salam Nisfu Syaaban.. hari ni aku pose.. membayar utang tahun lepas.. alhamdulillah dah selesai.. tunggu hutang tahun ni pulak.. harap2 tak dak laa hutang.. syok jugak.. :)
cita sket menu bukak posa ari ni.. kurma ayam, kailan ikan masin, pedal goreng kunyit, masak lemak umbut kelapa.. banyak kan? tapi yg jadi pilihan aku kurma ayam dengan pedal goreng kunyit je laa.. hehehe.. aku bukan memilih.. tapi x reti nak makan yang mana satu bila dah banyak lauknye.. mak aku laa dok pulun umbut kelapa tu..
hari ni hujan sepanjang hari.. jadinya kurang sket laa letih berbanding semalam.. oh ya.. semalam aku cuti sempena hari kantin.. jadi aku cuti laa skali dari post entry.. bz maa.. pagi2 lagi dah mendobi 2 bakul.. (stok dari jumaat).. lepas settle je mendobi, acara menyental kuali dan pekakas plak.. lepas tu bawak bondaku ke suruhanjaya sumpah nak cop petisyen apa kebenda tah.. lepas tu sempat lagi meronda kat kedai apek jual macam2.. bonda berkenan nak beli acuan dangai.. ok laa dah dapat trus balik rumah..
semalam laa jugak aku mengagahkan diri utk mencuba buat kuih tako.. oleh kerana perasaan malu yang menebal disanubari jadi aku x la snap pic utk tunjuk kat sini... aku buat pun taruk dalam bekas plastik je.. lapisan bawah bleh laa dikira cam sukses.. tapi lapisan atas tu yang agak fail.. iskk frust sungguh aih.. cemana bleh jadi tawar setawar-tawarnya.. padahal aku dah taruk dah garam sket.. tak pa nanti aku try lagi.. sampai terror.. lepas tu bleh meniaga kat pasar ramadan.. (pirahh!! angan2 tinggi tuuuu... :P)
ok berbalik cita hari ni.. memandangkan road tax dah nak expired next week.. aku pun contact laa ejen insurans mintak dia proceed keja.. dah bagitau suma berapa nak insured suma dia pun janji dalam minggu ni leh settle..
tak dan sampai rumah, dia call aku balik bagitau dia x leh nak proceed lagi.. pasai keta aku di blacklisted oleh PDRM.. gara2 saman speed trap yang aku blum bayaq lagi.. ceh! aku ingatkan kena saman tahun lepas tak laa kena blacklist.. rupa2 kena jugak.. iskkk.. nampak gaya esok pepagi laa aku p balai polis tu.. kompaun maximum tu...
uwaaa!!!! terbang melayang lagi laa pulus....
ok lepas ni aku bawak keta 60km/j je ok x? selain mengelak dari kena speed trap.. dapat jugak aku jimat minyak keta aku tu kan?? (daasr kedek.. :)
laaa.. x sedaq dah kul 12:20 dah.. aku nak kena melelapkan mata nih.. esok budak2 dah stat exam.. so, bleh laa aku merepek lagi esok..
gute nacht!!
daaa.....
1 comment:
mak aikh, rajinnye memasak..siap buat kuih lg tu..
Post a Comment