Friday, December 30, 2011

miting dah abis jadual pun dah dapat...

Jumaat


meeting dah abis.. tunggu nak mulakan tugas je lagi Rabu ni... jadual waktu pun aku dah dapat...







org lain yang tengok jgn la pulak cakap aku makan gaji buta ye... itu baru jadual waktu mengajar.. jadual waktu pengurusan data belum masuk lagi tu....



*tahun 2012 harap2 boleh tarik napas lega laa.. sebab da htambah 2 orang cikgu baru.. alhamdulillah....

Kerbau tepi highway??

Jumaat..


dah lama nak karang entry ni.. asik tertunda jaa... peristiwa ni dah berlaku 3-4 tahun lepas... masa tu aku dok ulang alik dari Pt Buntar ke Ipoh.. hero kecik pun haluih lagi masa tu... time aku lalu kat tempat tu ada area kul 7:00 mlm.. tengah dok rembang senja laa bak kata org tua..

satu hari tu kami lalu (aku, suami & hero) time dah betul2 nak masuk maghrib...tetiba aku boleh pulak toleh sebelah kiri kat kawasan bukit batu kapur tu... aku tengok satu kumpulan kerbau yang banyak dengan saiz yang sangat lah besar dengan tanduk yang sangat panjang... mujur la aku ingat pesan org tua jgn tegur bila nampak benda yang pelik2...

tapi mulut ni nak jugak bersuara.. aku tanya pada en suami.. nampak tak apa yang aku nampak.. dia pun nampak jugak... aku tanya dia.. tak pelik ke nampak binatang tu kat area bukit @ gunung yang langsung x dak lumpur.. banyak pulak tu... rupanya soalan tu jugak laa dok berlegar dalam kepala en suami... lepas tu.. kami senyap tak bercakap sampai laa keluar tol PLUS...

dalam tahun ni lagi sekali aku nampak benda yang sama.. masa tu bulan September tahun ni.. aku rushing nak balik ke Kangar sebab Mak Tok meninggal... kami bertolak pun dah lewat petang.. jadi sampai kat area Exit Batu Kawan tu.. aku sekali lagi nampak kumpulan kerbau yang banyak dan saiz yang besar2 dok kat bawah pencawang elektrik.. kali ni aku tanya en suami & Bonda.. ada nampak tak.. masing2 cakap tak nampak.. hah?! aku sorang pulak boleh nampak.. dan-dan tu laa meremang bulu roma...

konpius kan?




*penah dengar orang cakap yang boleh merupa macam2 ni golongan jin.. betoi ka?

Thursday, December 22, 2011

dejavu.. pernah alaminya?

Khamis..



sana ini bercerita tentang seorang itu yang pernah lahir di Malaysia telah menggempar dunia.. hebat rakyat Malaysia kan?

aku tak mau komen tentang hal itu.. kerana dah ramai bagi komen.. aku jadi pembaca sudah lah..

cuma nak cerita di sini.. dari saat pertama kali aku menatap gambar wajah seorang itu hingga ke gambar perkahwinan yang begitu gah diperkatakan (boleh ke kata gah?) aku terasa macam sudah pun lalui saat dan waktu itu..

aku terasa sudah pun melalui situasi ini satu ketika dulu.. cuma aku tak dapat nak ingat bila waktunya..

kerap jugak melalui saat seperti ini yang di panggil dejavu..

perkara lain yang dianggap bersejarah ialah kematian mendiang Puteri Diana..





*sampai sekarang aku masih tertanya-tanya..macam mana perkara ini boleh berlaku... :-?

Wednesday, December 21, 2011

kesibukan yang menimpa..

Rabu

21.12.2011


lama tak buat entry baru.. tak tau nak mula macam mana.. dan nak mulakan yang mana satu.. rasa macam malu-malu asam bila jumpa sedara yang lama bertahun tak bertemu pun ada..

sejak balik dari KL, Bonda pulak tak berapa nak sihat.. kaki membengkak dari buku lali hingga ke lutut.. dah tu tak berapa nak bergerak banyak.. cepat penat.. dah ke klinik.. paru-paru ada sedikit air..tambahan air dalam badan kurang dikumuhkan.. membuatkan kaki Bonda bengkak.. aku rasa dah macam doktor pulak nak bagi penerangan...

semalam kena ke sekolah.. ingatkan nak tandatangan borang opsyen SBPA je.. rupanya siap dengan ada kursus LDP (Latihan Dalam Perkhidmatan) lagi.. dah tu pulak.. aku antara orang yang nak kena bagi taklimat... oh! sungguh tak sukaa... menyebabkan aku semakin sibuk.. (kalau orang lain rileks je.. aku yang gelabah lebih..)

dek kerana pihak PPD ada masalah apa tah.. borang opsyen tak dapat nak sain lagi.. jadi tunda ke hari ni..jadi pagi tadi dah sain.. hasilnya..

aku akan terus berkhidmat sehingga umur aku 60 tahun baru pencen... tudiaaa!!!!!




*dari balik sekolah aku dok bayangkan cemana rupanya aku mengajar di usia 60 tahun.... *sigh* sambil tangan di atas dahi....

Thursday, December 15, 2011

hidung tercabut??

Khamis













dari pagi sampai la ke masa entry ni di taip.. tak berenti.. mata dah naik bengkak... cam nak tercabut hidung dah rasa.... hatttdoii!!!!

Tuesday, December 13, 2011

Tak Best

Selasa..


Tak Best sebab...
baju berlambak tak cuci lagi.. musim hujan plak tu sekarang ni..


Tak Best sebab...
nak buat keputusan yang perlukan pendapat kedua.. haish!


Tak Best sebab...
ankle masih sakit.. sedangkan aku banyak plan nak ke sana ke sini..


Tak Best sebab...
tadi pegi kedai hardware survey barang.. semuanya harga.. -> mak aih!!


Tak Best sebab...
aku terlupa beli petai yang Bonda pesan tadi.. mesti dia kecik hati... hmmm... :(


Tak Best sebab...
aku dah terlepas 3 episode drama Tentang Dhia... jenuh pulun tengok Tonton nanti...


Tak Best sebab...
perut dah kenyang tapi ada orang dok paksa aku makan lagi.. aku tengah nak diet ni.. iskk!!


paling Tak Best sebab..
gaji belum masuk sedangkang aku punya wishlist panjang berjela... isk isk isk iskkkkk


*entry malam ni pun Tak Best.. haish!!!

Sunday, December 11, 2011

11-12-11

Ahad,


dah kat Muar.. malam tadi sampai.. syukur alhamdulillah.. Allah permudahkan semuanya.. walaupun jem kereta banyak di Tambak Johor.. sampai turn keta aku je.. mudah sungguh.. tak banyak kesah trus jalan..

macam tu jugak masa masuk ke sana.. tak kena cek sangat beg yang aku bawak tu.. maklumla, aku bawak beg dari yang saiz anak-anak sampai ke saiz bapak-bapak.. berderet je dalam boot.. kastam yang tengok pun cam pening nak bukak yang mana satu.. alih-alih.. dia main touch n go je laa... terus suh kami anak beranak jalan.. (tima kasih incik kastam..)

nak tulis panjang-panjang pun internet tak berapa nak laju.. karang aku karang panjang-panjang hujung-hujung tak bleh nak post entry.. sapa yang frust? akuuuu jugak..




*hasrat nak melantak otak-otak sampai muntah belum tercapai lagi hingga saat entry ini ditulis.... huhu

Friday, December 9, 2011

#670

Jumaat..

Masih letih + mengantuk.. Malam tadi selamat sampai d Pasir Ris. Alhamdullilah.. Allah permudahkan segalanya.. Perjalanan dari rumah ke sini mengambil masa 12 jam.. Fuh dah macam pegi haji..


baru pekena nasik + asam pedas ibu mertuaku.. Sedapppp...


*aku nak sambung zZzZZ....

Monday, December 5, 2011

Mencik tau!!

Isnin..


dari awal pagi dah keluar rumah.. mula-mula ke kedai gambar.. nak amik gambar pasport hero.. sampai je ok lagi.. masuk dalam studio dah melalak.. bawak keluar dari kedai.. singgah kedai runcit beli roti.. belasah roti sorang sebiji.. patah balik ke kedai gambar..



makan sorang sebiji..



adegan pujuk memujuk selama sengah jam.. akhirnya berjaya amik gambar...


sampai imegresen.. amik nombor.. ada lagi 50 orang baru sampai turn aku.. aduh.. masak nak tunggu ni.. sabar itu kan separuh daripada iman.. nombor aku pun di panggil.. tak sampai 15 minit dipanggil semula.. yay! bleh dapat pasport.. alih2... "puan, mai balik dalam pukui 3 lebih.. mesin rosak tadi pagi.. so lambat sikit nak siap.. mintak maaf ya"


ok laa perut pun dah macam-macam lagu keluar.. dah kenyang.. pi balik imegresen tadi.. punya la panjang barisan.. setengah jam jugak laa tunggu baru siap...


yang aku nak cerita sebenarnya ialah insiden yang paling aku tak suka... pendek kata mencikkk sungguh laa..

dengan hati gumbira campur lega.. aku ni punya nak turun cepat.. tak mau guna tangga nak guna lift.. tah macam mana... bedebuk.. aku boleh terpeleot depan lift.. ada pulak budak belakang aku tu.. dah laa malu, dok tahan sakit kaki tak boleh nak gerak..time tu jugak laa pintu lift terbuka.. dan dan tu laa ada orang dalam lift tu.. hatdoii!!! malu seh..

cepat-cepat suh hero masuk buat-buat kalut nak tekan button G.. padahal yang dok dalam lift tu suma nak turun ground floor..







*sakit tuu... sungguh tak best!

Sunday, December 4, 2011

rezeki....

Ahad,



Alhamdulillah... rezeki..



Luncai ke Pak Pandir?

Ahad...



ntah bila aku snap pic ni pun dah lupa.. tetiba dia masuk bilik mintak aku amik gambar dia.. sampai macam tu sekali tarik nafas sebab nak senyum,.






*risau time nak buat pasport nanti.. kot dia sengih lagu tu.. haru!

Saturday, December 3, 2011

yeah! nasi lemak unplugged..

Sabtu


lunch..


tak mo cakap banyak.. layan aku punya nasik lemak unplugged... hehe :)





*sedap ooo.. sapa laa nak puji kalau bukan diri sendri.. :P

antara hidung Jackie Chan & Nasi Lemak Kopi O...

Sabtu..


tak berapa nak sihat.. hidung merah dah macam Jackie Chan dalam cerita Drunken Master.. asik bersin dari subuh sampai ke la ni? pedih pulak tu .. sungguh tak best..





tadi pagi tengok Nasi Lemak Kopi O kat TV9.. nostalgia kali ni mengenang zaman Azroy & Motor Scrambler dalam filem Gila-Gila Remaja (GGR).. dah 26 tahun rupanya usia filem tu.. ada yang dah Arwah pun dalam filem tu.. seperti Arwah Yusni Jaafar, Hussein Abu Hassan, Mahyon Ismail..


gimik hero filem iaitu Faisal Hussien masuk ke set dengan motor Scrambler tu memang best laa.. teringat balik babak dalam filem tu.. masa tu aku rasa motor tu la yang paling best mengalahkan Harley Davidson (setau aku time tu belum ada orang guna Harley lagi..)


Faisal 'Chal' pun ada tadi.. dalam GGR dia la mamat debab nama Kuzi.. memang kelakar.. tengok dia tadi pun aku tak berenti sengih (tak mau gelak.. satgi ada kata aku kurang skru pulak).. pelakon yang pegang watak Ravi pun ada tadi.. mati2 aku ingatkan dia tu memang India.. rupanya dia ni keturunan 'Mamak'.. padan la bila dengar dia cakap memang fasih sungguh..


dari kiri, Chin, Kuzi, Roy, Ravi,Remy
yang tak de tadi Chin & Remy.. (ye laa Remy kan dah fofular skrg ni..)


tak lupa penyanyi asal lagu Memburu Impian pun ada tadi.. Kaza.. aku hampir terlupa dia ni sebenarnya penyanyi.. sebab sekarang ni dia lebih banyak muncul dalam drama.. paling meletup dalam drama 'Sutun' memang garang sungguh watak Kaza dalam drama tu... cuma tadi aku agak frust sebab mengharapkan Kaza menyanyi lagu Memburu Impian macam lagu original.. tapi mungkin faktor usia atau terlalu awal utk dia menyanyi dengan key yang tinggi.. (cewah.. aku dah rasa cam pengkritik Vokal dah.. haha)



lama tak lama laa filem ni.. sampai penyanyinya pun dah berumur beruban..
hehe.. jgn mare ye abg Kaza..



apa pun syabas pada TV9 sebab adakan segmen nostalgia.. memang best laa.. lepas ni buat nostalgia 'Ali Setan' pulak.. panggil balik semua pelakon dia.. mau haru biru set aku rasa nanti...





*sekali sekala mengimbas masa lalu best kan? cuma yang pahit-pahit tu tak yah imbas pun tak pe...
**dan aku rasa tengah hari ni aku nak buat nasi lemak laa..

Thursday, December 1, 2011

Unda, Unda, ni apa tu?

Khamis

malam..



sejak dua menjak boleh bercakap ni.. celik mata je mesti macam-macam soalan yang keluar..


"Unda, Unda.. ni apa tu?" ---> bila tengok tv

"Unda, Unda.. ni nak pi mana ni?" ---> bila masuk dalam keta

"Unda, Unda.. ni apa dia?" ---> bila aku on the phone

"Unda, Unda.. mana Amman? ---> bila main nyorok-nyorok

"Unda, Unda.. ga-u cat.. Amman atai... ---> bila dah nak lena sangat-sangat..



snap minggu lepas kat JJ Perda..




*Unda = Bonda, Amman = Ammar

sapa suruh tak merancang?

Khamis..


semalam kalut malut sampai tak sempat nak pos entry baru..


pagi semalam aku menziarah kawan yang baru bersalin.. sebab lama tak jumpa.. sembang bukan main 'rabung' sampai terlupa nak snap gambar si kecil.. apa pun tahniah buat Not & suami.. kehadiran putera ke2 ni tambah berseri rumahtangga kalian..

balik dari rumah Not.. aku terus ke ke Nibong Tebal.. (tak rancang awal pun..) aku ke sana nak uruskan tentang KWSP.. dah siap ambil borang, tanya itu ini lebih kurang dengan pegawai di kaunter., terus balik ke sekolah..

isi borang selengkapnya, kemudian serah kepada kerani untuk disahkan oleh GB..

agenda hari ni, ke sekolah semula ambil borang yang dah siap ditandatangan, dan ke KWSP semula utk serahkan dokumen tu..

harap-harap seperti yang dijanjikan dalam 21 hari bekerja dapat la aku keluarkan simpanan tu..





*kalut malut dengan kerja yang tak dirancang.. -huh! sapa suruh?

Tuesday, November 29, 2011

Konspirasi ke ni?

Selasa..


tadi pagi meronda satu pekan Parit Buntar.. mula-mula ke kedai hardware.. beli tikar getah buat lapik meja aku kat bilik guru tu.. (semangat tahun baru..)

dah settle tawar menawar.. ke Pejabat Pos pulak.. mak aih.. paking tak dak.. mujur la bawak Bonda, SIL dengan hero kecik.. depa tunggu dalam keta.. aku je masuk.. mesin nombor pulak rosak.. kena pulak Q panjang.. sabarr.. sabarr.. aku belum makan lagi ni...

sebelum balik, pusing ke kedai dobi pulak.. ada TOTO yang belum aku amik.. -->sila bersangka baik.. bukan Sport TOTO ye.. sampai je simpang nak masuk rumah.. Bonda request nak mama roti.. pusing pulak ke Econsave.. niat mulanya tu betul2 nak beli roti je... sebabkan roti tak siap lagi.. aku membatak masuk dalam Econsave.. memang tak save laa poket aku jawabnya.. siap borong ketam bunga lagi.. tak termasuk dalam list tu.. tu pun kira aku dapat tahan napsu tak pusing keliling lagi tu... kalau tidak.. boleh jadi penuh satu troli.. hehehe... betul la kata ustaz.. jangan berbelanja semasa perut lapar.. boleh terjerumus ke lembah bukan hina tapi pembaziran...

sampai rumah.. niat aku berkobar2 nak masak.. bukak esbok tengok ada daging korban belen raya hari tu.. ketung ketang dah siap daging masak kicap.. next, aku nak buat fucuk masak lemak.. dah siap suma bahan.. nak bilas fucuk yang aku rendam tu.. alih2 air tak keluar dari kepala paip... asiey! tak kan stop pulak air tengah-tengah hari ni..

semua paip aku pulas nak pastikan betul ke air tak de.. sah.. memang stop.. semangat aku yang dari tadi tinggi menggunung terus jadi tinggi busut je.. sedih betul laa.. macam ada konspirasi nak menggagalkan usaha aku nak jadi Masterchef kat rumah ni... bukan selalu aku nak masuk dapur masak penuh semangat ni... hampeh sungguh la..

sudahnya.. aku layan mata jap.. harap-harap lepas ni ada air.. kalau tak de jugak.. hari ni makan nasik dengan daging kicap tu je laa.. hmmm... :(




*goggle
mama roti ni la faveret hero kecik.. dia sorang boleh habis 1 sengah biji..





*amik dari blog CMG
tengok sayur CMG ni laa buatkan semangat aku berkobar-kobar tadi...








*mata pun cam ada gam ja ni.. amacam sayur fucuk aku ni? adehh...

Monday, November 28, 2011

Laporan hari Isnin...

Senayan..

malam..


hari ni tak dak acara makan-makan.. sebab aku kekurangan vitamin.. oleh kerana semalam aku balun makanan yang ada sampai menyawa (bernapas) ikut mulut.. tudia punya laa buruk perangai..


pagi tadi sarapan teh o panas... makan? yilek.. kan aku kata aku kurang vitamin.. jadi tak dak sarapan.. perut memang lapor.. nak masak cam tak cukup bahan je.. terus ajak en suami p cari bahan yang tak cukup tadi.. melilau sana melilau sini.. last-last amik mince beef.. nampak tomato comel-comel.. pun aku amik jugak.. bak kata anak sedara.. murah dowh! 12 biji = 97 sen je...


sampai rumah.. keletung keletang.. tepat kul 12 siap masak.. anak beranak brunch hari ni.. spegeti + penne bolognese.. hero kecik pun kemain nak satu mangkuk nak suap sendiri.. lapar sangat gamaknya.. abih licin.. sedap laa tu.. --> sila juih bibir sampai dagu... :P


siap makan, masing2 macam paus nak mendarat... sambil tu dok tunggu lori hantar minyak enjin tak sampai-sampai.. mata dah naik mengantuk.. driver tu janji nak hantar dalam kul 11-12 tgh hari... tunggu punya tunggu sampai kul 3 tak sampai-sampai.. aku dah fedap tunggu dah ni.. aku suh en suami call driver tu guna hp aku.. angkat pulak.. sebelum tu en suami call 3-4 kali tak berjawap... katanya lagi 15 minit dia sampai kat Petronas P.Buntar...


lebih setengah jap tak sampai-sampai jugak lori tu.. aku dah nak berasap telinga dah.. last-last aku yang call dia.. siap boleh suh aku tunggu lagi 5 minit lagi... geraammm nyaa.. dasar kap lam ya nga memang tak boleh pakai la dia punya janji... dari kul 12, kurang lima minit kul 4 baru aku dapat minyak tu.. hish! mujuq laa aku dah kenyang time tu.. kalau tidak.. -->tolong sambung..


dipendekkan cerita, aku sampai kat pusat servis pun dah lewat.. mujur masih diterima kereta aku untuk diservis... tukar minyak + gasket + air filter + upah =RM37.00.. sejuk hati aku.. aku dok ingatkan kena sampai tiga ratus hengget.. syukur... duit lebih boleh aku soping baju.. hehheheh..


hati gumbira, mesti nak dihiburkan.. kali ni aku hiburkan hati dengan mi goreng mamak + pasembor + cendol.. pergh! gumbiranya hati...



*adeh.. senak perut.. kenyang.. syukur alhamdulillah....

Sunday, November 27, 2011

makan lagi.. Masterchef sapa yang terkeluar?

Ahad..

malam sikit..



hujan tak henti-henti sejak balik dari acara makan-makan.. membawa ke senja.. benda makan atas meja dari penuh hingga lapang selapangnya di'kerja'kan dek aku.. hehe..


beberapa minit sebelum azan Maghrib.. aku terdengar bunyi yang agak pelik.. aku ingatkan katak panggil hujan.. rupanya perut aku yang bunyi mintak diisi lagi... amacam? ada unsur dramatik tak? hehe


niat nak pegi beli mi goreng mamak yang sedap sangat kata en suami tak kesampaian.. ekoran kereta en suami bawak ke tempat kerja... nak naik motor tak boleh pasai hujan.. macam la lebat sangat.. tapi sebab aku tak dak lesen motor bukan ada polis pun tapi sebenaqnya kaki cek yang tak berapa nak sampai :P

orang kata bila perut lapar akal kita pun panjang.. tiba-tiba keluar mentol ateh kepala aku.. macam ni...




terus aku teringat flyer yang aku jumpa masa sidai baju siang tadi.. ada ofer.. aku pun apa lagi belek pi belek mai.. terus la order online.. tak sampai sengah jam..


tadaaa..




makan time panas-panas.. alhamdulillah.. kenyang kami anak beranak bercucu.. hehe..




*dah kenyang, layan Masterchef la pulak.. ntah sapa nak keluar malam ni...

aku yang tertipu ke dia yang menipu?

Ahad..


hari ni acara makan-makan di majlid kenduri kawen je.. tengah sedap makan, hujan turun lebat.. terus teringat kak AA.. hehe... kena pulak tema tuan rumah tadi putih & purple.. tu yang lagi teringat tu.. kak AA, --> sila terharu ok.. :P

hujan pun dah sereyat terus jala laju-laju masuk dalam kereta... ingat nak balik rumah terus.. tapi teringat pulak jam tangan dah 'mati' .. jadi nak pi per'hidup' kat Billion je...

dalam hujan aku redah masuk Billion.. licin, lantai basah.. mujuq tak tertomoih dalam tu.. fuh! selamatt...

kena RM15 utk sebiji bateri kecik kenit.. bayor je laa.. daripada aku pakai jam tak hidup kan..

balik rumah je.. aku belek resit & waranty card jam yang aku beli tu.. heran jugak laa beli masa bulan 8 lepas.. bulan ni dah tak hidup jam nye... ini mesti bateri tak ditukar dek amoi yang juai jam tu.. aku dah pesan mintak tukar sebelum aku blah dari kedai jam tu hari tu... silap aku jugak laa tak double triple cek..

ye laa.. aku ni bukan selalu beli jam.. yang lama punya pun dah lebih 10 tahun.. beli yang baru pun jenama Elleh (bukan nama sebenar).. tapi tu laa memang tak patut amoi tu buat cam tu.. jadi pada yang belum dan nak beli jam baru.. sila lah mintak amoi-amoi yang jual tu tukar dulu bateri baru baru laa kita bayar... jgn jadi cam aku ye...







*padan le dari aku makan sampai nak balik tengok jam dok pukui 12 tak berganjak...

Saturday, November 26, 2011

Selamat Tahun Baru Hijrah...

Gajah Biru?

Sabtu..


minggu lepas aku dok sibuk key in prestasi murid tahun satu dalam sistem online yang kementerian buat.. sebelum tu dok kalut menanda kertas latihan yang depa buat.. sorang dalam 10 helai.. ada semua 23 orang.. belum bab merenung skrin nak key in.. sangat perlukan fokus yang tinggi.. tak boleh silap.. sebabnya sistem tu tak ada butang utk edit... susah kan?


lepas tu semua kertas tu hendaklah dimasukkan ke dalam fail individu murid.. wah.. aku dah rasa cam pakar buat fail la pulak.. haha.. mujur la cikgu tahun 1 (cikgu kelas) memang teliti orangnya.. fail-fail semua disediakan dengan lengkap untuk cikgu mata pelajaran.. tima kasih ye kak! kalau bagi aku yang jadi cikgu kelas.. huh! rasanya huru-hara jugak laa..


salah satu kertas yang aku tanda, telah menarik perhatian aku.. sebabnya semasa kertas aku edarkan pada murid.. aku dah pun ingatkan, warnakan gambar dengan warna yang betul. contoh, kalau pokok warna laa daunnya hijau, batangnya perang / koko.. sebab aku pernah jumpa dalam sekeping kertas tu semua gambar yang ada diwarnakan dengan warna ungu.. semua ye.. dengan orang warna ungu dari kepala sampai kaki.. yang lain2 apatah lagi laa.. bila aku tanya.. dia jawab.. malas nak tukar warna... tak ke pelik tu? zaman aku kalau bab mewarna memang paling suka.. setahun tu rasanya dekat 10 kotak arwah abah beli...

dah yang sorang ni aku rasa dia terpengaruh dengan kartun yang pernah ditayangkan di Astro Ceria... sebab tu dia bubuh warna tu..







Friday, November 25, 2011

Jumaat datang lagii....

dah Jumaat..


penghulu segala hari.. alhamdulillah.. kerja-kerja aku dah siap kat sekolah.. (kerja aku je laa.. orang lain punya aku tatau..)

semalam pergi sekolah lagi.. selesaikan hal penyerahan bantuan RN100 kat parents.. masih ada 7-8 orang waris tak tuntut duit.. mungkin tak tau berita atau mungkin ada di luar daerah.. kot laa jalan-jalan.. maklumlah cuti sekolah...


pagi tadi best je santai kat rumah sambil layan cekodok pisang.. cekodok jagung.. Bonda pulak buat mi sanggul goreng.. memang terbaekk...

dalam dok sedap layan segala macam cekodok.. ada pulak yang call aku.. rupanya pihak sekolah.. memang panggilan yang tak best.. rupanya mintak aku ke sekolah lagi hari ni.. untuk bagi maklumat guru utk diisi dalam e-Prestasi.. macam aku pulak pentadbir sekolah hari-hari kena p sekolah.. sabarrr je laa..

lepas solat Jumaat karang la aku cadang nak gerak.. lagi pun orang opis semua pakat balik rumah.. pukul 3 karang baru ada di sekolah... jadi.. ada baiknya aku layan mata aku sekejap..



daaa...





*tak best kan? bila time cuti2 ni ada saja yang call soh p sekolah.. hish!

Tuesday, November 22, 2011

bola dah menang.. ibubapa tahun 6 boleh berdendang mulai Khamis ni...

Selasa...


semua blog, FB tak habis2 cerita bab bolasepak Sukan SEA semalam.. aku yang tak tengok bola malam tadi, rasa cam tengok sama je.. sebab dok baca status & entry kengkawan yang tengok perlawanan malam tadi.. terima kasih banyak pada yang rajin update.. beruntung aku.. hehe..


tahniah buat skuad Harimau Muda..


*************


hari ni aku ke sekolah lagi.. menyiapkan kerja-kerja yang tak dapat diselesaikan semalam gara-gara 'pembantu' yang aku bawak pi tolong orang lain buat kerja.. buang karan betol.. mujur aku tak belanja KFC.. walaupun niat tu ada... jimattt duit akakk...! :D


sebelum entry ni aku taip, melawat sekejap portal PPD daerah aku.. ada arahan baru dikeluarkan awal pagi tadi.. mintak pihak sekolah buat majlis penyerahan bantuan RM100 kepada murid tahun 6.. laaaa... Khamis lepas arahan dikeluarkan bantuan RM100 untuk tahun 6 hanya akan diserah pada awal tahun 2012 semasa murid-murid tu ke tingkatan 1/2012... hadoii... pening kepala.. sat-sat kata jangan bagi.. sat-sat kata bagi pulak...


hmm.. yang cikgu-cikgu ni kena laa mai sekolah pulak utk serahkan duit tu pada waris.. mmm... tak siap jugak laa kerja aku nanti...





*macam ni laa bila jadi orang bawahan.. dah macam mentimun....

Monday, November 21, 2011

Serba Tak Kena - rentetan entry by AA

Isnin..

pagi buta..


dah siap nak ke sekolah hari ni.. tunggu En Suami balik kerja je lagi.. sebab karang dia nak hantar hero kecik ke rumah pengasuh.. kalau aku pegi sekolah dulu.. mau nya dia meraung satu taman boleh dengar suara dia..

ok lupakan sekejap pasal tu..

tadi aku meronda ke rumah kengkawan.. singgah ke rumah kak AA.. baca entry pasal bantuan RM100 di sini..

rasanya pihak sekolah yang amik tindakan terhadap ibubapa tu kurang jelas dengan arahan KPM yang tidak membenarkan bantuan itu diambil atau dipotong untuk tujuan melangsaikan yuran yang belum dibayar..

dah nama pun bantuan ihsan utk keperluan murid bagi tahun 2012.. jadi nak potong sampai tinggal RM9 buat apa.. lain laa kalau duit skim KWAMP (Kumpulan Wang Amanah Pelajar) yang biasanya diberi pada murid-murid yang miskin.. haa.. kalau duit KWAMP tu nak potong untuk bayar yuran tak apa.. sebab tujuan duit tu diberi pun memang untuk membantu murid-murid dalam keperluan mereka di sekolah..


tapi tu laa payah nak cakap.. sebab ada ibubapa yang salahgunakan duit yang diberi.. ada yang dapat je siap pi cari henfon baru.. ada yang guna pi repair motor.. sampaikan duit yuran anak tak di bayar..sebab tu laa agaknya pihak sekolah mengambil tindakan memotong bantuan RM100 tu...


satu lagi yang selalu ibubapa keliru dengan yuran seperti yang Menteri kita cakap baru-baru ni.. yuran persekolahan akan dimansuhkan.. yang dimansuhkan hanyalah yuran tapi untuk barang keperluan murid seperti buku tulis, baju sukan, stokin (sesetengah sekolah), tali leher dll (hanya sekadar menyebut beberapa contoh) tidak dimansuhkan..


pengalaman aku di sekolah lama.. ada ibubapa yang salah paham datang ke sekolah komplen sebab sekolah bagi senarai keperluan murid.. bermati-matian tak mau bayar.. last-last bila bagitau kat ibubapa tu mintak sediakan sendiri barang keperluan.. baru tau harga di luar lebih mahal dari di sekolah.. dan-dan tu laa nak bayar.. haii.. macam-macam..



*bukan senang nak pahamkan orang dewasa dari budak-budak..

Sunday, November 20, 2011

20.11.2011

Ahad..


Malam.. Mode : tak der idea.. Rasa cam nak demam..


Tengah pikir.. Ada tak orang kawen hari ni? 20.11.2011 jam 20:11...


*malam ni aku layan FFM 24 je la...

mi sanggul & sanggul beracun..

Sabtu..

dah nak masuk tengah malam..


lepas je tengok Buletin Utama, aku sambung dengan Masterchef Malaysia (MM).. layang MM punya pasal terasa lapar.. perabih mi sanggul goreng yang Bonda buat Maghrib tadi..

dah abis MM ingat nak masuk tido dah.. terklik Channel 105 Astro Prima.. ada "Sanggul Beracun"
entry penah di buat oleh kak AA di sini..

walaupun telefilem ni sebenarnya dah berkali-kali di tayang.. kali ni baru aku berkesempatan tengok.. sebab apa? Bonda & hero kecik tido depan tv.. dorang 'teman' kan aku tgk cerita ni..hehe..

memang setuju dengan kak AA.. cerita ni best.. padan laa kak AA dah layan cerita ni sampai 3 kali..








*cuma satu je soalan.. orang dulu2 zaman Malayan Union memang simpan kuku panjang ek? :P

Friday, November 18, 2011

Jumaat.. yay! budak-budak dah cuti...

Jumaat..

dah habis sessi persekolahan 2011.. alhamdulillah... dah selesai bab result UPSR.. keputusan tahun ni tak berapa memberangsangkan.. seorang je dapat 5A.. 7 orang 4A.. dua orang murid kantoi.. peratus keseluruhan tak silap aku 96%..

walaupun keputusan macam tu.. tapi sekolah aku masih tersenarai sekolah rendah terbaik kategori kuantiti dalam daerah Kerian ni.. syukur alhamdulillah.. walau aku tak ajar tahun 6 tapi aku tetap bangga dengan usaha gigih cikgu2 yang buat kelas tambahan bukan sahaja hari bekerja (Isnin-Jumaat) tapi Sabtu Ahad pun cikgu2 pulun juga.. belum lagi termasuk kelas malam... cikgu2.. korang memang terbaekkk...

tadi pagi sesi penyerahan bantuan khas kerajaan RM100 kepada ibubapa pun dah selesai.. seramai 77 orang murid layan menerima bantuan tersebut.. waris2 tiba di sekolah seawal 9 pagi.. walaupun dalam surat yang diedarkan sesi penyerahan bermula 9:30.. biasa la tu.. aku malas nak komen...

sebelum bunyi loceng terakhir sesi persekolahan tahun 2011.. GB buat majlis perpisahan buat sorang lagi cikgu yang akan bertukar mulai 2012.. kemudian GB sampaikan sumbangan untuk semua murid-murid tahun 6.. termasuk laa anak sedara aku yang baru pindah 2 minggu lepas.. nanti aku buatkan entry pasai anak sedara a.k.a anak menakan aku ni.. bukan main seronok lagi depa tu...


walaupun cuti sekolah dah bermula.. tapi aku tetap kena ke sekolah juga.. masih ada lagi kerja-kerja yang perlu disiapkan, dikemaskan..




*hadoi.. cemana laa orang boleh kata cikgu ni banyak cuti??

Thursday, November 17, 2011

berdebar keputusan UPSR

Khamis...


pagi-pagi lagi dapat tengok wajah-wajah murid tahun 6 yang tengah saspen nak tau keputusan UPSR yang akan keluar pukul 10 pagi nanti...


dikhabarkan pegawai PPD yang ditugaskan mengambil soalan di JPN dikuarantin semalaman.. bermula semalam (Rabu) hingga pagi ini.. pukul 9 nanti baru dibenarkan pulang ke daerah masing-masing.. rasanya keputusan nak sampai ke sekolah lewat sikit la dari pukul 10..


walaubagaimanapun.. keputusan masih boleh disemak dengan sms online UPSR hantar ke 15888 bermula pukul 10 pagi hari ini hingga 12 tengah malam 23 November 2011.


anak sedara (anak abang) awal pagi lagi dah pun hantar sms mintak aku semakkan keputusan untuk dia... semalaman tak tidur.. gelisah menanti keputusan..





*cikgu-cikgu ni lagi laa gelisah.. sampai ada yang termimpi-mimpi malam tadi... :)

Wednesday, November 16, 2011

cuti yang tak cuti... cemana tu?

Rabu..


baru berkesempatan update entry... dah laa blog pun x dak sapa nak singgah.. pemalas nak update lagggii laa tak dak sapa nak jengok... :(


semalam baru je habis Hari Anugerah Kecemerlangan.. atau bahasa mudah cam aku skolah dulu-dulu.. hari penyampaian hadiah... alhamdulillah selesai satu bab.. dok menunggu 2-3 bab lagi..


sepatutnya hari ni aku bercuti... sekolah dapat cuti peristiwa sempena program semalam.. tapi aku masih kat sekolah.. nak masukkan data murid tahun 1.. server pulak slow.. rasanya ramai sangat kot yang bukak laman SPPBS... nak buat camno.. dah hujung-hujung ni laa cikgu-cikgu baru ada peluang nak key in data.. (tak mau nak ngaku buat keja last minit)


dari pagi aku dok kat sekolah.. data yang boleh aku masuk baru 4-5 orang... bayangkan asik nak kena refesh je.. tak ke hangin satu badan..

mujur laa tadi lunch aku ada yang sudi belanja... tima kasih kak Anisah.. huh! bukan calang2 lunch aku hari ni... KFC tomyam... kenyang jadi musang hari ni..




*tapi kalau sistem tak bulih2 jugak.. harus aku jadi musang lagi balik karang.. grrr....

Saturday, November 12, 2011

12.11.11 - entry merapu..

Sabtu..
12.11.11


hari ni memang tak masak.. pagi je aku goreng cucur jagung... sedap makan time panas-panas.. kena pulak hari ni hujan dari subuh tadi... memang terbaek...



lebih kurang cam aku buat laa..
tapi aku buat lagi gumuks-gumuks... hehe..



Bonda pulak kul 9:00 tadi dah siap2 nak ke rumah kawannya... ada kenduri doa selamat & cukur jambul.. Bonda join geng marhaban.. pasal tu pegi awal... aku dan hero kecik pun pegi jugak rumah kenduri tu.. tapi lewat sikit laa.. dah selesai marhaban baru aku sampai...


sampai je lauk kenduri pun baru je turun dari van.. fuh! bau punya laa sedap.. bayangkan laa baru lepas hujan.. dalam sejuk2 tu.. bau pulak segala gulai ikan, kurma, ayam masak merah.. memang terbaeekk... perut aku pun time tu la bunyi ala2 lagu joget tak sudah...


antara lauk yang menarik perhatian aku... kurma daging..


lebih kurang cenggini laa rupanya..
tapi kuah yang aku makan tadi pekat, likat, melekatt


makan punya makan.. sampai menjilat jari.. elok aku siap basuh tangan je.. aku dengaq makcik duduk dekat semeja dengan aku tu cakap kurma tu kurma kambing... haaa?? kambing?? padan la daging dia ada lain macam sket tadi... alaaa.. makcik ni pun satu.. pi habaq buat apa.. kalau laa tak cakap kan ke aku boleh balik rumah dengan senang hati...



harap-harap kamben yang aku makan tadi tu spesis yang ini laa...





tapi aku tetap tak pueh ati.. sebab sampai je rumah aku dah rasa kepala lain macam.. pening2 pun ada... kalau muntah2 tu aku paham laa.. mungkin pembawakan budak.. ini tidak.. pening2 cam main pusing-pusing..




camni la lebih kurang gaya aku sebelum aku landing kat katil..
comel kan?? ya aku mengaku aku pun lebih comel dari baby ni.. hehehe.. (sila muntah..)




last-last aku landing dari kul 2:30 sampai kul 4:00.. bangun je terus teringat nak update entry...


*sekian entry merapu aku hari ni...



Friday, November 11, 2011

11.11.11 - today is the day

Jumaat..


berderet 111111... macam2 komen kawan di FB aku tengok.. ada yang macam tak puas ati pasal tarikh 11.11.11.. pada aku tarikh ni istimewa.. sebab? sebab today is my birthday.. hehehe...


alhamdulillah.. syukur daku buat Allah swt.. kerana aku masih lagi diberi peluang bernafas di bumi Mu ya Allah.. mudahan aku diberkati olehMU.. dipermudahkan segala urusan.. dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat...diberi kesihatan yang baik...


terima kasih tak terhingga buat rakan taulan yang mengucapkan selamat sama ada di FB atau di hanphone... tak terjawab aku pagi tadi.. paling terharu.. masa di kaunter TM untuk bayar bil.. cashier di kaunter tetiba cakap kat aku "hepi besday" .. blur sekejap aku tadi.. sebab otak dok ligat pikir berapa nak bayar bil tu... hehehe... :D


dek kerana malam kelmarin dah balun kek sampai 4 jenis.. malam ni menguap laa bak kata Bonda.. tapi aku rasa cam nak makan 'samting' special la...





sate.. special ke?


Thursday, November 10, 2011

10.11.11 - dah makin dekat dah tu...

Khamis..


semalam lepas maghrib en suami balik dari kerja.. tengok di tangan ada macam barang dia beli..
tersengih sampai ke gusi laa aku semalam..




dimulakan dengan black forest cheese...





kemdian blueberry cheese..


selingan.. minum air masak dua gelas...



tapi idak le aku minum air bawah pokok kelapa ni.... hehe..




lepas tu sambung balik...




strawberry chocolate...


tapi dah sengkak perut.. tak boleh nak pulun yang last ni..





mango delight.. aku simpan dalam fridge..
balik sekolah tadi balun sengsorang..
walah!




yang tiga slice tu aku bukan balun sorang.. kongsi dengan hero & Bonda..kesemua kek ni en suami kata pre-birthday for tomorrow.. dia takut tak ingat le tu.. dan sebab ada 4 slice.. kes qada' bayar balik kek 4 tahun lepas tak dapat.. (macam tak dapat je utk tahun depan... huhu :(( )




*many thanks to en suami.. :*

Monday, November 7, 2011

lagi entry raya Qurban..

Isnin..


dek kerana sibuk dan menyibuk sepanjang hari semalam.. langsung tak dapat nak update entry... dari pagi sibuk menyibuk siapkan makan pagi.. kemdian ke surau nak tengok orang sembelih Qurban...


alhamdulillah selesai 12 ekor kesemuanya eventhough hujan turun agak lebat... aku dan Bonda gerak balik ke rumah pun dah dekat zohor.. basah kuyup kami tiga bercucu... hero kecik pun sibuk nak tengok lembu..


tak mau cita banyak.. layan je gambar2 kat bawah ni...




aku ushar dari jauh je.. hehe...






allahuakbar allahuakbar allahuakbar....




dah siap untuk di agih-agihkan...




hero nak enterprem... "samat ayi aya.."

Friday, November 4, 2011

selamat hari raya korban.. berkorban apa saja....

dah Jumaat...



salam Jumaat semuaaa... wah! hari ni macam ceria je aku sapa orang kan? mau tak nye.. hari ni last sekolah esok dah stat cuti raya.. sambung sampai hari Selasa.. huh! jenuh makan daging ni.. mudah-mudahan tak jadi la macam tahun yang sudah2... sakit perut penangan daging lembu yang berlambak di rumah..

untuk entry kali ni aku nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidiladha" kepada yang sudi singgah ke blog picisan aku ni... terima kasih banyak2 sudi baca tulisan aku yang merapu tak tentu arah kadang2 tu... aku manusia biasa.. memohon maaf jika ada sebarang salah silap penulisan yang menguris hati sesiapa yang membaca... maaf yek!





pic google..


*selamat makan rendang daging korban... lepas tu cari ayaq nyioq tau..!

Tuesday, November 1, 2011

1.11.11

Selasa..

entry pendek.. janji update..


November datang lagi... yezza!! aku menghitung hari... belum plan lagi nak buat apa utk hari ituu... mudah-mudahan segalanya dipermudahkan.. aminnn... :)




Monday, October 31, 2011

isnin yang bengang tapi tak bangang..

Isnin..



sungguh tak best!



pagi tadi bangun telinga rasa bengang je.. (bukan bengang yang marah tu..) memang sungguh tak selesa... lepas solat je makin berdengung pulak rasa. adeh...


sampai sekolah.. aku dah macam org pekak sebelah.. cakap dah nak kena tambah volume yang sedia high pitch ni.. jenuh pesan sapa yang cakap dengan aku tolong turn volume to higher level...


pukul 9.. tak boleh jadi ni.. makin melarat aku rasa.. boss pun dah bagi lampu ijau.. terus ke klinik.. aku no ke-4.. doc sampai.. 3 orang depan aku tu tak sampai lagi.. (keluar gi brekfes kot)... so dengan rasminya aku la patient yang pertama.. syukur Allah permudahkan...


doc start teropong telinga... (dah start cuak.. mana tau taik telinga aku bertempek ke...).. doc cakap keliling gegendang telinga tu merah sangat.. bukan kerana gigitan serangga.. lega...



dapat antibiotik + selsema + batuk + kahak + tahan sakit.. = pat poh hengget.. mujur duit cukup... punya la kalut nak cepat sampai klinik.. duit pun tak sempat nak cek cukup ke tak...


paling best doc bagi MC.. yang tak best.. aku masih kat sekolah sampai loceng terakhir bunyi...





*macam tu pun cikgu tak bagus lagi ke...? (ayat angkat bakul! - sila muntah sekarang)

Saturday, October 29, 2011

perginya seorang bekas ahli parlimen




Al Fatihah buat Allahyarham Datuk Abdul Rahman bin Suliman
bekas ahli parlimen Parit Buntar yang telah meninggal pada malam tadi..
jenazah akan di semadikan pada pukul 11 pagi nanti..






*mudah-mudahan roh beliau di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... aminnn...

Wednesday, October 26, 2011

Happy Diwali..




kepada yang menyambut Deepavali, selamat makan maruku & ladu..

yang bercuti.. selamat melepak depan TV layan filem Hindustan..






*Sabtu lepas aku boleh terlayan "Sivaji The Boss" cam tak caya je... hehe :P

Monday, October 24, 2011

Edisi Mengomel lagi... -jangan jadi kaduk naik junjung..

Selasa..


Kalian pernah tak bekerja satu tempat dengan sedara sendiri? contoh mak sedara ke, pak sedara ke, sepupu ke.. yang kerja satu tempat bahkan pangkat lebih tinggi.. penah tak?

selama ni aku belum pernah lagi la.. pada pendapat aku la kan.. lebih baik la kita kerja di tempat yang tak ada sangkut paut sedara sendiri.. pada aku la.. situasi ini lebih membuatkan aku berdikari dan boleh meningkatkan keyakinan diri sendiri..

pada orang lain mungkin dengan adanya pak sedara, mak sedara yang berpangkat di tempat kerja, dia rasa dilindungi.. terasa ada 'penyokong' yang boleh sokong segala tindakan di tempat kerja..

ada sokongan tu tak salah.. sekurangnya dapat meningkatkan mutu kerja.. tapi kalau dia rasa dengan adanya pak sedara, mak sedara dalam kelompok kerja sehingga dia rasakan dia pun dah sama taraf (pangkat) dan boleh cakap lebih kurang je dengan rakan sekerja yang lain.. pada aku memang tak berapa nak setuju la..

kadang2 aku tengok orang cam gini ibarat kaduk naik junjung pun tak pe.. kalau dalam miting pun boleh main cakap lebih kurang je.. dah macam tak profesional pada aku la.. nak kata aku professional sangat pun tak jugak.. tapi biar la ada batasan...

mintak maaf la entry kali ni mengarut sikit.. sebabnya dah lama tahan nak cerita.. tapi tak terkeluar pulak idea...malam ni pulak baru keluar...




*mak menakan baru jadi PK belum lagi GB.. kalau jadi pengarah tah cemana pulak kelaku..

Isnin yang langsung tak blues..

Isnin...


Ada orang kata Monday blues... pada aku sama ja.. blues ka rock ka keroncong ka.. beban kerja banyak macam tu jugak.... tak berapa nak boleh blues sangat.. sebab banyak 'garis mati' dok menunggu.. semua nak sebelum 30hb ni... perghh.. seronok kan? bagi kerja tadi nak siap sebelum abis minggu ni.. mujur laa aku tak sambut Deepavali.. kalau tau alamat tak makan maruku la aku...




*dah abih melabun.. sambung kogheje...

Sunday, October 23, 2011

hati dah lega.. boleh sambung ZzZzz..

Ahad,


lepas subuh tadi aku try on balik modem.. semua lampu menyala stabil.. tak macam malam tadi.. berkelip tak henti.. agaknya modem pun biol kot sebab asik pasang je siang semalam.. harap2 ok laa lepas ni..


*lega.. boleh sambung tido... hari ni gantung periuk sebab lauk semalam banyak lagi.... :)

Streamyx hampeh?

internet buat hal lagi.. ntah mana silapnya...
karang komplen lebih2 marah pulak orang kerja Streamyx..

hilang mood nak buat entry panjang sket...
layan mata je la pas ni.. ZzzzZzZzzZzzzz...

Friday, October 21, 2011

ayam + kucing = gaduh

Jumaat..


Biasanya orang kampung gemar pelihara binatang.. tak kira yang boleh di makan atau yang hanya tau makannn jee.. itu dulu...

sekarang ni yang tak duduk kat kampung pun teringin jugak bela dua jenis haiwan ni... kalau pandai jaga ok laa kan.. tapi yang tak reti nak jaga tapi nak bela.. tu yang menyusahkan.. nak-nak pulak yang nak bela tu tak belajar sivik masa sekolah... lagi satu haru...


betul laa kaa orang tua.. hanya kerana dua jenis haiwan ni, boleh porak perandakan jiran sebelah menyebelah...





kalau kena patuk dek ayam jantan sakit wooo...





heran.. kenapa mesti taruk loceng ek?

Wednesday, October 19, 2011

#632 - kisah dua minggu lepas.. hampir terbabas

dah Rabu...


dalam dok pikir nak post entry pasal apa.. jari ni klik la merata folder dalam laptop ni.. akhirnya jumpak jugak la gambar2 yang aku snap guna henpon cap ayam masa aku ke Kelantan dua minggu lepas... mujur laa tak terbabas kalu tak memang jadi gambar basi laa nanti...


lepas je aku dapat tau puan GB sain surat cuti.. terus rasa macam nak lompat bintang.. tak sebab aku sedar diri.. aku hanya lompat dalam hati je.. hehehe.. balik sekolah hari Khamis (6hb lepas).. terus siap2 utk gerak ke Kelantan.. alhamdulillah selamat sampai dalam jangka masa 6 jam walaupun sepanjang perjalanan hujan turun tak berenti...


majlis nikah tu berlangsung Jumaat malam.. pun hujan jugak.. yang sangat lebat.. penat je aku pakai baju cantik-cantik.. (cantik ke????) tapi basah dek hujan.. sebabnya aku yang teruja sangat nak keluar rumah langsung tak capai payung yang bergayutan di bumbung rumah tu.. akibatnya sekaki payung nak dikongsi 2-3 orang yang saiz badan adalah lebih dari satu XL... :P


keesokkan harinya.. yang sangat aku nantikan... nak menabur duit di Pasar Siti Khadijah.. konon macam la banyak sangat duit nye.. sebenarnya yang membeli belah Bonda dgn en suami je.. aku ni tukang angkut barang masuk kereta je.. ala barang yang biasa kita nak borong bila ada di sana.. Bonda borong keropok sira sebanyak dua bundle.. dapat harga special sebab selalu sangat p shopping kedai Kak Mah ni..

penat borong kopok.. aku ajak Bonda & en suami makan.. lapor.. tempat makan yang paling dekat.. kat area Muzium Perang tu.. tengok ramai orang kami pun singgah...

tengok orang pakat angkut lauk (konsep layan diri)... aku pun sibuk la menyelit nak amik lauk.. dah kenyang suma, terus gerak singgah rumah pengantin.. sesi salam menyalam.. lepas tu terus cargas balik... pun hujan sepanjang jalan... alhamdulillah selamat sampai 11:30 malam..





sementara tunggu aku angkut barang masuk boot.. posing dulu... hehe







nasi 4 pinggan, ayam, ikan, patin masak tempoyak, ulam,
sirap selasih satu jug (tak masuk gambar) = RM19







sini la tempatnye...




*masih teringat kerangupan ayam goreng...

Tuesday, October 18, 2011

5 tahun sudah berlalu...

18 Oktober 2011..



genap 5 tahun pemergian mu...
moga roh mu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...
aminnn...







*macam baru je semalam Abah "pergi"... :(

Monday, October 17, 2011

alhamdulillah...dah siap satu tugas..

Isnin,


Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan ku hari ini...


soalan periksa akhir tahun untuk tahun 1 pun aku dah siap buat...


balik sekolah tadi terus hantar ke kedai potostat...


mudah-mudahan murid-murid tu dapat la jawab soalan aku hari Rabu nanti...




*lepas satu kerja.. ada lagi yang dok menunggu giliran...

Sunday, October 16, 2011

Kedai dobi - sendiri cuci..

Ahad...

Dalam bakul dah menimbun.. Bukan setakat menimbun dah melimpah ruah.. 3 kali angkut jugak la nak bawak dari bilik ke mesin..

1st trip dah sidai.. 2nd trip baru amik giliran... 3rd & 4th kena lelap seround baru sambung.. Boleh gitu?

Oleh kerana hari ni hari mendobi.. Maka, periuk belanga dengan rasminya tergantung la sampai esok..



*otak ligat pikir, periuk nasi sapa yg nak aku tala nanti...pak din ke, pak ngah, ke singgah kedai tok wan je try ayam goreng tomyam

Saturday, October 15, 2011

baru ku tahu blog ku ada penyakit sawan...

Sabtu..


sebelum entry ni ditaip.. aku melawat dulu blog2 yang ada di dalam senarai.. walaupun bukan semua sempat aku singgah.. sebab sat-sat dok katup mulut dengan tangan.. :)


singgah ke blog Tn Haji Hamzah.. lepas baca je entry dia di sini.. aku terus belek ruangan komen di blog aku ni...


aku baru tau ada jugak komen yang dimasukkan ke kotak 'spam'.. komen tu pun dah nak masuk dua minggu...


terima kasih jugak buat Tn Hj Hamzah.. kalau tak sampai bila2 pun tak pernah tau komen masuk kotak 'spam'.. almaklumlah.. bukan semua benda cikgu tau... hehe..


maafkan saya kak Azieazah.. baru tau komen kak AA ada dalam entry ini.. pasal tu la senyap sunyi tak berjawab soalan akak tu...


soalan tu akan terjawab jugak nanti dalam entry yang akan datang..







*fuh! lega tak payah nak perah otak nak letak entry apa nanti... :D

Thursday, October 13, 2011

kursus dah habis.. soalan tak siap lagi.. cemana tu?

Dah Khamis..


hari ni hari terakhir kursus KSSR Matematik tahun 2 utk 2012... lega rasanya.. ye laa 4 hari dok dengar & tengok bahan.. hati dan kepala dok pusing ligat je pikir nak set soalan periksa akhir tahun ni... adehh..


masa makin suntuk... exam mula hari Selasa.. dapat ke aku siapkan set soalan Matematik Tahun 1, Kemahiran Hidup 4 dan 5?



*moga Allah permudahkan segala urusan ku... aminnnn....

Wednesday, October 12, 2011

WORDLESS WEDNESDAY

Monday, October 10, 2011

rezeki harimau?

masih lagi Isnin...


hari ni seharian kat PKG Bagan Serai.. kursus KSSR Matematik Tahun 2.. untuk tahun 2012.. dari pagi asik makan je...

minum pagi kami peserta kursus dihidangkan dengan mihun goreng yang sedap... pada tekak aku le.. walaupun x dak isi ayam, sotong bagai.. tapi mihunnye memang cukup rasa... boleh la bagi 3 sengah bintang dari 5 bintang..

lunch pulak makan nasik putih dengan gulai nangka, gulai ayam, ikan sardin (selayang) goreng.. yng ni memang terbaik sebab ikan digoreng garing... sampai ke ekor pun aku mamah.. (ke aku yang kebulur?) siap ada sambal belacan lagi..

selang tak sampai 3 jam.. minum petang pulak... kuih ketayap dengan karipap sedap.. (iskk.. sedap lagi.. cemana nak kurus cik Ja oiii...

abis kursus terus pecut balik rumah... rasa cam nak baring je.. baru je guling kat tilam 2-3 pusing.. en suami ajak keluar pulak.. ingatkan ke mana.. rupanya nak belanja dinner...


dinner malam ni ditaja en suami.. pizza size regular 2 keping... jenuh makan jugak laa kami anak beranak + Bonda...

untuk tidak mengecewakan Bonda yang dah siap masakkan udang goreng kunyit.. aku sambung pulak santap nasik dengan udang tu...




*adeh.. mana tak sengkak perut aku ni.... ni la dikatakan rezeki harimau.. esok? tak tau lagi rezeki apa pulak...

** pic aku tak amik laa pasai sibuk nak sumbat masuk mulut... hahaha

hepi besday 36th..

Isnin..

10-10-11


hepi besday en suami.. muahhhs!!!






*present tak sempat nak cari.. posponed dulu bleh? :P

Sunday, October 9, 2011

menguap dan menguap lagii...

Ahad..



baru sampai dari kelantan tengah malam semalam...

masih lagi rasa sakit-sakit badan.. mana tak nye en suami asik layan lap je.. jenuh laa nak betulkan urat belikat...

masa dok taip entry ni pun mata asik nak terpejam je... macam jag lag balik dari London la pulak...




* nanti sambung...

