Friday, August 24, 2012

Ya Allah, berikan aku kekuatan.. #2



*sambungan..

 Ahad pagi.. aku sampai di wad lebih kurang  6:30 pagi... aku lihat Bonda gelisah toleh ke kanan toleh ke kiri.. macam mencari sesuatu..  aku usap kepala Bonda sambil panggilkan namanya.. dia pandang mata aku tapi pandangannya aku rasanya lain dari biasa.. mungkin Bonda nak sampaikan sesuatu.. sempat aku tanyakan kalau-kalau Bonda nak aku bacakan Yassin.. tujuan aku tanya hanya nak pastikan Bonda masih mendengar dan faham apa yang aku katakan... Bonda kedipkan mata tanda setuju..

 semasa aku bacakan yassin, aku terdengar seolah Bonda mengiyakan bacaan aku @ mungkin dia cuba ikut dengan suara dalamnya.. (aku tak tau macam mana nak gambarkan dengusan suara dalam.,. harap ada yang faham)..

habis je aku bacakan yassin.. nurse yg bertugas datang untuk mandikan Bonda @ lebih senang aku katakan lap Bonda dengan tuala basah.. masa aku beritahu Bonda yang nurse nak mandikan dia.. masa tu la Bonda mengaku @ mengiyakan dengan suara dalam seolah2 berdehem..

siap mandi dan salinkan baju.. sempat aku sapukan bedak pada Bonda.. tak lama lepas tu nurse masukkan susu ke dalam tiub (Bonda tak boleh menelan) kemudian masukan ubat jantung, darah tinggi + ulser perut..

tak sampai sejam dari saat Bonda di berikan susu + ubat.. aku nampak Bonda seolah keletihan.. mata semakin lemah.. aku sangkakan Bonda lali @ mengantuk sebab baru makan ubat.. sempat aku bisikkan pada Bonda.. "rehat lah.. jangan lupa sebut nama Allah dalam hati.." Bonda sempat kedipkan mata sebelum dia pejam..

rupanya itulah kali terakhir aku tatap mata Bonda...

tengah hari, Bonda masih lagi dapat gerakkan tangan kiri secara aktif walaupun mata terpejam.. tangannya masih lagi dapat meraba tiub yang dimasukkan ke hidung, meraba bucu baju dan butang baju.. malah saudara mara yang datang menziarah pun cuba bisikkan di telinganya Bonda masih lagi dapat memberikan respon..








*bersambung..

bila mana aku dikhabarkan perkara yang langsung aku tak duga... :((

Wednesday, August 22, 2012

Ya Allah, berikan aku kekuatan.. #1

As Salam..

kelu aku nak menulis entry kali ni.. lepas aku tengok balik entry terakhir aku buat..

sedih.. sebak.. itu yang aku rasa..

cepat sungguh masa berlalu..

bermula dengan hari Khamis aku bawak Bonda ke Columbia Asia utk buang cyst.. hari Jumaat Bonda jalani scope utk lihat perut + usus besar.. Jumaat petang dah keluar wad.. Sabtu.. segalanya bermula..

pagi Sabtu macam biasa Bonda bersarapan dengan susu Omega + Quaker oat.. tengah hari masih boleh makan tengah hari lauk yg aku masakan utknya buat kali terakhir..

senja sebelum aku berbuka.. Bonda dah tak mau makan.. setelah dipujuk.. hanya susu + oat saja yang dia mau.. selesai makan ubat jantung, darah tinggi + ulser perut... azan Maghrib pun dah berkumandang..

aku dan en suami berbuka macam biasa.. oleh kerana en suami kerja malam hari tu, kami hanya berbuka ala kadar  saja.. bukan la makan sampai dekat nak habis waktu Maghrib.. selesai makan aku terus tunaikan solat Maghrib.. elok je aku habis berdoa.. aku nampak hero kecik lari masuk ke bilik Bonda.. biasanya kalau dia berlari macam tu dia nak kacau Bonda aku bersolat..

sempat lagi laa aku marahkan hero mintak dia bukak kan pintu sebab berkunci dari dalam.. dalam waktu aku mintak hero bukak pintu tu lah aku dengar hero kecik menjerit sambil menangis panggil Mak Tok.. hati aku memang tak sedap masa tu..

