Wednesday, June 29, 2011

entry menghilangkan mengantuk sebelum balik rumah....

setiap hari kita berjumpa dengan ramai orang.. yang berlainan latar belakang.. yang berlainan pe-el.. lebih2 lagi sapa yang kerja front desk.. mesti jumpa ramai orang kan?

tapi macam aku ni.. aku hanya jumpa orang yang sama setiap hari.. melainkan kalau aku ada kursus di mana-mana...

jadi dah nama pun jumpa orang.. mesti la bercakap.. melainkan org yang kita jumpa tu OKU... betul tak?

ada yang bila bercakap.. suara lembut.. bahasa pun lembut... ada pulak yang suara agak kasar.. tapi bahasanya jugak lembut... kedua-dua ketegori ni pada aku tak ada masalah.. ok je..

tapi ada orang yang suara kasar.. bahasa pun sama kasar.. yang ni aku rasa Along kutip hutang... hehe.. kalau suara lembut, bahasa lembut.. tak gengstar laa kan??

tapi macam mana pulak yang suara bukan main lembut.. tapi sekali dia cakap.. menusuk ke tulang hitam?? cemana tu?




*macam2 ada...

Tuesday, June 28, 2011

aku diserang...?

ehsan ankel gugle..







aku diserang lagi... bukan dengan parent.. tapi dengan virus.. aduhyaii... hidung tersumbat.. mata berair.. rasa macam nak MC je..

tapi tak sampai hati pulak tengok bebudak tu...



sungguh pun selalu menyinga.. tapi aku sayang bebudak tu sebenarnya...




macam ni....



*korang caya tak??

Saturday, June 25, 2011

Tahniah!!!

Maharaja Lawak pun dah habis.. teka-teki sapa jadi Maharaja pun dah terjawab.. tahniah buat kumpulan Sepah.. dapat RM350,000 tu... aku ingatkan juara menang RM300,000 je... memang rezeki anak Shuib la tu depa jadi juara...

walau Jozan tak menang tempat pertama.. tapi hadiah yang dikongsi dek Mail Lambung dgn Ah Chai la paling banyak nilai kalau nak dibandingkan dengan Sepah... tapi Nabil jugak la yang paling kayo.... RM150K kaut sorang2....

overall best la persembahan depa malam tadi... walaupun Jambu di pusingan pertama memang hampeh bagi aku... hero kecik pun pandai bosan bila tang Jambu buat persembahan di pusingan pertama...

idea Jepp Sepah jadi Ustazah memang menjadi.. macam ye-ye je dia tu pompuan bila dah pakai tudung... hehehe... hero kecik siap bleh ajuk cemana Jepp semput...hadoi.. pengaruh tv memang kuat..

apa pun tahniah pada semua.. yang kalah pun merasa duit banyak jugak... sapa nak bagi senang2 RM50K.. kan?



*hish! instint aku tak bleh pakai laa... hahahahhahahaha

Thursday, June 23, 2011

antara yang seronok dan tidak...

yeahoo...seronok bukan main.. ye la.. sejak dua menjak internet kat rumah ni bermasalah.. aku dah tak singgah ke rumah kengkawan... bukak di sekolah pun time dah nak balik.. tu pun baca mana2 entry yang paling latest je dari blog list.. tak sempat nak komen.. mintak maap la ye..

jadi.. dah ok internet kat rumah ni.. boleh la aku sambung balik aktiviti aku macam selalu.. tak le aku membuta asyik tengok tv je.. kan?

dan yang paling penting dengan pulihnya internet kat rumah ni.. dapat la aku update data cikgu2 sekolah tu mana yang patut.. nak harapkan masa kat sekolah je memang la tak sempat.. sebab line kat sekolah tu pun kadang2 jadi lebih dari biskut cipsmore... kejap ada.. kejap-kejap langsung tak ada...


