Tuesday, July 26, 2011

kami dah tak tau nak buat macam mana...

agak-agak la kan.. kalau ada ibu bapa yang bagi komen macam ni terhadap anaknya yang baru berumur 3 tahun.. apa yang boleh kita buat?


al kisah.. budak yang suka mencakor + menggigit hero aku tu sekarang ni bukan main ramah lagi bila jumpa orang.. ayat yang memang wajib keluar dari mulut dia ialah.. BABI...

tak kira la sapa jugak yang dia jumpak.. Opah ke, Mama ke.. (Opah tu ibu kepada Mama, Mama tu pulak pengasuh hero kecik le..) semua nya dia panggil macam tu..

sampaikan tadi masa aku sampai je nak amik hero balik.. lagipun hari ni dah 26hb.. gaji dah masuk.. aku nak bagi le duit kat Mama..jadi aku masuk la ke rumah Mama kejap... aku tengok budak tu dok ada la sambil dok terloncat2 cam ... malas nak sambung...

dalam aku dok cakap dengan Mama dan Opah.. elok je dia panggil aku b***... aku rasa cam nak penampor je.. hish! memang haluih je aku tengok budak tu tadi,,,

aku tanya la kat Mama & Opah.. mak budak ni tak buat apa ka bila anak dok sebut binatang tu je? Mama bagitau aku.. "mak pak dia pun dah tak tau nak buat lagu mana dah.."

haiks?! boleh ke macam tu? nak biar je sampai budak tu umur 30? tak payah tegor tak payah ajar? (aku cakap dalam hati je la.. kang dorang sampaikan kat mak budak tu pulak.. )


kadang-kadang terpikir apa yang Bonda aku cakap tu ada betulnya... zaman sekarang bukan mak bapak ajar anak.. anak-anak yang ajar mak bapak...





*hmm.. macam-macam...

5 comments:

Citarasa Rinduan said...

Eja..
agak2 kan..
punca kesalahan dr mana?
dr susu tepung atau ibubapa tak ambil berat ttg percakapan anak2
atau
sbb media?

ejaescobart said...

Ayu,

punca dari mula dia sebut binatang tu tak di tegah... dok biar ja.. lama2 dah jadi habit..

apa2 pun semua bermula dari rumah kan?

kita as a parent tak kan la nak harap pengasuh yang dok didik anak kita.. kita wat dekk saja.. tak gitu?

saniah said...

ayu..salam..terkejut akak membaca entry ayu..ada ke bdk 3thn mcm tu?hishh mengejutkan...tampar je lah hehe ter emo plak...

saniah said...

eja...alahaii silap nama plak...tu la bila dh ter emo..nama owner blog pun boleh silap..sori eja..:)

ejaescobart said...

kak saniah,

memang la geram bila dia boleh cakap macam tu kat saya..


*tak kisah kalau akak tersilap nama tuan tanah.. janji singgah dan sudi baca.... ;)