Monday, July 16, 2012

antara letih, lega & sakit...

Isnin..


semalam di rumah ada buat kenduri doa selamat sikit... alhamdulillah semua dah selesai.. plan nak buat ni pun tercetus hari Rabu lepas.. plan asal nak buat hari Sabtu.. tapi jenuh call caterer sana sini tak bleh nak amik hari Sabtu.. suma fully book.. sampai la ke caterer yang satu ni.. dia sanggup buat tapi hari Ahad...

sebab masa pun dah suntuk.. Sabtu ni dah nak posa kan? so buat laa semalam... Bonda laa berhajat nak buat kenduri ni... kecik je.. panggil pun kegkawan merangkap jiran tetangga kat sini je... luar kawasan memang tak panggil.. tak terbuat.. rumah pulak memang bersepah sebab tak abih kemas lagi yang buat renovation hari tu..

menu untuk makan tengah hari semua memang serah bulat-bulat pada caterer... tetiba Bonda pulak kata nak tambah laa menu pencuci mulut... kuih talam + kacang rebus.. yang kuih talam tu ok laa bleh oder je.. yang kacang tu.. aku dah pening kepala.. bukan sebab apa.. Bonda mintak aku rebus guna periuk ajaib..

bab merebus tu nanti laa aku cita..

dah selesai kemas semua.. hujan rahmat pun turun dengan lebatnya... alhamdulillah... aku yang terasa cam waterproof kemain ke sana ke mari tak guna payung..

dan hari ni.. seharian hidung aku berlari..







*pedih hidung weyy!

No comments: