Sunday, January 29, 2012

JJCM -edisi Sitiawan

Ahad..
tapi nak cerita kisah semalam.. :)


Ada jemputan di Sitiawan.. nama tempat Kg Serdang.. ingat Selangor je ada Serdang? Perak dgn Kedah pun ada tau... dari rumah tak la awal sangat.. alhamdulillah trafik lancar je.. maklumla hari yang sama PM kita nak turun sambut raya cina dgn rakyat.. mujur la program tu mula lewat malam.. selamat dari jem..

rumah pengantin tak jauh dari lokasi program tu... masa kami lalu tu encik2 RELA tengah dok jaga tak bagi orang luar masuk ke kawasan padang (ye ke padang?).. aku tak sempat nak snap pic encik RELA dan aku tau mereka berdua pun tak RELA aku ambil gambar depa... :)



cenggini la suasana persiapan padang dijalankan... haluih je kan? maklum.. amik dari hp cikai je....



kemdian kami join dengan rombongan pengantin walaupun sebenaqnya datang dari kutub lain-lain.. rombongan pengantin datang dari kampung sebelah encik suami : Muar... dan kalau nak tau time ni laa bateri hp cikai aku ni dok tunjuk warning.. aisey.. ni suma pasai aku tak charge dari malam.. dok ralit main angry bird.. hehehe.. (padam muka sapa suruh.. kan?)



pengantin bersama kakak & abang nya (masing2 dukung anak)..




pasukan kompang.. tapi saiz kompang kecik je aku tengok..
dan jangan tak tau.. yang pakai baju serba hitam tu pompuan ye..




dengar je kumpulan kompang tu berselawat..
dan dan tu laa dia cakap mengantuk...



bersanding.. tak clear la sangat.. guna hp..
kalau SLR mau aku zoom sampai bleh nampak lubang jerawat.. hehehe.. :P
pengantin pompuan memang cute.. suka tengok time dia senyum.. sweet..!



lepas je masjlis tu kami anak beranak gerak ke Teluk Batik.. konon nak bawak hero kecik mandi laut laa kan.. dah alang-alang sampai situ... masuk je dalam kereta.. dah tido.. tunggu pulak dia bangun.. sementara tu... kami berdua pun join la sekali buat taik mata... maka bersama-sama mandi laut dalam mimpi... hehehe..


dah bangun tu baru sedar mak bapak si hero bawak baju salin satu je.. utk mandi manda tak bawak.. hadoii.. cemana nak mandi..? alih2 jalan tepi pantai je laa.. layan mata tengok gelagat orang naik banana bot sambil terjerit2 macam histeria....

dah penat tengok orang menjerit.. perut kami pulak join menjerit sama... pusing keliling nampak gerai jual benda yang sama je.. burger, rojak buah, air.. yang menjaja dengan motor jual satay ikan, aiskrim n jagung bakar je..

sebab aku ni pantang nampak jagung.. beli laa 2 tongkol mujur laa bertindak bijak.. aku tanya dulu berapa rega setongkol.. kang tak cukup duit mana nak cekau? bukan ada ATM.. lagi pun kena laa bagi duit kecik kan.. setongkol rega RM3.. mak aii dah macam jagung emas dah ni.. bayar je laa.. mujur beli 2 je... balance bleh beli menda lain pulak... (sila bersangka baik.. aku bukan kedekut ye..)

nampak org jual rojak cam menarik je.. try laa beli..



timun 8 potong, sengkuang 7 potong, mangga 8 potong, nenas sejorong,jambu batu 7 potong.. gaul2.. nah "RM2.50 je"


jambu batu: masuk angin a.k.a lembik.. mangga: sungguh masam dan isi masuk angin jugak.. huhu :(



*sekian.. minggu depan pulak aku update.. bleh?



Tuesday, January 17, 2012

Selasa yang kadang-kadang boleh buat bisa-bisa badan...

Selasa..


hari paling hectic utk aku... 4 waktu berderet dengan hanya selang setengah jam.. kelas sampai 1:30 sambung pulak ke padang nak latih budak pasukan bola baling.. sampai 6 ptg.. huh!

tengah dok pikir celah mana aku nak masak buat en suami karang? nampak gaya.. masak di kuali orang lain la... esok pulak aku masak..

boleh camtu?


selingan...



lauk sabtu minggu lepas.. bekalan buat en suami


1st time seumur hidup aku pegang ikan patin.. jgn kata nak makan.. tengok pun aku dah takut.. dek kerana dah dibeli dan terperap dalam fridge tu lebih dua hari.. terpaksa jugak laa gagahkan hati masak ikan ni.. mujur ada tempoyak yang diberi dek jiran lama dulu.. terima kasih ye kak.. lupa pulak sapa nama,,

maka terhasil lah ikan patin masak tempoyak.. resepi pun main cari kat internet je.. alhamdulillah tak menghampakan.. (nak sedapkan hati je tu... :P)



*kalau la ada kepakaran cam budak2 masterchef tu.. soheh dah aku masak macam-macam.. caya laa cakap aku ni.. heh! :P

Monday, January 16, 2012

kerja di sekolah bertimbun-timbun.. kerja di rumah bertindih-tindih..