*********


petang tadi aku ke sekolah lagi.. ada latihan rumah sukan... setakat pilih budak yang nak masuk acara lompat jauh & lontar peluru... lepas selesai je di sekolah.. aku ke pasar malam... belikan kuih barang sejenis dua utk bonda tersayang yang berpuasa hari ni...

tapi yang tak bestnye.. elok aku sampai je kat depan pagar.. sambil nak bukak pagar tu.. mata aku tertangkap seekor objek yang memang aku tak berapa nak berkenan.. rupanya bonda dah pasang perangkap petang tadi.. dan letak kat depan pagar sebab tunggu encik suami settlekan lepas balik kerja nanti...

hish.. nak cerita lebih2 pun tak sanggup rasanya... geli je rasa... :P



*berenti sekejap.. nak tunaikan yang fardhu.. sat lagi nak merempit ke blog kengkawan.... :)

Maharaja Lawak Milik Jozan?

ramai sungguh pengikut depa dua ni.. mana2 pegi (tour di Penang, Kuantan, JB) sorakkan peminat paling gemuruh pada Jozan..

cuma lawak di PISA, Penang je yang agak kureenggg.. mungkin sebab masa yang diberi panjang sangat.. dan mungkin jugak depa dua ni tak cukup persediaan.. maklumla job banyak.. tak sempat nak discuss persembahan..

malam final nanti penentu sapa yang bawak balik RM300,000.00 banyak tuu,.... kalau dapat kat Nabil.. dia la artis terkaya lepas Mawi menang AF3 dulu.. kawen terus je la Nabil...



minggu ke 4.. lawak paling aku suka....



minggu ke 12.. lawaknya memang unpredictable..




*instint aku kuat kata Jozan menang malam final nanti... bukan sebab aku fanatik depa.. tapi sebab aku rasa sms memang berpihak pada depa...

boleh macam tu?


masih dalam mood sibuk dan menyibuk... boleh macam tu?

kad pelaporan dan selamat bagi kat parent.. tu pun ada 2-3 orang parent yang tak hadir semalam.. mmm.. macam2 alasan.. gasak laa.. tak larat dah nak terhegeh2 bagitau suh amik kad anak dia... boleh macam tu?

data guru masih dalam proses kemaskini.. nak dihantar ke jabatan dalam minggu depan.. minit mesyuarat belum aku buat lagi... (on paper je la...) rasanya terpaksalah aku 'sub'kan pada pembantu.... hehehe... boleh macam tu?

lagi cerita.. macam biasa.. masih terkial2 nak suaikan diri dengan jadual baru keluarga... agak tunggang langgang jugak aku rasa... sabar je laa...


*********

maaf tak sempat nak jawab komen.. kepada yang sudi singgah dan tinggalkan komen.. terima kasih tak terhingga... :)




*tadi singa mengaum dengan tahun 2 sebab berlari dalam kelas... singa terlambat masuk dalam 3 minit... huh! macam2 hal...

Wednesday, June 22, 2011

lega seleganya....




syukur alhamdulillah... dah baik demam.. dah baik sakit tekak... semalam selsema pun dah lega hari ni... lega.. lega.. lega... syukur tak terhingga kepadaNYA.. dapat aku teruskan kerja2 dengan sedaya mungkin.. walaupun tak sampai tahap sempurna... dah nama pun manusia ye dak?

hari ni ada Majlis Penyerahan Repot Kad.. huh! dah rupa macam majlis pecah tanah.. ni merupakan julung kali diadakan di sekolah ni.. dan buat aku sendiri pun memang pengalaman pertama nak mengadap parent.. bersertakan komen telatah budak dalam kelas...

ni yang tak berapa nak syok ni.. nak kena rewind ayat yang sama utk parent.. terpaksa la aku siapkan skrip awal nak cakap sat lagi.. hehehe... kes jimat suara... :P
Italic
ok laa dah nak gerak ke kelas... dah lama tak menyinga.... muahahahhahahaa...






*aummmmmm... grrrr

Friday, June 17, 2011

ini je yang termampu aku tulis....





*sunyi sepi kelas hari ni...

Wednesday, June 15, 2011

markah kira silap.. cikgu pulak tak sihat.. cemana tu?

aku tak tau laa apa yang tak kena dengan aku hari ni...

tadi pagi semasa waktu Matematik tahun 2.. tengah kusyuk mengajar topik baru.. tiba-tiba.. seorang murid perempuan bangun dengan kertas peperiksaan di tangannya... aku dah mula rasa gelabah...

dia datang tanya kenapa markah periksa dia sikit sedangkan kesalahan menjawab soalan hanya 2 saja.. sepatutnya markahnya 96%.. tapi aku kira 76%.. ya Allah.. terkejut aku bukan kepalang..

terus aku minta semua murid pulangkan semua kertas yang aku bagi semalam.. supaya aku dapat betulkan markah yang diberi... aduh!!! makin tua rupanya aku... cemana boleh silap.. sampai sekarang aku masih fikir.. pening dah kepala...


**************************


dari sekolah tadi tekak aku pun dah rasa lain macam.. terasa seperti ada luka ditekak.. mata dan nafas pun dah rasa suam dah ni..








*apakah petandanya??

Larian 1Murid, 1Sukan, 1Malaysia dan kempen dari KomenSen...

sekejap je dah Rabu.. dah tiga hari sesi persekolahan bermula.. macam biasa kerja-kerja pun makin bertambah... maklumlah.. dua minggu bercuti.. walaupun tak berapa cuti sebenarnya...

musim sukan sekolah pun dah bermula.. ada sekolah di daerah aku ni dah pun nak buat sukan Khamis minggu depan.. sekolah aku akan adakan sukan sekolah pada 7hb Julai depan... sebelum tu acara larian serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia akan diadakan pada 2hb Julai...

acara larian ni bukan lah untuk cari pemenang.. cuma untuk mencatatkan rekod Guiness Malaysia... acara larian ni melibatkan semua sekolah-sekolah di Malaysia.. tak kira sekolah rendah atau menengah.. dan perlaksanaannya adalah serentak di seluruh negara... macam best kan?

tak sabar pulak nak tunggu hari tu.. aku bukan masuk acara pun.. cuma ditugaskan menjaga 'check point' saja... jadi laa...

hari ni bahasa penulisan aku agak skema.. sebab apa? sebab hari ni 15hb.. demi menyahut Kempen Tuan Haji Hamzah @ penulis blog KomenSen .. kempen menggunakan bahasa dengan betul..




*jangan salah sangka.. entry ni aku taip sebelum bunyi loceng 7:40 tadi.. ni baru nak publish... :)

Wednesday, June 8, 2011

staf hospital lembab?

tadi siang aku bawak hero kecik jumpa doktor.. alhamdulillah.. mata hero tak dak apa masalah.. jadi dah tak perlu nak buat follow up lagi.. lega rasanya..

cuma.. tadi tu.. macam biasa la bila dah lama tak berurusan dengan kakitangan hospital kerajaan.. angin aku ada sikit naik... sebab apa naik?

mengikut tarikh dan masa appointment adalah 8 Jun 2011 (iaitu hari ni) pada jam 8 pagi.. oleh kerana aku tak mau peristiwa tahun lepas berulang.. aku dan en suami ambil keputusan keluar awal... kira orang tua-tua kata subuh sapie la.. dalam 7 pagi macam tu...

sampai depan kaunter ngam-ngam 8:05.. aku letak kad appointment dalam bakul yg dah disediakan.. aku tengok orang yang menunggu dah ramai.. penuh dah bangku kat dalam kawasan menunggu tu.. mungkin dorang yang sampai awal tu siap solat subuh kat surau hospital kot...(agaknye laa..)

lepas setengah jam.. en suami pulak pi tunggu kat area kaunter tu... agak dah lenguh kaki dia dok berdiri.. dia pun tanya la nama hero kecik dah panggil ke belum.. pegawai bertugas tu pun.. buat2 sibuk cari kad hero dan bagitau.. giliran yang ke45.. sedangkan nama yang dorang dok panggil tu baru no 28.. hadoi.. masak nak tunggu...

dalam dok tunggu tu sempat laa jugak aku sebat karipap 2 ketul.. nama pun keluar rumah subuh sapie.. mana dan nak sarapan...

