Monday, April 9, 2012

terkilan? ya aku terkilan dengan dia.... :(

Isnin..


mood hari ni masih tak keruan... sedih ada, terkilan ada, macam nak marah pun ada.. semuanya kerana...


siang tadi masa balik dari sekolah aku singgah gerai makan dekat dalam taman perumahan aku ni... masa dok pilih2 lauk tu (dah kul 2 lauk pun dah tak banyak..) aku terserempak dengan suami pengasuh hero kecik...

dari jauh dia sapa aku.. siap tanya lagi kenapa aku tak hantar anak ke rumah dia.. aku rasa cam pelik jugak laa.. tak kan dia tak tau bini dia yang tak bagi aku hantar hero kecik hari ni... soalan dia tadi tu aku tak jawab.. sebaliknya aku yang tanya.. kenapa dengan bini dia? dia cuma jawab bininya ada urusan dan baru je sampai ke rumah...

dalam kepala otak aku rasa pelik apa yang mustahak sangat sampai dia tak nak aku hantarkan anak hari ni.. sedangkan dia pernah bawak anak aku sampai ke Batu Feringghi tanpa bagitau aku awal sebab nak settlekan hal insurans suami dia tu... tak jadi masalah pulak masa tu..

aku dah mula terbau bau ikan disitu... dan rasa ingin tahu aku juga terlalu kuat hingga terkeluarlah soalan tentang tiga beradik yang bini dia jaga tu.. samada depa tu dibenarkan dihantar ke rumahnya atau pun tidak...

dan seperti yang aku jangka depa tiga beradik memang ada di situ dan sedang bersuka ria bersenda gurau di sana.. masa tu jugak la aku rasa muka temperature darah aku dah naik ntah ke mana.... pada masa sama.. rasa cam nak nangis pun ada...

lepas blah je dari gerai tu.. dan aku pun tak pasti lauk yg aku beli tadi tu memang sebab aku nak makan atau sebab aku nak blah cepat dari situ...

sepanjang jalan otak aku memang ligan berpusing kalahkan bayblade.. pasai apa anak aku tak boleh tapi yang bertiga lagi tu boleh? anak aku buat masalah ke? anak aku makan kuat sangat ke sampai habis beras di rumah dia hinggakan dia terpaksa memborong beras di gudang beras BERNAS yang tak jauh dari rumah aku tu? atau anak aku dah buat onar pada ketiga-tiga 'anak kesayangan' yang dia bela dari kecik tu?

hish! aku memang tak puas hati.. terus terang aku cakap aku memang tak puas hati.. kalau pusat asuhan kanak-kanak dah lama dah masuk tv.. kompom aku panggil Puspavathi Ramalu buat liputan...

apa pun aku tau Allah tu Maha Kaya.. Maha Adil... Maha Besar... alhamdulillah syukur aku tau sendri perkara ni dari mulut suami pengasuh dari aku tau dari mulut jiran-jiran dia tu..

dan paling-paling buatkan aku sedih disebabkan dia ada 'hal' dan dia mintak aku faham (macam yang dia sms aku mlm kelmarin) hinggakan en suami kena cuti.. bukan cuti bergaji.. tapi potong gaji... :(


*agak-agak kalau aku claim gaji en suami kat dia ok tak??

3 comments:

Rafshila Romli said...

Ni pengasuh yg baru ke.... Cuba lah ko servey taska yg blh jaga budak2....aku rasa lg ok kot dr pengasuh cam tu

Hezrin Ahmad said...

anto taska lagi senang.... xde masalah.... mmg sentiasa ada

ejaescobart said...

Hezrin & Shila,


tu la aku dok survey laa jugak taska yg dekat dengan rumah...