Wednesday, December 8, 2010

kali ni nak crita perihal hero kecik.. semenjak ni suka sangat buli aku dan mak tok dia.. bukan buli cemana.. bila time santai2 kami ni baring2 depan tv.. dia mesti nak buat aksi2 stunt kat kami.. suka ati dia nak stunt kat mana.. kat kaki, kat perut, kat kepala.. penah sekali tu dia stunt kat kepala aku.. betul2 tepat muka aku plak tu.. kena pulak dia baru je lepas uk-uk.. humangg.. bau dia toksah cakap lah.. kalau bleh tukaq kaler.. dah lama muka aku kaler ijau..

dek kerana nak kurangkan aktiviti dia membuli kami..(bonda & mak toknya).. jadi kami decide nak belikan kuda tunggangan kat hero ni.. semalam masa on the way nak balik rumah.. ada lalu kat kedai permainan kanak2.. kedai tu lebih kepada kedai basikal la senang cakap.. cuma papan tanda je tulis kedai permainan kanak2..

masuk je kedai tu.. hero dah mula tunjuk sana tunjuk sini.. suma model dia mau.. bagi dia try 2 jenis basikal (lebih kepada tricycle sebenaqnya..).. dah try.. lepas tu 2-2 tak mo lepas.. adeh.. parah cenggini..

pujuk punya pujuk.. kesudahan amik basikal roda tiga yang aku berkenan.. (macam laa aku yang nak maim..) mujur la hero jenis tak pandai nak demanding sangat.. janji ada benda yang dibelikan utk dia.. kira ok je la..

dah nak balik.. aku taruk laa basikal tu kat bonet belakang.. dia masuk je kereta tak lama tu dia melalak pulak.. rupanya dia ingat basikal tadi tak bawak balik.. jenuh jugak laa aku cerita bagi dia paham.. (cakap pun cam ayam dgn itik..) bila dia mengangguk tu kira dia paham le tu aku rasa...

sampai rumah je.. tak menyempat nak bwak gi mandi.. dah pegang basikal tu tak lepas2.. dah kena paksa baru laa mandi.. siap2 sambung dengan basikalnya lagi.. tido pun kaki letak kat pengayuh basikal.. isk isk.. hero.. hero..

dok cucuk straw sambil buat bunyi stat keta...

No comments: