Tuesday, July 31, 2012

ramadhan #11

Selasa..


sekejap je dah masuk hari ke 11.. lepas dari entry aku yang lepas.. (eh! apa punya ayat ni??) aku diduga sekali lagi oleh Allah...

mula dengan hari Sabtu...

pagi Sabtu, Bonda mengadu sakit dibahagian belakang badan.. nampak macam bisul... tapi tak pulak bernanah.. aku bawak Bonda ke klinik.. doktor mengesahkan benjolan tu rupanya sejenis cyst.. dinamakan sebaceous cyst.. atau Bahasa Melayu nye.. pembengkakkan kelenjar liang peluh... tambah pulak Bonda dah turun berat badan 15 kg sejak bulan Disember tahun sudah... bila dia baring je.. memang sakit laa belakangnye tu..

penyudahnya.. doktor bagi ubat tahan sakit berserta antibiotik...

balik dari klinik aku, en suami + hero kecik ke Jusco.. niat nak beli baju raya.. ye laa hero pun sekarang ni makin membolat... baju yang dok ada makin singkat pulak.. singkat tang perut masalahnya.. beli baju pun semua saiz 7.. saiz 5 dah tak muat.. padahal hero baru 3 tahun... mujur laa rega baju sama je.. buatnye harga bergantung kepada saiz.. memang aku balut pakai kain selimut je laa budak bertuah tu...

balik dari Jusco sekali lagi dugaan aku tiba... kali ni kereta aku dihimpit dek bas Rapid Penang... trajedi berlaku sesama en suami membuat pusing u.. sedang elok je kereta kami masuk ke dalam lane yang betul.. tiba2 bas tu boleh pulak himpit kami sebab nak potong treler.. sampaikan en suami berhenti (bukan slow ye)... masa tu kami ni ibarat pasrah menunggu je laa apa yang berlaku...




ngilu poket aku time tengok kesan langgar ni... huhu




dek kerana driver bas merempuh macam dia langgar daun kering.. en suami kejar sampai ke depoh bas..dipendekkan cerita driver bas yang buat2 pekak bangang tak mau nak tanggung kos dengan alasan bukan salah dia.. dia boleh pulak cakap kami yang bersalah.. pada aku bukan nak cari salah siapa.. tapi sekurang-kurangnya dia bertolak ansur tanggung sikit kos yang aku nak kena repair kereta tu... huh! hari tu puasa kami laki bini kenyang dengan marah2 je..

sambung hari Ahad.. Bonda pulak demam... langsung tak mau makan minum... blood pressure rendah.. nak ke klinik.. klinik pulak tutup... sebab apa tak bawak ke hospital? sebab kes Bonda ni telah pun dirujuk ke Hospital Pulau Pinang.. Bonda pulak risau kalau dah kena masuk wad di HPP, sapa pulak nak jaga dia.. sebab tak mau terus terusan runsingkan dia.. aku pun tak sebut dah pasal nak bawak ke hospital...

semalam.. keadaan Bonda makin melarat.. langsung tak lalu nak makan.. cuma dok muntah je.. tu pun cuma keluar air liur je..aku balik sekolah tengok dah terbaring keletihan.. memang langsung tak bermaya..

setelah dipujuk Bonda setuju untuk aku bawak dia ke klinik... aku mintak doktor masukkan air supaya ada sikit tenaga utk Bonda bangun bersolat sekurang2 nya...

alhamdulillah.. dah masuk 2 botol air.. malam semalam aku tengok Bonda dah mula ada selera utk makan... syukur..



*mudah-mudahan Allah pulihkan kesihatan Bonda macam dulu.. amiinn..

Friday, July 27, 2012

ramdhan #7

Jumaat...

sat saja dah masuk hari ke 7... alhamdulillah aku masih lagi bertahan dapat berpuasa.. hehe.. dan yang paling aku suka.. aku masih dapat bertahan dari tidak menjengah pasor ramadhan... niat tu ada.. tapi bila pikir nak paking tu payah dengan aku nak heret si hero malaya tu.. terus rasa tak kose...

dan selama 6 hari berbuka ni aku sempat laa buat kuih.. yang pasti resepinya aku terjah kat My Resipi.. bila tengok je laporan banyak aku rasa confident sket dengan resepi tu.. mesti sedap kan? kalau tak tak kan laa repot boleh banyak kan?

dan semalam aku pun terjah satu resepi kuih utk berbuka... lepas sekolah je aku sempat la mimpi seround dua sebelum aku kecahkan dapor...

dalam dok menguli tu aku dah rasa cam tak berapa nak menjadi.. tapi dek semangat kental aku buat jugak.. kalau tak kental dah lama aku humban dalam tong dah...

dan inilah hasilnya...






kaler tu original guna ayaq pandan.. tapi kelapa je laa ygaku terlupa nak pesan kat en suami beli yang putih aje.. sekali dia bawak balik sekali dengan yang hitam2... hantam saja le labuu....

rasa tak mengecewakan.. walaupun warna agak kusam.. - komen dari pihak juri...

dan lagi sekali aku terselamat dari penyikiran...!!!



*yang last tu ayat aku mimpi sebelum aku bangun sahur pagi tadi... tak agak2 berangan masuk Masterchef... huh!!




Thursday, July 26, 2012

tak yah matan nacik....

Khamis..

wah! dah Khamis pun.. ingatkan baru Selasa...

semalam aku dah taip entry.. tapi baru separuh taip dah ada gangguan.. jadi terus terbantut idea nak merapu...

ni aku nak cerita pasai hero kecik aku yang makin membolat sekarang ni... nak makan nasik mesti demand nak lauk telor goreng... lepas tu mak menakan dia pulak sound.. tak boleh makan telo selalu.. nanti gemuk...

rentetan dari sound mak menakan dia ni.. suatu pagi di waktu sahur.. dia boleh pulak terjaga.. siap ceria macam siang hari.. kemain ramah bersembang riuh satu rumah.. sekali tu aku cakap kat dia.. "dah la Ammar, bonda nak siap2 bersahur ni.. karang dah azan tak boleh makan dah..." "alaa.. bonda tak yah laa matan nacik.." "apsal tak boleh makan pulak?" "kalau matan nacik nanti bonda em-muk" "haaa??"

adehh... aku pulak yang dia sound.. ni yang rasa tercabar ni.. hehhehehe...

aku rasa cam nak mulakan ke pengembaraan hidup tanpa nasik...

errk! boleh ke??

 dragon ball petang semalam..

Monday, July 23, 2012

entry pertama di bulan puasa 2012

Isnin..

masuk hari ke3 berpuasa..mudah mudahan aku dapat la habiskan puasa hari ni... amiin..

dah mula puasa ni aku ingatkan ada la masa nak update rupanya memang ada cuma aku je yg malas tahap gaban... sementelah internet aku sejak dua menjak aku upgrade ni wataknya macam biskut dalam tv tu.. kejap ok kejap tak.. letih aku nak refresh sampai 5,6,7,8,9 kali...

ni pun aku taip guna henpon samseng.. dah la keypad dia comel.. asik kena check spelling ja.. sebab lain yg aku nak tekan.. lain pulak le yg kluo..almaklumla.. bangsa jari bagak2 cenggitu le..

dah dekat kul 6 ni.. baju nak p skolah belum gosok lagi.. nenanti sambung mengarut ye...

Monday, July 16, 2012

antara letih, lega & sakit...

Isnin..


semalam di rumah ada buat kenduri doa selamat sikit... alhamdulillah semua dah selesai.. plan nak buat ni pun tercetus hari Rabu lepas.. plan asal nak buat hari Sabtu.. tapi jenuh call caterer sana sini tak bleh nak amik hari Sabtu.. suma fully book.. sampai la ke caterer yang satu ni.. dia sanggup buat tapi hari Ahad...

sebab masa pun dah suntuk.. Sabtu ni dah nak posa kan? so buat laa semalam... Bonda laa berhajat nak buat kenduri ni... kecik je.. panggil pun kegkawan merangkap jiran tetangga kat sini je... luar kawasan memang tak panggil.. tak terbuat.. rumah pulak memang bersepah sebab tak abih kemas lagi yang buat renovation hari tu..

menu untuk makan tengah hari semua memang serah bulat-bulat pada caterer... tetiba Bonda pulak kata nak tambah laa menu pencuci mulut... kuih talam + kacang rebus.. yang kuih talam tu ok laa bleh oder je.. yang kacang tu.. aku dah pening kepala.. bukan sebab apa.. Bonda mintak aku rebus guna periuk ajaib..

bab merebus tu nanti laa aku cita..

dah selesai kemas semua.. hujan rahmat pun turun dengan lebatnya... alhamdulillah... aku yang terasa cam waterproof kemain ke sana ke mari tak guna payung..

dan hari ni.. seharian hidung aku berlari..







*pedih hidung weyy!

Friday, July 13, 2012

trauma kembali.. :((

Jumaat..


flashback..


2007,
suatu petang ada aktiviti yang dipanggil GERKO (Gerakan Kokurikulum) di Maktab Batu Pahat.. aktiviti petang semua orang terlibat.. yang atlet yang bukan atlet semua kena turun padang... hari tu aktiviti untuk acara lompat jauh.. yang nipis, yang pepeh, yang kurus, yang kurang kurus, yang langsung tak kurus (cam aku).. memang wajib kena buat cubaan jugak...






dek kerana tuntutan pensyarah.. aku pun melompat jugak.. walaupun tak la sampai memecah rekod kebangsaan.. cuma waktu aku landing tu... tetiba aku rasa + dengar bunyai "prap!" pada bahagian lutut.. dan dan tu laa aku rasa cam cecair panas mengalir.. terus kaki aku tak bleh nak angkat keluar dari tumbunan pasir...

dengan bantuan rakan taulan lelaki dan perempuan.. ( betapa ramai nya orang yang terlibat..) nak memikul aku masuk ke kereta untuk dibawa ke Hospital Batu Pahat... time tu dalam kepala aku cuma pikir "habis laa... kaki aku dah patah laa ni..." :((


dipendekkan cerita.. lepas pada insiden tu.. pembelajaran aku sikit sebanyak terganggu.. bukan aku je.. kawan2 yang banyak menolong bawakkan aku ke hospital pun sama jugak.. aku memang terhutang budi banyak sangat dengan depa-depa ni.. tima kasih tak terhingga kawan!..budi korang aku tak pernah lupa... hanya Allah yg dapat membalas budi baik kalian...

sebenarnya dalam masa aku ulang alik ke hospital utk fisioterapi.. doktor jugak mensarankan aku utk buat pembedahan.. oleh kerana aku ni penakut.. lepas je doktor tu cakap macam tu terus aku tak pegi utk appointment seterusnya.. dengan harapan aku balik ke ke kampung halaman lutut aku dah tak sakit lagi.. sampai laa ke hari Khamis bersamaan 12 Julai 2012...


flashback semalam.. Khamis..


Kelas Prasekolah ada buat majlis "Jom Makan Durian" beramai-ramai... budak2 comel tu mintak nak makan durian dengan pulut.. dek kerana beras yang nak ditanak tu banyak.. lebih kurang 5 kilo.. aku offer diri untuk masak pulut guna periuk ajaib yang Bonda beli awai tahun sudah...


periuk ajaib..



masa nak bawak periuk ajaib ke Kelas Prasekolah.. aku tak nampak ada kasut high heel kat depan pintu.. sekali aku dah terpijak.. buat kali kedua aku dengar + bunyi "prap!".. hadoii!!!!


dipendekkan cerita.. (kalau aku sambung.. boleh jadi telenovela pulak kan...) hari ni aku mai sekolah macam orang tak dak kaki.. seret jee kaki sebelah tu ke kelas... sungguh sadis.. ibarat singa keparahan dibaham dek harimau... sunyi je kelas hari ni.. huhu




*harini aku nyanyi lagu Trauma - Elite je laa...

Thursday, July 12, 2012

two words!

Khamis..





*sibuk

Sunday, July 8, 2012

Ahad yang melarat...

Ahad,
Dah malam pun..



kembali bersiaran.. dua tiga menjak aku sibuk bayaq posa.. dah tu kena pulak ulang ke skolah petang2.. memang aku mengaku.. lembik macam budak baru blajo posa.. almaklumlah, selama ni perut tak pernah kosong... hehe :)


cuma semalam dgn hari ni aku cuti posa.. sok aku sambung balik.. ada lagi dua hari.. huh! punya laa lama nak abih.. mengalahkan tinggai posa dua bulan...kan?


tak dak cita nak gebang sebab dah lama tak update... teruk sungguh kan??





aku belum abih baca.. alih2 dah jadi hasil seni hero kecik... sabor je laa...

Wednesday, July 4, 2012

rampasan..

Rabu...



tengah2 mengajar tadi.. tiba2 dengaq suara.. "tengok laa aku punya bangunan tinggiii..."


rupanya saspek cuba menarik perhatian kawan dengan 'bangunan' yang dia bina...


akibatnya...



barang rampasan..



*aku cakap "sapa nak tuntut meh jumpa cikgu dgn mak ayah sekali.."

Monday, July 2, 2012

aku letih nak update tak larat.. maafkan aku ye... :D

Isnin...


bizi sungguh ka aku? hmm bizi laa jugak.. bizi simpan tenaga.. sebab nak kena bayaq utang posa kan... jadi dok belengkor je laa kat umah.. sampai tak update entry.. tak larat weyy.. nak pikir apa kebenda nak merapu.. tambah nak menaip lagi... kalau laa ada mesin bleh trus keluar perkataan ikut apa yang kita pikir kan ke best??


hari ni posa lagi.. harap2 boleh la sampai ke Maghrib.. dalam dok melangut nak tunggu bunyi loceng aku sempat laa ushar 2-3 blog masak2.. resepi dah salin... masak je belum tentu lagi.. silap2 aku masak pinjam piyok kedai je.. hahaha....


semalam aku buat lagi lodeh kering tu.. tapi punya laa frust sebab tempe yg aku beli tu bersepai... kaut je masuk pinggan tengok punya laa huduh.. penyudahnye tak hingin aku nak snap gambar.. aku 'simpan' dalam perut je lagi bagus...

hari ni GB tak dak kat sekolah.. cuti makan angin ke Pulau Perhentian.. senang laa hidup jadi GB ni.. bleh jenjalan makan angin lagi.. walaupun time hari sekolah..









*meleleh ayaq mata aku tengok gambaq ni tatsat... :(