Isnin..


tu dia.. punya lama amik masa nak update blog... macam tajuk entry mlm ni laa.. cam tu la aku... dari Jumaat dok bawak pi mai pi mai fail yang nak kena update.. kalau fail tu wujud dari zaman aku kat sekolah tu ok lagi la.. ni tidak.. fail tu baru ja wujud.. hadoi.. punya laa banyak benda nak kena create.. create pulak benda yang memang tak dak..mcam pening tak intro aku? aku pun pening bila baca balik apa yang aku taip ni..


dah.. x yah pening-pening.. aku nak sambung lipat kain yang dah jadi gunung..


huduh perangai kan?


*bila laa nak ada mesin lipat kain baju ni.. isk..

Saturday, January 14, 2012

Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Kebangsaan

Sabtu..



Sekitar Parit Buntar hari ni mesti sesak di mana-mana jugak... sempena Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Padang Bandaran Parit Buntar...

tengah hari ni PM turun ke PB utk acara perasmian.. aku tak dapat la nak turun pi tengok PM.. sebab Boss suruh ke sekolah pulak hari ni.. buat persediaan apa yang patut utk pemantauan 'New Deal'.. hish! tension je rasa..

dah tak dapat nak ke sana.. nampak gaya layan kat TV je la.. mujur ada lintas langsung di TV1 - Selamat Pagi Malaysia..












* pic kredit to My SIL yang meronda tengah hari semalam..
* bangga jadi anak jati Parit Buntar.. :)

Sunday, January 8, 2012

gila ah!

Ahad

dari Jumaat lepas datang angin 'bosan' melampau.. dah jenuh jari petik channel tv suma tak best.. last-last aku layan Astro First...

nah.. layan sampai muntah.. hambek ko...!




*hari ni dah 4 kali layan.. sampai bleh hapai skrip... tengok selagi boleh.. malam karang dah abis...

Thursday, January 5, 2012

bila yang wajib dah jadi harus....

Khamis..


Hari kedua persekolahan... macam dah dua minggu sekolah aku rasa.. letih kemain.. petang tadi ke sekolah lagi utk program 1Murid 1Sukan... terkejut? ye.. sekolah lain kat area Parit Buntar ni belum mula lagi.. sekolah aku je dah start..

dengan keadaan padang yang rumputnya cecah lutut aku.. (malas nak snap pic buat malu je..) arahan untuk lakukan aktiviti tetap keluar... maka tepat 4:30 tadi aku dah mulakan aktiviti.. oh ya! tahun ni aku dengan pasukan bola baling..

aku pun sedaya upaya habiskan slot petang tadi tepat 5:30.. budak-budak masih nak main lagi.. merayu-rayu mintak extend masa... aku kena patuh arahan.. slot hanya utk 1 jam saja.. jadi tepat masanya semua kena balik.. (jenuh perambat suruh balik takut ada yang patah balik ke padang semula..)

dan seperti tahun-tahun yang lalu.. sampai habis masa.. batang hidung orang yang keluarkan arahan tak nampak jugak.. masa dalam mesyuarat bukan main cakap semua wajib hadir.. tapi aku rasa yang wajib hanya pada cikgu-cikgu cam aku.. pada dia mungkin harus.. nak mai ka tak mai ka.. dia punya suka.. padahal rumah dgn sekolah hanya sepelaung dua saja..





*sabaq je laa,, awai2 tahun ni tak mau nak stress sangat.. panjang lagi masa nak tunggu hujung tahun ni...

Tuesday, January 3, 2012

Setahun tak update blog,, apa dah jadi?

Selase..


mak aihh.. dah setahun tak update.. rasa cam penuh sawang dah ni.. cewah! berdrama pulak..

suma ni bukan apa.. kekangan masa dan liputan internet yang terhad.. ekoran aku berada di luar kawasan.. yang kawasannya berhampiran dengan sempadan Malaysia-Thailand...

ntah macam mana datang idea nak ke sebelah sinun.. nak melawat mak sedara pun ye jugak.. idea mengarut aku rupanya disambut meriah oleh Bonda.. rupanya Bonda pun dah ada plan nak membeli belah pokok orkid di padang yang luas tu.. a.k.a Padang Besar..

sungguh tak disangka.. ekspedisi kami tiga bercucu meredah highway dari Pt Buntar ke Kangar mengambil masa 2 jam setengah.. huh! cam tak caya je... alhamdulillah selamat sampai dan selamat balik ke rumah..

hasilnya, rumah aku penuh dengan pokok bunga orkid.. ruang tamu aku masih penuh dengan barang2 yang diborong termasuk lori tanah hero kecik..

hari ni langsung tak sempat nak kemas rumah sebab kena bergegas ke sekolah (dah macam jurugegas la pulak aku ni) nak update data SMM sebab PK HEM dah terhilangkan data.. mujur laa aku ada backup...

Lesson plan untuk esok pun dah siap.. cuma baju aku je belum siap iron lagi.. ni suma gara2 hero sibuk mintak nak masuk bilik nak tido katanya.. alih2 aku sorang2 dalam bilik ni dok update blog.. dia melepak kat luar dengan Mak Tok sambil tgk tv.. sabor je laa...





*nak sambung kerja2 meng'iron' baju + cari skin sock aku yg dah lama tak pakai.. tah mana aku letak pun dah lupa... cuti sakan laa katakan.... :P