Thursday, February 28, 2013

Gigih



Rabu malam..

Disebabkan rancangan tv langsung tak ada yang best..
Gigih melenyek kotak tisu.. Jadi pot ka kata nya.. (sport car)..

Alahai anak...






 
pot ka merah & ijau paking sebelah-sebelah

Tuesday, February 26, 2013

Maggi saya sudah kembang!

Selasa..

Penat, lapar, mengantuk..


Ubatnya..


Tuesday, February 19, 2013

Selasa : Kerja cikgu boleh claim OT tak?

Selasa..


masih di sekolah.. selesaikan hal untuk lengkapkan fail portfolio PBS.. apa tu PBS? Pentaksiran Berasaskan Sekolah.. hat guna KSSR tu.. alaa.. tak yah laa cita bab tu.. wat pening ja.. sapa rasa nak tau jugak.. silap lah gugel tanpa malu2... hehehe...



Saya letih.. Saya mengantuk... kalau dapat lena barang sejam dua kan best? huhu


Sunday, February 17, 2013

AHAD: makan kenduri gantung periuk

Ahad

Hari ni tak der plan kursus selain memenuhi undangan kenduri kahwen jiran setaman.. Lagi-lagi kakak pengantin ni kawan lama dari sekolah dulu..

Nampak gaya kenduri kali ni memang 'besar'.. Dengar-dengar DJ tadi umumkan jemputan dlm 2000 orang.. Pilihan makanan memang banyak..

Ada pilihan nasik tomato & nasik putih...  lauk ayam goreng tepung kentaki + kurma kamben + dalca daging + jelatah nenas & timun.. Yang paling menarik makanan sampingan yg disediakan tuan rumah... Ada gerai roti canai, cendol madu, laksa, aiskrim, putu piring, teh tarik.. Memang kenyang sungguh-sungguh laa kalau boleh luangkan masa dlm 1-2 jam di situ.. Terima kasih banyak tuan rumah sajikan macam-macam jenis makanan pada kami.. Dah cam kanduri kat hotel.. Bezanya cuma tadi ni panas terik.. Sebab tu la satu gambar pun tak disnap.. Berpeluh + pulun dok makan macam macam. Haha..

Sudahnya balik rumah cucur jagung pagi tadi jugak yang dicari..

Sedar sedar dah terlelap tepi piring...

Alahai.. Anak bonda...


Sunday, February 10, 2013

CNY : dok melepak makan, makan, makan...

Ini adalah entry yg tertunda..

Ahad,

malam tadi tak berapa boleh nak lena.. pung pang pung pang bunyi bunga api.. mujur laa mercun yang panjang tu depa tak bakar sama..

bangun  pagi bukak tv suma cita pasal raya.. maklumla raya depa.. suma pakat tunjuk tarian singa..

last-last masuk dapor selongkar peti ais jumpak jagung setongkol.. tu pun dah nyaris-nyaris nak kematu.. siap sagat bancuh tepung tunggu time nak goreng je.. sedang elok nak menggoreng encik Somi balik keja dengan daging & tetel + santan pekat (siap perah).. mintak buatkan gulai daging,..

lepas je siap cucur jagung, sesi menggulai pun bersambung.. disebabkan masak pun jarang-jarang aku dah terlupa nak setkan masa yang betul untuk bagi daging tu empuk..

oh ya mesti ada yang heran kenapa nak setkan masa plak kan? aku ni tak berapa berani nak masak guna dapor gas kalau melibatkan kuantiti banyak @ lauk yg jarang aku masak.. lagi satu sebab nak elakkan dapor mercik minyak sana sini... (konon dapor tu bersih sangattt...) jadinya aku guna periuk tekanan dari Amway je laa.. (peninggalan Arwah Bonda).. sepatutnya aku setkan masa dalam 30-35 minit utk daging tu empuk.. tapi sebab takut kentang pecah berderai aku setkan 15 minit dulu... kendian tengok daging belum cukup empuk.. last last kena 3 kali setkan 15 minit baru laa daging tu bleh dikunyah tanpa rasa cam chewing gum.. apa jadi kan kuah? hahaha.. 'pecah' la santan nya.. biasa kalau bab nak menggulai ni aku guna santan kotak je dan memang tak pernah jadi santan 'pecah' minyak.. tapi tadi dah guna santan fresh.. terima je laa akibatnye..

frust jugak laa mula tu bila tengok gulai daging tetel ni jadi lagu tu.. tapi bila tengok hero kecik makan kemain bertambah lega laa rasa hati.. oh ya kami hari ni makan gulai dengan nasik impit dan roti puri je.. (masih mood diet tak mo nasik... konon...~!!)

inilah hasil nya.. tadaaa....






Friday, February 8, 2013

Lontong : CNY punye versi...

Jumaat..
dah malam..


balik dari sekolah tadi.. kaki dah rasa  lain macam.. ikutkan pi mengurut dari Isnin lepas.. asik ada je hal-hal di skolah memang memaksa aku tunda hasrat aku tu...

dek kerana tak tahan sangat.. sebab nak bersila je lutut memang rasa ngilu.. aku call Umi makcik yang jugak kawan Arwah Bonda dulu utk mai ke rumah.. dia sampai tadi dalam kul 4..

sesi mengurut amik masa lebih kurang sejam sengah.. alhamdulillah ada laa sikit kurang nak dibandingkan dengan sebelumnye...aku pun rasa urat dah tegang sebab banyak berdiri + ke sana ke mari.. ye laa 'rumah' besor.. 'tiang' kecik je... huhu

dah abis sesi urutan.. dan-dan tu laa perut rasa lapo.. nasik memang tak masak konon ahli dlm rumah ni diet tak mo makan nasik (encik Somi le tu)..tapi time aku kat dapor tadi nampak ada 2 ketul nasik impit yg dah siap rebus...rupanya encik Somi berhajat nak makan lontong...

mula nak siang bawang aku tengok jam.. dah kul 6.. cam tak sempat je aku rasa... (tak sempat sebab encik Somi nak pegi keja kul 7:30).. jenuh jugak laa tadi.. cam masuk cabaran pantas Masterchef..

by 7:15 dah siap..

tadaa...

 lontong raya cina.. agak pedas sebab cabai kering yg aku guna mungkin yang jenis paling pedas..




hero kecik pun sibuk nak enterprem memalam...



GURU : sapa kata cikgu garang murid tak sayang?

Jumaat


kisah pagi semalam.. baru nak mula masuk kelas datang sorang murid tahun 3.. berlari2 anak bersama "sesuatu" ditangannya

rupa-rupanya..


sebenornye bungkuih dia aku dah renyok masuk tong sampah.. pastu baru tingat nak snap..





*tima kasih anak murid ku... :)

Thursday, February 7, 2013

JODOH


Khamis..

Jodoh..rancangan baru di astruk Ria..bermula 4hb Feb 9 mlm..sempat laa aku melayan drama ni malam tadi lagi sekali...

Drama lain dari yang lain.. Episod 1 ni mengisahkan Olly yang bekerja di syarikat pemaju milik sorang datuk. tapi masalah timbul bila Azlan, pemilik tanah tak mau nak jual tanahnya.

Olly disuruh berjumpa dan memujuk Azlan supaya menjual tanahnya.Azlan ni pula merupakan masuk rancangn realiti Jodoh (ala-ala Bachelor)..

berlaku beberapa insiden sebelum Olly terheret sama masuk dalam program Jodoh ni.. nak tau kena ikut la episod minggu depan.. (huh~! dah mcm iklan promo kat Astruk plak..)

serius aku memang suka drama ni walau baru tengok episod 1.. sebab? aku suka cara Scha Al Yahya berlakon.. dia ni kan ala-ala tomboy gitu.. memang bersahaja..

lagi satu dalam drama ni ada Susan Lankester a.k.a 'Kak Ngah' dari Keluarga Iskandar.. (sapa yg penah tengok KI ni mesti tau watak Kak Ngah cemana..)

cuma satu je.. hero drama ni Dazrin Kamarudin..cam tak kena je.. tapi ok je kot bagi peminat yang suka hero putih melepak cam dia..


Roti jala & kari kepak ayam telor

Rabu..

Balik sekolah pun dah kul 4:30 tadi.. Punya lapo tak tau nak cakap.. Nak makan nasik tak mau konon nak diet..


Last-last menjala di petang hari.. Sebenar tukang jala en somi.. Aku tukang bancuh adunan + buat kari je.. lagi pun bak kata kak Azie Azah, org lelaki ni lebih tau bab jala menjala nih... :D


 
 kari kepak ayam + kentang + telor rebus yang dah di baham dek hero kecik..




 
ini je yg sempat aku snap.. tu pun dia nak enterprem jugak..


roti jala tu aku gunakan acuan muncung tiga yang aku beli dari kak Jee.. beli dah dekat setahun.. kali ni baru nak guna..


gambar google dari blog Kak Jee...


*alhamdulillah rezeki menjala dapat dikongsi dengan jiran2.. walaupun kari idak le sedap cam kat kedai mamak.... :)

Monday, February 4, 2013

YES

Isnin..

Yay!! Dah dapat dongle dari YTL.. Lepas ni lagi laju laa aku buat keja.. Weehoo..

Tapi nama pun harta kerajaan kena la jaga lebih dari harta sendiri...

Tang tu yg leceh pun... :(


Sunday, February 3, 2013

Kembung

Ahad..

Malam tadi je 4 kali muntah.. Kembung perut.. Pagi ni ngadu sakit perut lagi.. Baru nak amik minyak.. Alih2 dah tido..


Saturday, February 2, 2013

Fear Factor Selebriti Malaysia: menyampah la dia tu!

Sabtu..

Hari ni memenuhi undangan jiran seblok majlis menyambut cucu menant..
Balik rumah je perut memang dah kenyang nak tido memang tak patut sangat.. Jadi bukak tv tukar channel tu, channel ni akhirnya layan ulangan fear factor yg aku terlepas tengok minggu lepas..

Aksi pertama peserta berdiri atas platform selebar 10".. Peserta di ikat tali kemudian perlu saling pusing untuk leraikan belitan tali hingga ke hujung untuk ambil bendera.. (biasa laa fear factor mesti keja nye kutip bendera je)..

Aku bukan nak cita pasal aksi tu tapi pasal sikap sorang artis ni.. Seingat aku dia pernah timbulkan kontroversi sebab maki hamun peminat di internet.. Aku pun tak pasti dia ni penah berlakon cita @ filem apa.. Tak penting sangat laa sebab aku bukan peminat dia pun..

Apa yg aku rasa menyampah,  ialah sikap dia bila tengok peserta lain yg memang tak boleh nak buat aksi mesti nak mengejek.. Memang tak suka laa tengok..

Peserta paling aku suka akim & farish, dafi & zoey, dr faiz & jehan (dah tersingkir) depa semua ni aku tengok cara main memang bersih la.. Teringat minggu yang ada aksi baring dlm kotak dengan tikus yang besor2.. Huih.. Memang geli betoi.. Dan aku sangat respect pada team dafi & zoey sebab sanggup serahkan imuniti pada team ezlyn & nik michael..


*bila ada rancangan realiti camni baru laa nampak depa punya true colors kan?

Friday, February 1, 2013

Improving

Jumaat..

hari Selasa lepas punya..  rekod bintang terbanyak setakat ni.. cikgu pun terkejut hero kecik boleh warnakan angka 3 ni sampai penuh.. biasa budak lelaki memang malas nak mewarna...


 


*mudahan konsisten sampai masuk sekolah.. aminn...