Jumaat dah..
kisah semalam yang tertangguh nak masuk dalam entry...
balik sekolah je semalam.. dengan suara yang dibuat-buat manja.. (konon..) aku ajak en suami bawak aku dapat terapi.. ingatkan ditolak.. rupanya dia pun dah lama nak dapatkan terapi yang sama.. hahahahaha...
siap-siap.. pukul 6 baru bergerak...
sampai je orang punya la ramai.. agaknya masing2 pun ada masalah macam aku.. hingga perlukan terapi yang sama.. kuang2...
pusing punya pusing.. mujur tak pening... last2 hanya dapat bawak balik 2 helai t-shirt (t-shirt?? tu pun nak kecoh????) dengan sepasang kasut yg keras yang sangat cantik.. (ceh! perasan...)
alangkah bahagia nya bila lama-lama sekali dapatkan terapi cenggini.. nak borong sakan.. gaji belum masuk lagi..
bah kata kak AA.. "jamu mata pun jaaaadi la kan?" betul tu... kadang2 jamu mata ni merupakan terapi jugak... tak dapat beli dapat belek2 pun jadi la.. (tu kira terapi utk penyakit yang kronik gila...!)
*paling best bila keinginan yang dah lama tertahan utk melantak GCB Mc'D tercapai... (tu la.. dok kampung payah nak dapat Mc'D..)
No comments:
Post a Comment