balik sekolah je tadi aku tengok hero kecik dok merengek.. ingatkan sebab ayah dia pegi ambil time dia tido.. rupa-rupanya bukan...
alkisahnya, muka hero kena cakar lagi.. kali ni agak dalam cengkaman kuku di dahi, kepala, leher & bawah hidung... aduhh.. sakit hati je tengok...
dah asik merengek mesti la berhingus kan? dah berhingus tu.. sah-sah la meleleh kluar dari hidung.. haa.. tang bab meleleh kena luka tu yang buatkan hero menjerit kepedihan.. agaknya lah...
menurut kata en suami, semasa dia pegi ambil hero kecik tadi, dia ada la belek2 kepala & muka anak aku ni di depan pengasuh.. tapi tak ada apa pulak komen dari dia (pengasuh) kot2 la nak bagitau kenapa kepala hero kecik luka...
jadi, aku tak puas hati.. aku msg je laa tanya kenapa dengan muka hero kecik... pengasuh cakap, budak laki lagi sorang tu ada 'buat' hero.. tak tau la pulak apa puncanya...
untuk rekod, sebelum ni anak aku dah pernah kena gigit di bahagian tengah belakang dan jugak lengan awal tahun bulan Februari tak silap.. kemudian budak yang sama cakar muka anak aku bulan April tahun ini juga..
jadi bila dah tau budak tu jugak cakar anak aku hari ni.. hati ada sedikit panas.. mungkin dari kesan makan pulut durian tengah hari tadi... tambahan pulak bila aku sms pengasuh bagitau anak aku menangis kepedihan akibat luka di bahagian hidung, pengasuh hanya menjawab " .... dia garu kot!"
perghh.. panas hati weyy... apa kurangnya anak aku, apa lebihnya budak tu? asik anak aku je jadi mangsa.. tak pe.. sabar dulu.. esok aku nantikan alasan2 yang dia nak bagi kat aku..
tak kan aku nak ajar anak aku jadi pengganas pulak kot??
*hish! rasa cam nak balun je aku rasa... grrr...
HAPDATE..semalam masa pegi amik hero kecik.. masa aku sampai tu, suami pengasuh pun baru balik kerja.. dia pun terkejut tengok muka hero ada kesan cakor.. berubah muka dia lepas aku cakap budak sorang lagi tu yang mencakor.. lepas tu aku dengar suami pengasuh dok tanya macam2 kat pengasuh.. aku malas nak tunggu lelama.. terus aku cabut...
lepas ni kalau ada lagi kejadian yang sama.. aku nak bagi first aid je kat dia.. amcam? ok tak??