cukup sejam.. aku pulak tunggu depan ruang menunggu tu.. (isk.. kenapa la aku tak teringat nak snap pic tadi..) elok je aku beridir situ tak sampai 10 minit.. nama hero kecik pun dipanggil oleh pegawai yang sama en suami tanya tadi..

ha... masa ni laa angin aku ada sikit naik.. pegawai tu baru tanya ada bawak GL tak..aku cakap la tak bawak.. kemdian dia suruh aku pi ke bahagian kecemasan ambil GL melalui e-GL dari pegawai yang ada kat sana.. aku tanya dia balik.. tadi kenapa tak bagitau awal supaya boleh aku pegi ambil dalam masa sejam dok tunggu tu.. dia teragak-agak nak jawab.. lepas tu dia cakap, kalau aku tak bagi GL tu nama hero tak akan didaftarkan dalam sistem dorang.. (tah apa sistem tah.. aku tengok ada la sorang mamat India ni dok menaip ala2 ayam patuk nasik sejuk je..kat sebelah dia tu)

hangin laa aku.. kena turun ke bahagian kecemasan.. (jauh la jugak nak jalan.. dah tu habis keluar segala peluh2 yang ada.. dah macam masuk larian merentas desa aku rasa...sungguh tak selesa.. arghh!)

dipendekkan cerita.. time aku serahkan GL tu kat mamat pegawai tu.. aku nampak no giliran selepas no aku dah pun ada kat mamat India yang dok menaip tu.. oo.. makna nya.. giliran aku dah dilangkau la... mula laa mata aku nak terjojol keluar.. macam tertelan biji durian.. aisey.. teringin nak makan durian dengan pulut la pulak.... hish! melalut plak.. ok.. masa aku dok tengok mamat India tu menaip.. aku perasan la mamat pegawai yang mintak aku GL tu dok pandang aku.. sambil dok bagitau apa benda tah.. aku tak berapa nak amik pot sangat pasal masih hangin sebab dia la aku berpeluh2 & tercungap2... bleh cam tu?


dek kerana bukan aku sorang yang hangin dengan mamat pegawai tu.. ada orang lain pun hangin jugak... makanya.. hilang la hangin aku lepas tu... memang ramai yang merungut servis bahagian Oftamologi ni memang lembab... bayangkan la.. ada yang dok menunggu sampai tertidur.. dah laa tertidur.. yang nak tersembam dari kerusi pun ada... tak caya? ok.. aku tipu.. jangan caya.. saja tambah ajinomoto sket... :P


*ok laa dah lewat pun... letih menaip.. yang pasti aku menaip tak la macam ayam patuk nasik sejuk..haha...tajuk atas tu pun saja la letak.. nak bagi gempak la konon....

Monday, June 6, 2011

bosan tahap gaban...

Cerita 1:

lagi cerita bosan dari aku.. internet masih tak ok.. dek kerana aku dah bosan tahap gaban.. dek kerana tak tahan asik jadi gaban je.. aku pun guna la tektik lama utk surf internet.. aku guna dial up je ni.. huh! lembabs cam siputs..

ok laa kan lembab, lembab pun janji aku bleh laa on tenet ni... tak laa kelabu asap je muka aku dok rumah time cuti2 cenggini... hehehe...

hari ni hari pertama membayar hutang.. insyaAllah tinggal lagi sehari je lagi.., lepas tu tak de laa nak risau hutang tak berbayar,.. kan kan? lagi pun dah bulan Rejab ni... waktu Maghrib masuk awal...

********

Cerita 2

plan asal time cuti ni nak ke Kelantan.. ada majlis kenduri kahwin adik ipar abang aku.. oleh kerana en suami pun baru je mula kerja.. jadi plan asal tertangguh... lepas tu plan kedua nak ke Pendang Kedah.. majlis kenduri sebelah perempuan.. pun tak lepas jugak.. sebabnya aku tak berani nak drive jauh2 dengan bonda & hero kecik.. ye laa.. budak tu bukan bleh kira.. buatnya angin tak betul.. mau kecoh jugak nak drive jalan yang aku tak biasa pulak tu...

kesimpulan.. cuti skolah duduk rumah je..


