macam pantun dua kerat pulak kan? hehe..
hari ni memang hari melepak sepanjang hari.. dalam dok melepak pun kerja rumah jalan jugak tau.. bukan tak buat apa2... sila lah percaya...
pagi tadi ke klinik.. ada temujanji dengan doktor yang sepatutnya hari Jumaat lepas.. dek kerana nak berjimba.. aku buat2 lupa...
keputusan yang memang tak berapa nak seronok... lalu menambahkan lagi kerisauan aku... harap2 semuanya ok..
tak mo cita pasal benda yang risau2 ni... nak cita benda lain laa..
lepas balik klinik trus keletung keletang kat dapur.. gaya mengalahkan tukang masak restoran.. (bunyi je lebih)... last-last masak spageti je.. haha.. sebab malas nak masak 2-3 jenis lauk.. dah nama pun hari melepak.. mana boleh melepak lelama kat dapur.. kan? ... :P
dah melantak spageti 2-3 round dengan hero kecik.. en suami pulak call bagitau kena sambung kerja sampai kul 12 karang...
oleh kerana aku ni isteri misai ali.. aku pun masak la jugak lauk utk en suami makan dengan nasi.. ye laa dah nama pun tekak Melayu n Jawa.. mana laa boleh telan spageti je sepanjang hari... kan?
dipendekkan cerita aku pun selamat la masak asam pedas ikan tenggiri dengan sayur kacang panjang main campak-campak je... jadi laa... mudah-mudahan kenyang perut en suami malam karang...
*rasa cam nak sambung melepak je laa sampai esok.. bleh gitu?
2 comments:
Sebenarnya melepak makan tidor guling guling, adalah rehat yang paling nikmatttttt sekali!
kak AA.. memang betul....
Post a Comment