Thursday, December 26, 2013

betul la ular paling panjang ialah ulasan..

As salam..


Macam tak kena je tajuk kat atas tu... hentam saja lah.. asalkan ada tajuk ye dak? Aku ni dari dulu memang letak tajuk ikut dan je tak dak kaitan langsung dengan entri kadang tu kan? Apadahal... bukan ada sapa kesah pun... kalau ada sila tinggalkan komen ye... hehe



Hari ni mesyuarat kali pertama untuk sesi 2014 bermula... janji pukul 830 tapi mulanya 900.. biasa laa tu.. tapi yang biasa tu tak semestinya betul kan??


Dengan kehadiran Pegawai dari PPD bersama orang orang kanannya memang terasa agak janggal..


Muqadimmah dari Pegawai PPD pun dah ambil masa lebih 40 minit... ditambah dengan perut ada bunyi2 cengkerik.. mula laa nak menguap je kerjanye...


Mujur laa aku buat persediaan dengan bawak bekal sendiri.. jadilaa dari perut kosong nak dengar ulasan orang2 besar ni...


Roti dah selamat masuk dalam perut.. ni je yg sempat snap..


*mesyuarat sambung esok... huhu

Wednesday, December 25, 2013

25.12.2013 - 5 hari lagi melangkah ke tahun baru..

As salam..


Masing-masing kawan yang bekerja update status di FB tentang aktiviti masak-masak dan makan-makan.. tak kurang jugak update status jalan-jalan makan angin.. (yg ni aku memang jeless)


Aku macam hari-hari sebelumnya.. mengira baki hari cuti yang ada..terus terang cakap mental belum puas berehat di rumah.. ye aku tahu orang lain mungkin rasa cuti cikgu dah mmg banyak pun tak puas? Tahukah anda sekalian.. cuti hujung tahun je laa merupakan cuti untuk cikgu-cikgu yang sebenarnya.. cuti lain di pertengahan tahun tu banyaknya akan dihabiskan di sekolah juga.. (malas nak cita bab ni.. karang ada pulak yang cakap gaji cikgu dah banyak keja kena laa tambah.. ye laa apa-apa saja lah.. yang buruk memang selalu kena kat cikgu je..)


Cita lain...
**********


Hari ni jugak merupakan hari perayaan penganut Kristian.. tak kurang jugak hari lahir kawan- kawan... wah!!! Banyak laa hadiah hampa dapat no... weehuu...


Apa pun semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu...


Lagi cita lain...
***************


Esok dah kena ke sekolah mesyuarat untuk sesi baru persekolahan 2014... tetiba rasa sayu.... uhuk.. uhuk... :'(



Gambar tiada kaitan.. menu semalam dari incik somi...




Thursday, December 19, 2013

PMR.. Tahniah buat semua calon..

As salam..


Hari ni keputusan PMR pun dah diumumkan pagi tadi.. seawal jam 10 pagi.. rata-rata ibu bapa mengambil cuti utk meneman anak sekaligus bagi semangat.. tak kira apa juga keputusan yang akan di diterima.. redha saja kan?


Tak dapat nak bayang macam mana pulak giliran aku nak menunggu keputusan hero kecik nanti.. oh! Jauh sungguh berangan.. mudahan aku sempat rasa momen tu nanti.. aamiinn..


Buat anak saudara ku Nurul Qistina, alhamdulillah & tahniah atas kejayaan 8A dlm PMR.. semoga teruskan usaha dan semangat untuk SPM pula.. andaikata arwah ibumu masih ada.. rasanya dia lah orang yang paling bahagia hari ini.. Al Fatihah buatmu kakak ipar ku Rusilah bt Hassan..


Apa pun tak lupa tahniah buat semua rakan seprofesyen denganku.. tahniah atas usaha kalian bersusah payah mengajar dan mendidik tanpa rasa jemu.. terima kasih!!..




*tetiba rasa entri ni mcm ucapan penggulungan hujah.. skema gitu.. :P

Wednesday, December 11, 2013

11-12-13

Assalamualaikum..


Masing-masing rakan di fb naikkan status tentang tarikh hari ni... tak kurang jugak di tv.. (MHI).. ada benarnya tarikh sebegini hanya akan berulang dalam tempoh 823 tahun.. pada aku semua itu hanya sekadar nombor.. hidup kita masih sama seperti selalu.. apa yang sangat kita hendak ialah hari ini lebih baik dari semalamnya..



Pada hari dan tarikh ini jugak, sahabat lama sejak dari umur 6 tahun akan melangsungkan penikahan dengan jejaka pilihan hati.. doaku buatnya semoga berbahagia dalam melayari hidup sebagai seorang isteri yang solehah dan ibu yang mithali.. insyaAllah...



Tahniah buatmu teman... blog nya di sini

Friday, December 6, 2013

bila banyak fikir, macam-macam boleh terjadi...

Jumaat



Assalamualaikum..


Cuti sekolah masih ada.. kesempatan balik kampung tak dilepaskan.. incik somi memang 'simpan' cuti untuk balik ke Muor.. jumlah hari pun dibahagi-bahagi sama rata.. 3 hari 2 malam di kampung.. selebihnya di KL..


Agenda menziarah kakak di Bangsar dah pun terlaksana pada hari yang sama aku sampai di KL..(Rabu)


Agenda semalam pusing KL utk ziarah keluarga dan rakan taulan yg lama tak jumpak.. bermula dengan ziarah anak rakan yang baru berusia 8 tahun mengidap leukimia AML.. aku tak dapat nak cerita banyak tentang anak kecil ni disebabkan aku tak dibenarkan masuk ke wad oleh misi di situ..


Seterusnya aku ke Gombak menziarah sepupu yang baru kematian anak lelaki tunggal kira-kira sebulan yang lepas.. berita kematian anaknya rancak diperkatakan dan dikongsi di internet juga di suratkhabar. Dikhabarkan video tribute untuk arwah anak saudara ku ini ditonton hampir 1.4 juta kali..


Dan kemuncak percutian aku kali ni terjadi semasa dalam perjalanan ke Gombak.. dengan mengambil masa lebih kurang sejam setengah menempuh keadaan trafik agak sesak kerana hujan lebat.. banyak jugak jalan yang aku lalui naik air (tapi belum sampai tahap banjir).. membuatkan seisi kereta berasa lapar.. cadangnya nak beli cemil cemilan yg dijual tepi jalan terbantut sebab lebat sangat hujan.. dipendekan cerita, incik somi singgah di stesen minyak untuk buang air..


Kereta diparkir agak jauh dari tandas (jauh la bagi aku yang tak berapa nak boleh jalan jauh).. selang masa tak lama tu, dua buah kereta didepan dan pun gerak dari stesen minyak.. ntah apa yang aku fikirkan.. aku nak anjakan kereta ke depan dengan niat dekat sikit.. incik somi pun tak la basah kuyup sangat kena hujan..


Tindakan aku diluara kawalan... mula-mula kaki dah pun aku anjak ke tempat duduk pemandu.. tiba-tiba kaki tersangkut pada brek tangan.. tangan cepat lepaskan brek tangan.. dan sepatutnya aku pindah tempat dudum dengan sempurna.. tetapi tak semena-mena tangan dah pun tarik gear ke D.. kereta dah mula gerak, aku baru nak panik.. tak tau nak tarik apa dulu.. gear dah aku tolak ke N.. tapi lajak masih ada.. kaki nak tekan brek.. tapi tak sampai sebab tersangkut perut..(baru teringat.. yang aku mengandung..!!).. dalam keadaan panik tu, aku angkat je muka tengok incik somi cuma tahan kereta dari sebelah kiri bonet depan.. dan muncung kereta aku pun dah selamat cium bumper kereta depan.. Allahuakbar!!! Apa benda aku buat nih?.. istighfar berkali-kali baru laa terasa perut dah mula senak dan degup jantung laju macam nak pecah dada..


Memang aku tergamam masa incik somi tanya apa yg cuba aku buat.. aku tak ada jawapan.. kerana dalam keadaan masih terkejut.. pemandu kereta depan keluar dengan riak muka terkejut dan marah..sapa la yang tak marah kan..? kalau kereta tak semena-mena dilanggar dari belakang...


Berkali-kali incik somi mintak maaf bagi pihak aku..(aku masih dalam kereta waktu ni dlm keadaaan masih terkejut).. berkali kali juga incik somi katakan pada tuan punya kereta tu berapa nak diminta ganti rugi sebab dah memang sah sah salah aku.. alhamdulillah Allah lembutkan hati tuan punya kereta.. dia pun simpati dengan keadaan aku.. dia tak mintak walau satu sen pun.. dia pun aku nampak redha je dengan keadaan bunper yang terkeluar cat..(kereta dia warna putih, kereta aku warna hitam... boleh bayang laa kot macam mana keadaannya).. walau dalam hati aku pasti dia sangat kesal... huhu..



Dan aku bersyukur sangat pada Allah taala sebab tak ada apa-apa kecederaan yg berlaku... hero kecik dok di belakang masa kejadian berlaku selamber je makan berger.. itu laa yg dikatakan zaman kanak kanak zaman bebas masalah...


Selagi tak dapat, selagi tu la dok sebut.. kalau laa kita mcm ni kan best? Sebut je banyak2 kali terus dapat.. huhu