Wednesday, October 20, 2010

mentimun??

laa.. baru nak attach pic dah tak leh nak upload pulak.. (dan dan tu aku nak upload pic..) hahaha..


hari ni ada pegawai dari PPD mai skolah.. aku ingatkan depa yang mai nih nak observe aku mengajaq.. ketaq lutut dah pagi2 buta tadi ni.. rupa2 depa ni nak mai tengok jaa fail2 yang patut disediakan.. pastu mai tolong laa bagi maklumat utk kendalikan saringan LINUS ni..

bagi yang tak paham apa tu LINUS.. LINUS ni sebenaqnya singkatan dari LITERASI & NUMERASI.. program ni program kementerian pelajaran menggantikan program KIA2M.. dulu program KIA2M ni lebih kepada membaca dan menulis sahaja.. tapi bagi program LINUS ni utk murid tahun satu.. tujuan utk mensifarkan bilangan murid buta 3M (membaca, menulis & mengira)

budak2 aku pulak ada 14 orang.. 10 orang adalah murid LINUS.. murid yang tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis.. lagi 4 orang tu LINUS tegar.. sebab apa nama tegar?? sebab 4 orang ni memang tak kuasai kemahiran mengenal huruf dan suku kata.. atau lebih mudah nak terang.. budak2 hat langsung tak kenai huruf.. sebut lain tulis lain.. suh mengeja suku kata pun tak boleh.. sebut huruf betul tapi nak bunyi tu salah..

peranan cikgu2 yang mengajaq murid LINUS ni sangat laa besar.. (yaa!! aku memang besarrrr..) dikatakan besar kerana program ni adalag sebahagian dari NKRA yang di war2kan oleh PM kita.. malangnya bagi aku.. pentadbir sekolah aku nih buat endah tak endah je kat cikgu2 LINUS ni.. nak amik tau berapa org budak pun tak pernah tanya.. kalau laa ada pihak Nazir yang mai sekolah dan tanya pada pentadbir aku ni.. soheh dia pun tak bleh nak jawab.. kalau mintak data budak lagii laa dia tatau.. padahal suma tu dia yang kena sediakan.. kami2 ni hanya laksanakan program je..

apa boleh buat.. ibarat mentimun laa kami2 ni.. dan sebagai penjawat awam.. SAYA YANG MENURUT PERINTAH .. bila tiap kali buat surat rasmi..

hampa yang baca ni bleh paham ka apa aku tulis?? tak paham pun buat2 paham je laa noo.. kalau nak lebih paham lagi.. baik laa tanya kat ankel gugel... soheh banyak yang dia bleh crita...

sekian..

No comments: