Friday, July 13, 2012

trauma kembali.. :((

Jumaat..


flashback..


2007,
suatu petang ada aktiviti yang dipanggil GERKO (Gerakan Kokurikulum) di Maktab Batu Pahat.. aktiviti petang semua orang terlibat.. yang atlet yang bukan atlet semua kena turun padang... hari tu aktiviti untuk acara lompat jauh.. yang nipis, yang pepeh, yang kurus, yang kurang kurus, yang langsung tak kurus (cam aku).. memang wajib kena buat cubaan jugak...






dek kerana tuntutan pensyarah.. aku pun melompat jugak.. walaupun tak la sampai memecah rekod kebangsaan.. cuma waktu aku landing tu... tetiba aku rasa + dengar bunyai "prap!" pada bahagian lutut.. dan dan tu laa aku rasa cam cecair panas mengalir.. terus kaki aku tak bleh nak angkat keluar dari tumbunan pasir...

dengan bantuan rakan taulan lelaki dan perempuan.. ( betapa ramai nya orang yang terlibat..) nak memikul aku masuk ke kereta untuk dibawa ke Hospital Batu Pahat... time tu dalam kepala aku cuma pikir "habis laa... kaki aku dah patah laa ni..." :((


dipendekkan cerita.. lepas pada insiden tu.. pembelajaran aku sikit sebanyak terganggu.. bukan aku je.. kawan2 yang banyak menolong bawakkan aku ke hospital pun sama jugak.. aku memang terhutang budi banyak sangat dengan depa-depa ni.. tima kasih tak terhingga kawan!..budi korang aku tak pernah lupa... hanya Allah yg dapat membalas budi baik kalian...

sebenarnya dalam masa aku ulang alik ke hospital utk fisioterapi.. doktor jugak mensarankan aku utk buat pembedahan.. oleh kerana aku ni penakut.. lepas je doktor tu cakap macam tu terus aku tak pegi utk appointment seterusnya.. dengan harapan aku balik ke ke kampung halaman lutut aku dah tak sakit lagi.. sampai laa ke hari Khamis bersamaan 12 Julai 2012...


flashback semalam.. Khamis..


Kelas Prasekolah ada buat majlis "Jom Makan Durian" beramai-ramai... budak2 comel tu mintak nak makan durian dengan pulut.. dek kerana beras yang nak ditanak tu banyak.. lebih kurang 5 kilo.. aku offer diri untuk masak pulut guna periuk ajaib yang Bonda beli awai tahun sudah...


periuk ajaib..



masa nak bawak periuk ajaib ke Kelas Prasekolah.. aku tak nampak ada kasut high heel kat depan pintu.. sekali aku dah terpijak.. buat kali kedua aku dengar + bunyi "prap!".. hadoii!!!!


dipendekkan cerita.. (kalau aku sambung.. boleh jadi telenovela pulak kan...) hari ni aku mai sekolah macam orang tak dak kaki.. seret jee kaki sebelah tu ke kelas... sungguh sadis.. ibarat singa keparahan dibaham dek harimau... sunyi je kelas hari ni.. huhu




*harini aku nyanyi lagu Trauma - Elite je laa...

3 comments:

Rafshila Romli said...

teringat masa ko kena tu... terbayang cam ner payah nya ko nak bangun.. bila dah 2 kali jari kaki aku patah... baru tau betapa susahnya nak berjalan bila kaki sakit kan...

so ko jaga elok2.. urut lah selalu.. harap kaki ko sembuh balik cam biasa...

Syaz Blackrose said...

tgh sakitpun boleh lg nyanyi ek.. ish ish..ish.. take care...

ejaescobart said...

Shila,

kali ni tak la seteruk masa mula2 kena dulu.. dah berurut.. ada laa nampak kurang sikit.. anyway.. thanks for ur doa.. :)

i-shah,
nyanyi tu dalam hati je...