Wednesday, February 29, 2012

tak der tajuk.. MODE: nak mengomel je..

Rabu..


hari yang cukup meletihkan... ye aku tau org lain kerja pun letih.. tapi maksud aku kali ni bukan letih badan je.. nih 'letih' dengan perangai salah sorang dari pentadbir ni... 'letih' melayan.. nak kena ikut je cakap dia...

kes bola baling belum selesai.. apa kes? kes nak output hebat2.. tapi langsung tak dak sapot dari dia.. dalam miting bukan main cakap pasukan sekolah mesti juara, tak pun takat naib johan.. amboii.. permintaan bukan main.. macam mintak daripada jin super power je.. mintak2 terus dapat...

yang buatkan aku & rakan se'juruletih' yang lain makin letih ni sebab dia tu langsung tak turun padang tengok latihan budak2... dari segi moral dah memang tak ada sapot... dari segi RM tu laggiii laa.. ayat yang kerap keluar dari mulut dia "biasa guna duit cikgu-cikgu je" ewah-ewah... macam laa gaji bulanan kami ni utk bagi kat sekolah je... yang peruntukkan kerajaan bagi tu nak buat apa? melabur dalam saham emas pulak ke?

dah laa minggu lepas bawak bebudak tu frenly langsung dia tak tanya nak hantar macam mana ke.. berapa orang cikgu terlibat ke... yang dia tanya berapa skor.. siap komen lagi teknik latihan tak betoi.. haish! boleh berangin satu badan ni... pandai nak kondem orang ke... geram je..

mujur laa BIG BOSS perasan macam mana sulitnya kami sebagai 'juruletih' dan 'pengkurus' pasukan nak handle pasukan sekolah ni... bila tanya pasal proposal mintak duit.. rupa2nya proposal tu tak sampai ke tangan BIG BOSS lagi.. dah kena peram rupanya proposal tu.. padan le duit tak dapat2..



*letihkan? latih budak satu hal, nak menang satu hal, duit pulak nak kena keluar dari poket sendiri... apa cer??

Sunday, February 26, 2012

entry berkala... berkisar hal sekolah

dah Ahad,


sejak dari entry perlawanan persahabatan.. sampai hari ni baru aku nak update... ini semua gara-gara frust tak dapat nak lawan hari tu... hari hujan lebat... pasukan lawan yang bertandang ambil keputusan tak nak lawan sebab risau kalau-kalau ada kilat..

jadi Jumaat lepas aku bawak la pasukan sekolah bertandang ke sekolah sana pulak... pun frust jugak.. sebab anak2 bertuah macam takut nak berhadapan dengan pihak lawan.. semua percubaan gol tak menjadi.. separuh masa pertama dah kena balun 8-0 aduh.. rasa muka aku ni dah macam ada 2 kaki tebai dah.... separuh masa kedua baru laa pecah telor sebijik tu... perlawanan berakhir dengan 11-1 bagi pasukan lelaki... sadis sungguh...

pasukan perempuan nampak ada peningkatan kalau nak dibandingkan dengan persahabatan yang terdahulu... sebelum ni kena balun sampai lunyai.. sebijik gol pun tak masuk.. tapi petang Jumaat yang bertuah dapat jugak laa bawak balik dua gol.. walaupun tetap kena balun dengan pihak lawan enam gol....


kesimpulan petang Jumaat tu kami menang sorak saja...



gambar tak dak kena mengena... sila abaikan peta India di belakang tu ye!



*sebagai pengurus memang kecewa.. malu pun ada.. tapi aku ambil ini sebagai cabaran... mudah-mudahan budak2 bertuah tu dibukakan minda & skill yang ada untuk bertarung 21 & 22 Mac depan...



**eceh! semangat cam pasukan bola Malaysia je... puihhh.. (bak kata kawan lama yang memang loqlaq)






Tuesday, February 21, 2012

Selasa yang tak berapa nak selesa...


Selasa..


rutin petang aku sekarang ni mesti kat sekolah je.. dari kul 4 sampai kul 6.. itu kalau ikut jadual.. kalau tidak terbabas jugak sampai kul 7.. sekarang ni kan lambat gelap.. dok ralit sampai tak perasan dah nak masuk Maghrib...


aku ke sekolah tiap petang sebab agenda sekolah kali ni jadi tuan rumah pertandingan bola baling antara sekolah... aku pulak jadi pengurus pasukan.. pengurus yang tak terurus sebenarnya.. huh! sadis sungguh..


minggu lepas pasukan cuba adakan perlawanan persahabatan dengan sekolah yang dekat-dekat... nasib memang tak berapa nak baik.. (boleh ke dikatakan nasib?) pasukan sekolah aku jadi 'lauk' pasukan lain... masing2 kenduri gol..

kesian memang laa ada bila tengok budak2 aku sampai menangis... tapi sekurang2nya jadikan pengalaman utk depa ni...

hari ni sekali lagi ada perlawanan persahabatan... harap2 boleh laa menang.. kalau tidak.. jenuh laa nanti.. huhu..




minggu lepas punya 'game'



selingan...


muazzin yang keletihan...








