Tuesday, July 31, 2012

ramadhan #11

Selasa..


sekejap je dah masuk hari ke 11.. lepas dari entry aku yang lepas.. (eh! apa punya ayat ni??) aku diduga sekali lagi oleh Allah...

mula dengan hari Sabtu...

pagi Sabtu, Bonda mengadu sakit dibahagian belakang badan.. nampak macam bisul... tapi tak pulak bernanah.. aku bawak Bonda ke klinik.. doktor mengesahkan benjolan tu rupanya sejenis cyst.. dinamakan sebaceous cyst.. atau Bahasa Melayu nye.. pembengkakkan kelenjar liang peluh... tambah pulak Bonda dah turun berat badan 15 kg sejak bulan Disember tahun sudah... bila dia baring je.. memang sakit laa belakangnye tu..

penyudahnya.. doktor bagi ubat tahan sakit berserta antibiotik...

balik dari klinik aku, en suami + hero kecik ke Jusco.. niat nak beli baju raya.. ye laa hero pun sekarang ni makin membolat... baju yang dok ada makin singkat pulak.. singkat tang perut masalahnya.. beli baju pun semua saiz 7.. saiz 5 dah tak muat.. padahal hero baru 3 tahun... mujur laa rega baju sama je.. buatnye harga bergantung kepada saiz.. memang aku balut pakai kain selimut je laa budak bertuah tu...

balik dari Jusco sekali lagi dugaan aku tiba... kali ni kereta aku dihimpit dek bas Rapid Penang... trajedi berlaku sesama en suami membuat pusing u.. sedang elok je kereta kami masuk ke dalam lane yang betul.. tiba2 bas tu boleh pulak himpit kami sebab nak potong treler.. sampaikan en suami berhenti (bukan slow ye)... masa tu kami ni ibarat pasrah menunggu je laa apa yang berlaku...




ngilu poket aku time tengok kesan langgar ni... huhu




dek kerana driver bas merempuh macam dia langgar daun kering.. en suami kejar sampai ke depoh bas..dipendekkan cerita driver bas yang buat2 pekak bangang tak mau nak tanggung kos dengan alasan bukan salah dia.. dia boleh pulak cakap kami yang bersalah.. pada aku bukan nak cari salah siapa.. tapi sekurang-kurangnya dia bertolak ansur tanggung sikit kos yang aku nak kena repair kereta tu... huh! hari tu puasa kami laki bini kenyang dengan marah2 je..

sambung hari Ahad.. Bonda pulak demam... langsung tak mau makan minum... blood pressure rendah.. nak ke klinik.. klinik pulak tutup... sebab apa tak bawak ke hospital? sebab kes Bonda ni telah pun dirujuk ke Hospital Pulau Pinang.. Bonda pulak risau kalau dah kena masuk wad di HPP, sapa pulak nak jaga dia.. sebab tak mau terus terusan runsingkan dia.. aku pun tak sebut dah pasal nak bawak ke hospital...

semalam.. keadaan Bonda makin melarat.. langsung tak lalu nak makan.. cuma dok muntah je.. tu pun cuma keluar air liur je..aku balik sekolah tengok dah terbaring keletihan.. memang langsung tak bermaya..

setelah dipujuk Bonda setuju untuk aku bawak dia ke klinik... aku mintak doktor masukkan air supaya ada sikit tenaga utk Bonda bangun bersolat sekurang2 nya...

alhamdulillah.. dah masuk 2 botol air.. malam semalam aku tengok Bonda dah mula ada selera utk makan... syukur..



*mudah-mudahan Allah pulihkan kesihatan Bonda macam dulu.. amiinn..

No comments: