salam petang ahad.. seharian aktiviti aku hari ni hanya di rumah.. pagi2 dah kluar ke pasar.. (yang membelinya bonda aku de.. aku ngikut angkut barang jek..) cam biasa laa ramai orang kat pasar kalau hari minggu.. macam2 gelagat bleh kita tgk.. tu baru kat pasar kecik area kampung aku ni je.. blum p pasar2 besar lagi..
kecik2 pasar kat kampung aku ni pun kira payah jugak laa nak dapat parking.. kena pusing 3 kali baru laa dapat.. iskk cam tak caya je.. hari ahad cam pagi tadi laa bleh dilihat gelagat pemandu@penunggang kereta/motosikal yang macam tak bawak x ada lesen.. mcm tak penah belajaq memandu.. yang bawak lawan arus sudah pi laa.. yang mencelah sampai beretuh (terkena) side-mirror pun ada.. dah laa tak mintak maap.. kalau payah sangat angkat laa tangan isyarat sori.. bukan payah pun..
yang berjalan kaki nak melintas plak satu hal.. bleh dok tengah2 jalan x pandang dah keta kat belakang.. bleh dok tercegat macam berdiri depan gate umah.. hadoii.. nak marah pun tak guna..
lagi satu yang buatkan aku cam hangin sket kat satu mamat ni.. dia dengan anak dia (around 3-4 tahun) nak melintas.. dia tak pegang tangan anak dia lak tu.. dok sibuk belek kunci di tangan.. lagi laa satu mangkaq.. kalau laa anak dia tu tetiba terlajak depan sket dari dia.. memang nahas laa.. iskkk geramm nya aku kat parent cam tu!!!! (sori ter-emosi plak)
ok berbalik pada cita aku beli barang (heheh.. konon).. lepas je mak aku beli segala ikan + sayur.. mak nak ushar (tengok) pokok bunga plak.. lepas tu pi beli bawang sampai sekampit besaq.. on the way nak balik baru teringat nak beli durian.. pegi laa kami ni 2 beranak kat tempat yang ramai org kerumun.. mak aku pun pilih laa selonggok (ada laa 6 biji) dengan rega RM10..
sampai umah.. terus laa bukak durian2 tu.. buah pertama.. isi ok laa.. yang kedua.. ulas ciput2.. tapi masih lagi ok.. rasa manis lagi.. yang ketiga.. nak bukak punya la payah.. dah dapat bukak tu tengok2 isi sumanya mangkaq... cisss mangkaq sungguh durian2 tu.. sama jugak laa dengan org yang meniaga tu mangkaq jugak.. padan le masa beli tadi mintak dia toreh sket kulit durian tu dia wat donno je.. dok wat kalut layan customer lain..
apa laa punya mangkaq..
moral: nak beli jangan beli time ramai orang kerumun.. nanti permintaan tak di layan....
No comments:
Post a Comment