**********

Cerita 3

hari Jumaat lepas ke pasar malam .. semata-mata nak cari yong tau fu... alhamdulillah jumpak la.. tapi pilihan yang ada tak berapa nak bukak selera... alang-alang dah sampai tu.. aku amik jugak la serba sikit...

tapi... dalam serba sikit tu pun.. kena RM17.60.. huh! terkejut jugak.. mau tak nye.. aku amik kangkung seikat.. fishcake sekeping, tauhu kering sekeping kecik, cabai muda sebiji, gulungan ikan + sayur dua keping.. banyak ke tu??

nasib badan laa.. dah memang dok cari nak makan.. sekali kena banyak tu.. terima je laa...


*********

Cerita 4

esok nak ke sekolah.. ada kerja yang nak diselesaikan.. tak tau laa dapat selesai ke tidak esok nya.. pasal aku nak kena bawak hero kecik sama.. harap2 siap laa.. kalau tak siap sepenuhnya separuh pun jadi laa..


********

Cerita 5

hari Rabu.. nak ke Hospital Taiping... temujanji hero kecik dengan Ophtamologist.. harap2 semua baik2 aje.. temujanji ni dah ditetapkan dari tahun lepas.. kira setahun sekali laa hero kecik ni kena check mata..







*ok tak entry sampai 5 cerita..? kira aku cover sampai hari Rabu laa ni kan... hehehe... ini bukan ngelat... tapi jimatt..

Thursday, June 2, 2011

cerita carca marba..

huh! macam tengah angau bercinta.. sehari tak dapat bukak blog rasa cam ada yang kurang je... ni pun aku pinjam berukband abang sulung aku... sementara dia ke surau..

line internet belum pulih lagi... dok menghitung jam je laa aku la ni.. kalau tak cuti sekolah tak la terasa sangat.. ni sebab dok melepak kat rumah je.. jadi masa yang biasa aku luang utk bertenet dah aku penuh kan dengan membuta... hehe..

ok laa tak mo sembang banyak... esok dah pun 1 Rejab.. jadi nak ingatkan diri sendiri utk berpuasa sunat Rejab.. sambil membayor hutang lagi 2 hari..

sebelum terlupa, nak cita siang tadi aku hantar kereta ke Proton Servis.. ingatkan kena la sampai RM200 lebih ke.. tadi cam tak caya pulak.. budak kerani tu mintak aku bayar RM49.60 je.. kira ok le tu kan? minyak enjin aku bawak sendiri.. upah kerja cuma RM13.20 je.. sebab aku ada kad ahli.. kalau tak charge yang dikenakan RM66.. mahal kan?


*tadi ke pasar malam nak cari yong tau fu.. tak de pulak.. pusing dekat 3 kali.. satu gerai pun tak dak.. frust betul la.. :(

Wednesday, June 1, 2011

Internet problem plak... Aku layan tv alhijrah je la...

Hari ni 1 Jun.. Tariff letrik dah naik... Ok aku dah nak kena berjimat cermat.. Bukan la bermaksud sebelum ni aku jenis suka membazir.. Tapi kadar kejimat cermatan aku tu mungkin kurang sket.. (jahanam bahasa aku hari ni..)


hari jugak laa berita yg tak best aku dapat... Internet ada masalah plak,, tak bleh nak connect... Hish! Ada2 je la... Bila yg nak ok tu x dapat nak dipastikan.. Nampak gaya aku kena cuti la lagi...


Dan kul 12 jap lagi channel baru tv alhijrah akan keudara di Astro.. Channel 114.. Layan tv je la aku nanti...

Sabor je la.. Mungkin ini salah satu cara utk bantu aku berjimat cermat... Oh ya! Aku taip entry ni guna tipon.. Juga line tipon.. Jadinya tableh nak on selalu.. Kena jimat bil tipon jugak..


*oh jimat.. Jimattt....