*sesungguhnya aku ni dah tak lalu nak ulang alik pagi petang ke sekolah.. apa nak buat...

Sunday, February 19, 2012

Masterchef of weekend

Ahad..


dah malam pun.. siang tadi aku membizi jadi masterchef.. huh! bukan senang nak maintain dok kat dapor yang tak dak ekon tu.. (err.. ada kaa rumah sesapa dapor dia ada ekon?)...

pagi tadi dok melilau kat market.. (pasar).. tengok ikan.. langsung tak teringin.. tetiba teringat nak beli cendawan.. sebab kat rumah dah kehabisan stok...

en suami request beli lengkuas dgn serai.. heran.. apa pulak dia nak masak hari ni... ikut saja lah...

dan hasilnya ialah begini... dari air tangan dua masterchef yang telah memenuhkan ruang dapor yang sempit... haha..


ungkep ayam dari en suami...







sizzling yee mee.. cubaan pertama.. lain kali nak beli hot plate dia plak... cewah! konon... :D





*dari pagi meja makan kat rumah bizi je.. heheheh...

Saturday, February 18, 2012

Emas : antara kaya dan bahaya...

Sabtu...



tetiba cerita pasal emas.. macam pelik kan? tak.. tak.. aku bukan nak sembang bab beli emas atau saham emas.. cuma nak cerita sebab apa aku tak berapa nak pakai barang kemas (especially dari EMAS)...


sejak dua menjak lepas aku bersalinkan hero kecik.. cincin nikah dah makin kecik aku rasa.. (kecik?? hehe).. daripada aku nak paksa cincin tu dok di jari baik laa aku simpan buat sementara waktu.. konon tunggu cincin tu membesar @ jari aku mengecik... (iye la tu..). itu satu sebab aku tak pakai cincin..

satu lagi rantai leher.. aku tak berapa nak gemor sebab hero kecik suka tarik2 bila aku pakai masa dia baby dulu.. jadi sampai sekarang aku tak pakai.. kalau ada majlis2 tertentu je aku pakai.. (tu pun kalau aku rajin).. hehe..


tapikan kejadian pagi tadi betul-betul buatkan aku terpikir.. ada baiknya aku tak pakai barang kemas di rumah...


cita dia macam ni...


pagi tadi aku sebelum aku ke sekolah aku hantar Bonda ke rumah rakan sesuraunya bersama 2-3 orang makcik jiran aku.. (ada jemputan kenduri dia selamat)

sampai kat hujung simpang rumah rakan sesurau Bonda tu aku berhentikan kereta turunkan dorang... sambil tu mata aku pandang depan je... aku nampak dua orang remaja (sorang ateh motor, sorang lagi berjalan kaki) berdiri dekat sorang makcik... tetiba selang tak sampai seminit aku nampak remaja lelaki tu macam melarikan diri dari makcik tu.. dan dan tu aku nampak macik tu tersembam atas jalan... aku dah rasa tak sedap hati masa tu..


terus aku drive keta kat depan makcik tu.. aku tanya apa yang remaja tu ragut? dalam suara yang tersekat-sekat makcik tu bagitau rantai leher dia kena ragut... mata aku sempat pandang ke leher makcik tu.. memang nampak kesan cakar kemerah-merahan... dan masih tertinggal baki rantai leher yang putus lebih kurang dua inci...

di tangan makcik tu ada cebisan baju warna kelabu.. agaknya makcik tu sempat tarik baju je masa peragut tu tarik rantai dia..

makcik tu mintak aku kejar dua peragut tu kalau-kalau sempat.. aku pusing taman dua kali memang langsung tak nampak kelibat dorang... aku rasa dorang dah lari ke kawasan kilang... sebab masih awal lagi masa kejadian tu.. dalam 9:15.. suasana masih lengang...



**************


tengah hari.. aku ambik Bonda di rumah kenduri.. jumpa pulak dengan adik mangsa ragut... menurut kata makcik tu.. peragut tu mulakan taktik tanyakan alamat rumah orang..



