
tetiba keluaq tajuk entry pasai stress.. memang stress lately sejak dari minggu lepas bawak ke minggu ni...
apa taknya sistem yang dibangunkan dek MOE kekonon nak lebih nampak maju memang buatkan cikgu-cikgu sangat stress... bukan aku je.. semua cikgu dalam Malaysia yang mengajar subjek melibatkan PBS..sesapa ada anak sekolah dalam darjah 1,2,3 @ tingkatan 1,2 tau laa apa kebenda PBS ni..
mana laa cikgu2 tak bertambah stress... dari awal masuk sekolah dah try bukak page tu.. tak boleh2 nak masuk.. sambung pulak tengah hari.. pun macam tu jugak... balik rumah sambung pulak petang tu... dok lagu tu jugak.. kalau boleh masuk pun boleh bertahan dalam 5 ke 10 minit.. lepas tu sistem asik tergantung je.. (hang) ini yang aku update entry ni sebab dah try dari pukul 9 sampai ke la ni tak boleh nak masuk... ada kawan senasib hantar msg kat wasap bagitau nak kena bukak pukul 12 ke atas... apa??? &^%%$#
tak kuasa nak melayan.. abih je aku post entry ni ada baiknya aku berehat... esok nak mengadap satu lagi objek yg selalu mendatangkan stress kat cikgu2... huhu
gud nite!
Saturday, October 26, 2013
Bila bom dah meletup...
As salam..
Dah lama dak update.. lepas sembuh dari batuk + demam + selsema.. bersambung pula dengan kerja2 ala jurugegas..
Lupakan bab kerja yang langsung tak berkesudahan..
Sepanjang daku tinggalkan sekolah selama 4 hari banyak juga perihal sekolah yang daku tertinggal keretapi..
Al kisah semalam berlaku salah paham antara pentadbir hingga sampai ke tahap mengamuk... tapi tak laa sampai tajap nak menikam dengan pisau rambo... cuma mengamuk pecahkan cermin tingkap pejabat sekolah....
Punca jadi insiden ni bila tahap kesabaran dah sampai ke maksima.. yg pihak satu lagi pulak terlampau bersikap rigid, langsung tak ada tolak ansur..
Hmm.. kadang bila ada yg mengamuk mcm ni baru lah pihak yg satu lagi tu 'bukak mata'...
Friday, October 11, 2013
on & off
Keadaan orang di dalam rumah sama macam semalam... masih lagi kedengaran bunyi kokokan yang pasti bukan ayam bila malam menjelang.. berganti ganti kami dua beranak..
Apa yang menambah rasa risau bila hero kecik masih lagi tak sihat.. demam dari Isnin lepas bawak hingga ke hari ni... paling merunsingkan aku bila dia tak mau nak makan apa-apa.. just minum susu sejak dari pagi tadi.. mungkin selera belum lagi ada...
Apa pun mood aku seminggu ni pun on & off jugak laa.. kejap-kejap cenggeng jugak laa jadinya.. abis tisu 3 kotak...
Wednesday, October 9, 2013
Dia balik tapi tak ada di rumah
Warga dalam rumah masih belum sihat sepenuhnya..
Batuk aku belum nampak tanda tanda nak hilang.. semakin gelap nya hari makin kuat pulak dia nak berbunyi..
Bukan nak cerita tentang penyakit aku yg tak seberapa ni (bak kata sesetengah orang).. sebab ada yang anggap batuk bukan sakit kronik.. tak bawak maut pun.. tapi kuasa Allah tak ada yg boleh jangka kan?
*********
Petang tadi aku nampak dia balik.. pakai baju hijau tudung hijau..tapi sepatah pun tak bercakap.. aku ikut kemana je dia pergi.. tapi dari gerak laku, aku mengerti dia tak ingin aku ikut jejaknya... aku menangis bila sedar dia semakin jauh.. dan dia tiada di rumah...
Al Fatihah... :'(
Saturday, October 5, 2013
Perginya tak kembali
Wednesday, October 2, 2013
bila boss tak ada integriti
baru lepas tarik nafas lega bila kelas dah abis untuk hari ni..
hari Isnin lepas aku & rakan-rakan guru yang lain dapat arahan dari Guru Besar (GB) untuk menjawab soalan ujian kompetensi ICT dari Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Microsoft Malaysia.
aku nak cerita sikit laa tentang ujian ni.. masa yang diperuntukan ialah 40 minit sahaja.. 30 soalan diberi dengan empat pilihan jawapan.. bagi cikgu-cikgu yang biasa dengan bidang ICT ni (dan aku percaya kebanyakan cikgu sekarang ni dah celik IT.. kalau tak, tak kan laa ada cikgu umur 60 ada FB jugekk kan???)
apa yang buatkan aku rasa ujian ni tak ada ketelusan bila mana pentadbir iaitu GB sekolah aku sendiri menjawab soalan dengan meminta bantuan juruteknik komputer bagi jawapan... serupa tak amik ujian la kan?
kalau dah pentadbir sendiri tak ada integriti, jangan laa dok ulang sebut dalam meeting tentang integriti cikgu-cikgu dalam menjalankan tugas.. umpama peribahasa bila ketam mengajar anaknya berjalan betul.. terasa tidak adil bila mana cikgu-cikgu diingatkan supaya menjawab soalan ujian dengan telus.. (orang lain tak boleh tolong jawabkan)... angin jee satu badan bila dapat tau hal sebenarnya...
mode: grrr