Wednesday, October 5, 2011

entry panjang: sambungan mengomel...

masing-masing kita mempunyai pengalaman atau kenangan tersendiri di waktu bangku sekolah kan? ada yang manis.. ada yang pahit...


kalau setakat wakil sekolah main sukan atau pertandingan apa-apa pun memang dah jadi lumrah.. sebab masa aku sekolah dulu (ni cerita sekolah rendah la ni) adalah diwajibkan murid-murid mewakili sekolah dalam apa jugak acara di pertandingkan.. terutama murid darjah 6.. kalau menang tu memang menjadi sebutan cikgu2 laa.. siap diumumkan di perhimpunan...

itu kenangan manis..


yang pahit? setakat cikgu hukun dengan rotan di tangan, dengan pembaris panjang ke.. memang tak heran.. bukan tak heran sebab degil.. tapi sebab tau cikgu hukum sebab salah sendiri.. tapi masa aku darjah 3, aku ingat sampai sekarang.. kena marah dengan cikgu muzik, cikgu Azmi namanya... stail dia marah.. mesti tarik sideburn.. tak kira laki ka pompuan.. (dulu-dulu budak pompuan tak pakai tudung).. lepas kena tarik tu.. punya laa pedih...tapi zaman aku dulu, tak ada pulak aku dengar kawan-kawan yang balik mengadu kat mak bapak pasal kena hukum dengan cikgu.. aku lagi la tak berani nak buka cerita.. silap hari bulan Abah tambah dengan tali pinggang dia.. huh! tak sanggup...


kalau yang nakal tu cikgu mesti tibai dengan rotan.. tibai pun bukan la di bahagian badan macam tengah belakang tu.. selalu cikgu tibai di bahagian kaki.. sekali dengar libasan tu, aduh.. macam sakit sangat-sangat.. tapi sebenarnya rotan tu bukan libas kaki.. tapi libas kaki seluar je.. pasal tu bunyi bukan main kuat... yang kena hukum pun.. mengaduh beria je...


dan aku pasti, masa aku sekolah dulu... cikgu yang selalu dok hukum atau denda murid ni akan bagitau kenapa dia bagi hukuman tu.. dan ayat penutup hukuman.. "lain kali jangan buat lagi" walaupun tau kesalahan pasti berulang....


dulu, jarang aku tengok mak bapak datang sekolah jumpa cikgu sebab nak komplen.. melainkan mak bapak datang jumpa cikgu sebab nak bagitau anak dia sakit tak dapat satang sekolah atau nak bayar yuran... tapi zaman sekarang ni.. alahaii.... susah laa nak cakap..


mak bapak dulu malu nak cerita anak dia kena hukum dengan cikgu di sekolah.. sebab nanti dikatakan tak pandai didik anak sebab tu anak degil.. tapi sekarang ni... mak bapak pulak yang war-warkan satu kampung... alahai...


nakal budak sekarang tak macam budak dulu... budak dulu sungguh pun nakal tapi masih ada rasa hormat dengan cikgu.. tapi budak sekarang sudah la nakal, biadap pulak tu.. kalau begini la senario nya.. apa lah kaedah yang perlu diambil oleh cikgu-cikgu ni? nak biar saja ke.. dengan mengambil jalan "alah.. anak orang lantak mak bapak dia laa didik"




*susah kan?








Tuesday, October 4, 2011

wat de heck!

tak habis-habis datang sekolah komplen cikgu... yang datang komplen tu pulak cikgu jugak... macam laa dia ta pernah marah budak.... hangin je aku tengok muka budak tu hari ni..


kalau anak dia tu set-set yang memang kategori A++ ok laa dia nak mai komplen camtu.. ni tidak.. dari darjah satu sampai la nak ambik exam akhir tahun ni.. prestasi maintain kat C je...




bersambung...





*huh! wat de heck!

Monday, October 3, 2011

Isnin.. berdiri tegak..




Negaraku..
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup..
Bersatu dan maju
Rahmat bahgia
Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertahta





*nyanyi tanpa iringan lagu.... ke laut semuanya.... :D

Saturday, October 1, 2011

puas hati... dah boleh tido lena.... :)

Sabtu..


dari pagi keluar rumah.. dekat maghrib tadi baru sampai... en suami terkocoh2 bersiap nak mask kerja kul 8 tadi.. mujur sempat singgah tapaukan nasik ayam hainan tadi...


lega dan puas hati.. barang yang aku cari dah pun jumpa.... alhamdulillah.. malam ni dah boleh tido lena....






*selamat malam!

Friday, September 30, 2011

Rutin Jumaat




macam biasa..
setiap Jumaat semua warga sekolah akan baca Yassin di dewan terbuka..




*mudah-mudahan beroleh keberkatan dari Allah.. aminnn...


Thursday, September 29, 2011

guru besar oh! guru besar..

Khamis...



masih berkisar kisah semalam...



lupa aku nak cerita dalam entry semalam.. sebenarnya saja simpan satgi tak dak idea nak tulis utk entry hari ni pulak... hehehe.... ngelat sungguh!


dalam kelas tahun 1, lepas je murid yang gatal2 tu aku serah pada guru kelas.. datang pulak GB menjengah di pintu... aku ingatkan dia nak bagitau cuti Jumaat depan dah lulus.... ye laa aku ni bersangka baik laa kan... tak baik dok buruk sangka...


rupa-rupanya dia singgah semata-mata nak bagitau atau bahasa lebih mudah.. aku MESTI pastikan 4 orang murid LINUS numerasi yang tak lepas saringan 2 bulan Jun lepas melepasi saringan 3 nanti... fuh! kemain tinggi lagi expectation dia pada aku...


dan sebagai yang menurut perintah hanya menjawab.. saya cuba sedaya yang boleh.. akan cuba yang terbaik... cewah...! jawab mesti la yang manis2 belaka... karang cuti tak dapat pulak.... hehehehhehe..





yes ma'am!






* dah.. itu je entry aku hari ni...

Wednesday, September 28, 2011

kelas pertama yang menambahkan stress aku...



tadi dah pun jumpa GB.. mintak cuti 7hb akan datang... mula tu dia cakap aku isi je borang dulu.. tengok cemana.. dapat ke tak..

alih-alih dia pegi ke bilik PK1.. tengok jadual cikgu2 yang kena p kursus KSSR utk tahun depan... ada 3 orang yang terlibat pada hari tu.. kalau aku pun cuti.. maknanya bilangan cikgu kat sekolah makin sikit laa... dah laa yang sedia ada pun dah kurang 4 orang.. adeh!!! aku dah rasa cam nak tepuk dahi depan dia je tadi..

aku pasrah je laa...





kelakar je aku tengok Norman Hakim dalam filem Pasrah ni..







lepas rehat tadi aku masuk kelas tahun 1... pada setengah jam pertama kelas terkawal... budak2 budak pun fokus lagi masa tu... tetiba.. bermula laaa perkara yang menstresskan aku.. sorang budak pompuan.. tetiba menangis... aku bab-bab udak menangis ni la yang nyampah ni.. leh tensyen ni... bukan sebab apa pun.. aku ingatkan dia menangis sebab kawan sebelah usik ke.. rupanya dia rasa gatal-gatal badan...


selak je baju nampak badan dah penuh bintat-bintat merah.. ingatkan kena ulat bulu.. rupanya kena klopak garam.. ada yang kata gegater.. hish! hangin je.. tengah elok ngajar ada gangguan pulak.. dah tu siap meraung hingaq satu kelas.. sabaq je laa...


cenggini la gaya dia meraung tadi..
tapi versi pakai baju laa... siap hingus meleleh lagi.. aisey!






aku serah pada cikgu kelas dia utk amik tindakan... kalau aku jugak yang uruskan budak ni.. yang lagi 22 orang dalam kelas tu boleh bikin huru hara kelas... menganggu kelas sebelah menyebelah pulak...

akhirnya budak yang meraung tadi dah pun dijemput oleh maknya selepas dimaklumkan...



*ngomelan buat si emak : dah tau anak ada sakit kulit disuruhnya datang sekolah... tak ke menyusahkan banyak pihak? nama je kerja staff nurse...grrrrr

nak mintak cuti pun takut?

Rabu..



hari ni aku tengok mood GB macam ok je... nak try laa mintak... kot-kot la dia bagi..


untuk makluman GB aku tu pompuan ye.. jgn pikir aku nak mintak yang bukan-bukan pulak dari dia....


aku nak mintak cuti minggu depan 7hb Oktober... aku nak ke Kelantan... cousin aku nak nikah... kesian pulak aku tengok dah tak der sapa yang boleh ikut rombongan dia tu... dia tu pulak anak tunggal.. mak dia pulak (maksu aku.. adik bongsu arwah Abah) OKU-pekak & bisu.. ayah dia pulak dah lama meninggal... aku & adik beradik je laa jadi adik beradik dia...


iskk! macam sedih pulak cerita aku ni... cemana ek aku nak mengadap GB yang mood nya tak tentu sejak -dua menjak ni... risau aku...



aku pun taktau apa relevan gambar ni dengan entry...








*fuh! kiri fuh! kanan..