*jadi, lepas ni kalau ada je yang tanyakan alamat rumah memang aku tak layan.. tambah-tambah yang bertanyakan tu naik motor...

Friday, February 17, 2012

Fenomena kembali?

Jumaat....


dah seminggu pun kisah Kuch Kuch Hota Hai di tayang di TV3.. ingatkan dah sejuk laa.. rupanya ada lagi peminat SRK dalam rumah ni..


tiap2 malam hero kecik mintak nak tengok video clip KKHT kat Youtube.. adehh layan je laa...


dan utk pengetahuan.. lagu ni laa yang terpaksa aku dengar sebelum tertido berkali-kali diulang berKALI-KALI... adehhhh





Sunday, February 12, 2012

acara tergempar di Batu Hampar...

Ahad,



petang tadi dah tak tau nak ke mana.. alih-alih sampai sini... layan je la gambor yang sempat aku snap... sejukkkkkkk



1st time seumur hidup baru sampai sini...





ala-ala warm up.. testing dulu...






dua-dua dah mengigil cam org parkinson...




*tengah syok-syok berkubang hujan pulak turun..

Saturday, February 11, 2012

Ikan bakar dan kenangan dulu...

Sabtu..


makin berhabuk dah blog ni aku tengok... asik menyebuk je.. tak dan nak update langsung...


hari ni aktiviti melawat sekolah lama merangkap menuntut ilmu sebagai Pengurus Pasukan Sekolah... (menuntut ilmu tu sat saja.. bergosip yang lama..) maklum laa dekat setahun tak jumpak.. masing-masing bukak cerita per'kembang'an diri masing-masing..


balik dari sekolah sempat la beli ikan bakar & ayam bakar di gerai makan yang pemes di Parit Gabis tu.. dah lama tak makan.. memang terbaikk laaa.. (pic tak dan nak snap.. dah masuk perut baru teringat)..


dah kenyang tu mula laa nak berlingkar... dalam dok tukar-tukar channel tu tersangkut di TV3.. satu-satunya filem Hindustan yang aku layan berkali-kali seumur hidup.. Kuch-Kuch Hota Hai...
dan dan teringat zaman belajar kat Arau dulu.. memang menjadi kegilaan semua.. huh! setiap scene tak lepas dari kenangan... (berangan laa sekejap)..




antara scene feberet aku.. lagu pun best.. kalerful tu yg best tu... ahaks! :)





*si kecik pun dah terjebak dah ni...

Sunday, February 5, 2012

Cuti Maulidur Rasul, aku gantung periuk...

Ahad,


Salam Maulidur Rasul buat semua rakan blogger... yang tak blogger pun yang sudi singgah pun termasuk sekali la tu...

cuti berderet 4 hari.. semua orang pakat makan angin.. aku pun pakat makan jugak.. makan kenduri... bermula dengan semalam (Sabtu) ada dua buah rumah buat majlis kahwin.. masing-masing anak perempuan.. memang meriah laa.. huh! dasat.. khemah je dah cecah 6 buah.. belum lagi masuk khemah yang ada teh tarik, laksa, ais krim, bubur pulut hitam.. jenuh la perut & usus aku kerja keras utk 2 hari ni.. senak perut weyy... dah nama pun pantang.. pantang nampak sapu je le.... :P

hari ni makcik sebelah rumah buat majlis aqiqah cicit dia yang kedua.. meriah jugak kalah majlis org tunang.. maklum la.. cicit dari cucu yang pertama.. dan kali pertama aku makan daging kambing yang tak rasa cam kambing.. aku ingatkan daging lembu.. sebab struktur daging & bau kekambingan tu memang langsung tak ada.. aku bantai sampai dua ketul.. nah! sampai ke malam jenuh aku berkipas....

berbalik pada kes dengan 'designer' tu.. hari Jumaat lepas, semasa aku drive nak balik rumah, akak tu call tanya aku ada di mana.. dia tunggu aku depan rumah.. siap pesan tak payah singgah kedai @ opis dia.. ok laa aku trus balik rumah... sampai rumah ingatkan ada la si akak tadi ni.. rupanya dah blah balik.. tak mau jumpak aku le kot.. dia datang rumah serah RM500 aku pada Bonda... ok laa kan.. aku dah dapat balik hak aku.. syukur.. yang lain-lain aku tak mau amik tau.. harap lepas ni tak ada la pelanggan yang jadi mangsa macam aku...



*lepas ni nak renovate rumah kena cari tukang yang betul2 kita kenal.. kan? apa2 boleh runding cara elok...

Thursday, February 2, 2012

entry cover seminggu.. EDISI : mengelat

Khamis..



minggu ni minggu tak tauhan buat aku.. banyak benda yang nak kena kejar.. walaupun aku bukanlah seorang pelari.. jadi entry malam ni cover cita dari hari Senayan..

mula dengan hari yang separa kalut di sekolah.. pasal Jemaah Nazir (JN) nak mai.. masing2 sibuk dok usung fail.. kalah pejabat loyer aku tengok... aku pun tumpang sekaki buat-buat sibuk.. mana tak nye... data Emis kena hantar ke PPD hari tu jugak... mujur laa GB pun tak banyak songeh.. kalau tidak jenuh la jugak..

hari kedua aku cuti.. yahoo!!! aku bawak Bonda ke hospital utk diambil sample darah... dan hari tu jugak la aku dapat tau JN seramai 3 orang bertapa di sekolah aku... semua fail dia belek.. dan aku dengar dua orang cikgu yang bertuah kena observe dengan depa..

hari ketiga.. iaitu semalam.. masing2 melepaskan ketidakpuasan hati sebab aku tak dak time JN mai sekolah.. (eh! apsal dengki dengan aku plak?) tapi tu laa kadang tu perangai manusia memang pelik kan? (lantak pi la nak cakap apa.. janji aku dah pikul tanggungjawab sebagai seorang anak.. yang lain-lain aku tak mau amik tau..)

hari keempat... iaitu hari ni..
balik sekolah aku ke kedai a.k.a pejabat urusan kompeni yang buat interior design..

alkisah bermula macam ni...

aku dijanjikan akan dipulangkan wang deposit RM500 hari ini.. ekoran aku dah terjah opis kompeni tu hari Selasa lepas... aku dah tak boleh tahan dengan janji2 manis yang haram tak manis langsung... aku masih simpan resit yang dia bagi kat aku bertarikh 30/12/2011 lepas... dari hari aku bagi deposit tu dia janji lukisan @ lakaran plan yang dia nak buat tu akan siap dalam masa 2 hari lagi.. lepas janji.. janji lagi.. lepas tu janji lagi... sampai satu tahap aku dah malas nak call banyak kali.. aku tunggu je dia yang contact aku... hingga hari yang ke 30 aku pi la terjah opis dia terus...

aku pun bukan la pi serbu macam Along mintak hutang.. aku cakap baik-baik.. aku dah tak mau guna servis dia.. (boleh ke kata servis..? sedangkan apa pun tadak bagi...) kira kensel la senang cita.. so, aku mintak balik laa deposit aku RM500 tu... dia janji akan jumpa tukang rumah dan mintak balik deposit aku.. (katanya deposit tu dia dah serahkan pada tukang rumah..) katanya aku boleh la tuntut deposit tu semalam (Rabu)..

petang semalam aku dapat sms dia hantar.. "tukang rumah tak ada duit lagi.. dia kata 5hb" aku terus call cakap " cenggini la kak, duit saya tu akak pulangkan dulu.. sebab saya serah duit pada akak.. lepas tu akak nak mintak dari tukang tu 5hb ke 6hb ke suka hati akak la..janji saya dapat duit saya tu balik"

dek kerana aku masih ada hati perut, dia mintak tangguh hari ni.. sebab katanya tak ada cash RM500 hari semalam...

bila aku pegi je tengah hari tadi.. boleh pulak dia cakap dia belum ada duitnya... konon cek RM2000 baru je dia bank in petang semalam.. kesimpulan, dia nak aku tunggu cek dia 'clear' baru la dia nak pulangkan...

aku dah malas nak bertekak tengah hari yang panas terik itu.. aku bagi peluang sampai esok saja.. aku cakap "cam ni kak, lagu mana pun saya mau duit saya tu esok.. pandai-pandai la kak nak pinjam ka, buat apa ka.. sebab saya dah tak boleh tahan nak tunggu lepas janji, janji lagi... cuba letak diri akak pada tempat saya.. apa akak rasa.. duit dah bagi.. sebiji pasir pun saya tak dapat.. bila mintak balik.. macam-macam alasan akak.."

lepas ayat terakhir aku tu.., aku angkat kaki terus blah.. sebelum aku tutup pintu aku ada cakap kat dia.. "esok saya datang ye.." 3 kali aku ulang.. dan aku yakin dia tak lupa ayat akhir aku tu...

macam ni laa kompeni Melayu.. bukan aku nak kutuk bangsa sendiri.. tapi kalau dah bangsa Melayu nak menganiaya bangsa sendiri.. susah laa kan..



*wajar ke aku buat repot je?