bila pintu dibukak je aku terus lari ke dalam.. dan ternampak Bonda dah baring tertiarap dalam keadaan separuh sedar.. aku memang menjerit sampai hilang suara.. aku panggil berkali2 tapi memang tak ada jawapan..semasa aku angkat badan Bonda dan lembik sebelah kanan.. dan Bonda pun dah tak bersuara masa tu.. hanya pandangan mata yang lemah je aku nampak.. dari air wajah aku dapat rasa Bonda nak nyatakan sesuatu pada aku..

dalam keadaan serba panik.. aku cuba juga untuk papah Bonda keluar dari bilik air.. apakan daya aku bila emosi bercampur dengan panik aku memang tak berdaya nak keluarkan Bonda dengan cara yang lebih baik melainkan aku heret je Bonda.. aku sandarkan Bonda pada almari dalam bilik, aku mintak hero kecik 'tahan' Bonda daripada rebah semula sementara aku cari hp utk call en suami balik semula ke rumah..

syukur alhamdulillah.. tempat kerja en suami memang dekat.. tak sampai 5 minit dari rumah.. en suami sampai rumah dalam masa yang sangat singkat pada aku.. dalam keadaan serba kelam kabut.. kami berdua ambil keputusan bawak Bonda terus ke wad kecemasan daripada panggil ambulan untuk datang ke rumah..

dalam perjalanan.. Bonda masih berdaya memegang tangan aku dengan tangan kirinya sambil mata tak lekang dari memandang aku..masih seperti tadi, aku tengok Bonda macam ada benda nak cakap.. tapi aku je yang tak boleh nak paham..

di wad kecemasan.. Bonda masih sedar.. dan masih dengar serta faham apa yang aku cakap.. dia hanya dapat kedipkan mata bila aku tanya dia masih kenal aku  ataupun tak.. saat aku nyatakan abang2 dan kakak aku dalam perjalanan balik.. Bonda genggam tangan aku dengan kuat.. itulah kali terakhir Bonda pegang + genggam tangan aku.. sebelum Bonda koma keesokkan harinya...

* akan bersambung..

berikan aku kekuatan utk kisahkan tentang Bonda untuk aku jadikan kenang kenangan..


Al Fatihah buat Hjh Khalsom bt Taib... :((

Friday, August 10, 2012

monster yesterday no more today..

Jumaat


semalam aku MC.. sora langsung tak keluar.. sunyi sepi rasa dunia..

semalam jugak aku bawak Bonda ke Hospital.. untuk buang cyst yang aku cita dalam entry lepas.. makin besar aku tengok.. tak gamak nak biar lama2...

selesai prosedur pun dah pukul 1 lebih... gedebuk gedebak.. kami balik rumah tinggalkan Bonda kat wad lepas bukak posa...

hari ni doktor nak 'tengok' usus + perut dengan kamera.. harap2 tak ada apa yang serius berlaku...


rupa cyst yang membengkak..





'monster' dah berjaya dikeluarkan...


*semoga Bonda sihat seperti dulu... amiin..

Wednesday, August 8, 2012

Doa..

Rabu..


kisah malam tadi.. hero kecik mengaruk masa dekat2 nak bukak posa..  menganga serba tak kena.. lalu mendatangkan marah satu rumah... last2 bagi mandi.. sumbat susu. terus tido..

bila dah tengok anak tido.. hati ibu mana yang tak senang? aku pun dengan konfiden rasa dia akan tido sampai ke pagi.. sebab petanig tu dia tak tido...

sekali tengah aku sedap layan cerita Keluarga Iskandar (best cita ni.. percayalah..) dia boleh pulak bangun duduk sama melayan derama tu..

adehh.. segar bugar bijik mata dia layan tv.. siap ajak aku main keta menan yang dah terbarai.. jenuh jugak laa memujuk suh masuk tido balik..

last-last laku jugak laa pujukan aku.. masa dok baring2 tu.. aku minta dia bacakan doa...
dengan konfiden.. "Allah humma barik lana... " dengan pelat2..






*adehhh..

Tuesday, August 7, 2012

perkara kecil yang boleh mendatangkan marah...

Selasa..


sejak dua hari lepas aku perasan ada banyak perkara kecil pada sesetengah orang telah berlaku aku dan ia boleh mendatangkan hangin satu badan...

1) bila ada orang 'sejukkan' botol air kosong dalam peti ais..
2) bila ubat gigi dipicit dibahagian tengah bukan dibahagian hujung..
3) bila bukak tudung saji yang ada piring kosong yang isinya tu dah habis di'ngap'
4) bila sok kabor baru beli (belum dibaca) dah jadi sok kabor kedai kopi..
5) bila novel @ buku @ majalah dilipat muka suratnye..
6) bila orang lain sibuk di dapur, kelibatnye tak nampak pun.. dah siap masak, jadi orang pertama cedok lauk... huh!!

* stress kan?

Monday, August 6, 2012

kalakatar... di pegang lembik menggeletar??

Isnin..

 Sellamat bercuti Nuzul Al Quran... sat je rasa dah pun 17 Ramadhan...

aktiviti biasa bila cuti.. dok rumah pi dapor.. mai ke depan.. dah boring keluar ke pekan..


ni nak cerita pasai sejenis kuih orang Banjar.. yang selama ni aku pandai sebut je nama dia... 2 hari lepas baru aku makan buat kali pertama... dalam kepala dok pikir rasa kuih ni mesti rasa macam bengkang (bingka) tepung gandum yang biasa tu...

sekali aku dah cuba.. mak aih.. manis laa rasa dia.. ada rasa macam bengkang roti pun ada.. ada rasa lembik2 sikit sebab ada letak isi kelapa muda..

pada yang memang suka kuih ni sure boleh perabih 4-5 ketui sekali gus.. tapi aku ni tak berapa nak gemor rasa manis sangat.. boleh takat seketui setengah je laa...

apa pun aku memang tabik laa dengan orang yang pandai buat kalakatar ni.. sebab setahu aku proses nak buat dia bukanlah mudah... dari mula nak pilih kelapa muda.. sampai laa nak bakor kuih ni...

dan paling aku bangga.. aku dah pun berjaya cuba kuih yg agak pelik pada aku dengan jayanya... hahahaha (apa yg ko merepek ni eja oiiii)


pic aku google je.. ni laa rupa kalakatar..



*yay! berjaya jugak ada entry mengarut hari ni... :))

Sunday, August 5, 2012

nyampah tauu!!

Ahad,

nyampah!!

aku benci sungguh laa bila dah taip panjang2 alih-alih tak jadi nak post... geramm jaa...

ok laa aku nak sambung pi buat coq jagung... requested by hero kecik & hero besaq..


Friday, August 3, 2012

tertunda..

Jumaat...

sat ja dah Jumaat... aku dah taip entry untuk semalam dan kemarin.. alih2 tak jadi sebab nak upload gambar ada problem laa pulak.. almaklum.. aku belum lagi beli dslr.. amik gambar suma guna henpon samseng je...

perkembangan Bonda nampaknya ada perubahan.. dah ada selera makan, tapi masih lagi lemah.. so, aku memang tak bagi la dia puasa lagi.. takut dia jadi macam hari tu...

dek sebab selera Bonda pun naik turun.. juadah berbuka pun ikut dan apa yang dia nak makan je laa..

hari Rabu dia nak makan gulai kepala ikan.. aku ni dah laa tak pernah buat gulai.. dok tolong tumbuk bawang + potong bawang utk menumis tu selalu laa.. tapi bab nak jadi one man show ni memang laa tak pernah.. dengan penuh tawakal aku buat laa jugak gulai..


kelebek peti ais ada la belen kangkung aku buat gado-gado hari tu... sebab seikat tu punya laa banyak jadi pakai separuh ja... mujuq laa masih elok belum lagi laa tahap dah lecuq... kangkung tu aku buat sayur tumis dengan belacan lempor udang 4 ekor...



gulai kepala ikan (dah ilang kepala sebab kena rembat dulu..), sayur kangkung belacan,
sambal sotong kembang kuncup recycle, kuah sup recycle, coq jagung ulangan..