Wednesday, June 8, 2011

staf hospital lembab?

tadi siang aku bawak hero kecik jumpa doktor.. alhamdulillah.. mata hero tak dak apa masalah.. jadi dah tak perlu nak buat follow up lagi.. lega rasanya..

cuma.. tadi tu.. macam biasa la bila dah lama tak berurusan dengan kakitangan hospital kerajaan.. angin aku ada sikit naik... sebab apa naik?

mengikut tarikh dan masa appointment adalah 8 Jun 2011 (iaitu hari ni) pada jam 8 pagi.. oleh kerana aku tak mau peristiwa tahun lepas berulang.. aku dan en suami ambil keputusan keluar awal... kira orang tua-tua kata subuh sapie la.. dalam 7 pagi macam tu...

sampai depan kaunter ngam-ngam 8:05.. aku letak kad appointment dalam bakul yg dah disediakan.. aku tengok orang yang menunggu dah ramai.. penuh dah bangku kat dalam kawasan menunggu tu.. mungkin dorang yang sampai awal tu siap solat subuh kat surau hospital kot...(agaknye laa..)

lepas setengah jam.. en suami pulak pi tunggu kat area kaunter tu... agak dah lenguh kaki dia dok berdiri.. dia pun tanya la nama hero kecik dah panggil ke belum.. pegawai bertugas tu pun.. buat2 sibuk cari kad hero dan bagitau.. giliran yang ke45.. sedangkan nama yang dorang dok panggil tu baru no 28.. hadoi.. masak nak tunggu...

dalam dok tunggu tu sempat laa jugak aku sebat karipap 2 ketul.. nama pun keluar rumah subuh sapie.. mana dan nak sarapan...

cukup sejam.. aku pulak tunggu depan ruang menunggu tu.. (isk.. kenapa la aku tak teringat nak snap pic tadi..) elok je aku beridir situ tak sampai 10 minit.. nama hero kecik pun dipanggil oleh pegawai yang sama en suami tanya tadi..

ha... masa ni laa angin aku ada sikit naik.. pegawai tu baru tanya ada bawak GL tak..aku cakap la tak bawak.. kemdian dia suruh aku pi ke bahagian kecemasan ambil GL melalui e-GL dari pegawai yang ada kat sana.. aku tanya dia balik.. tadi kenapa tak bagitau awal supaya boleh aku pegi ambil dalam masa sejam dok tunggu tu.. dia teragak-agak nak jawab.. lepas tu dia cakap, kalau aku tak bagi GL tu nama hero tak akan didaftarkan dalam sistem dorang.. (tah apa sistem tah.. aku tengok ada la sorang mamat India ni dok menaip ala2 ayam patuk nasik sejuk je..kat sebelah dia tu)

hangin laa aku.. kena turun ke bahagian kecemasan.. (jauh la jugak nak jalan.. dah tu habis keluar segala peluh2 yang ada.. dah macam masuk larian merentas desa aku rasa...sungguh tak selesa.. arghh!)

dipendekkan cerita.. time aku serahkan GL tu kat mamat pegawai tu.. aku nampak no giliran selepas no aku dah pun ada kat mamat India yang dok menaip tu.. oo.. makna nya.. giliran aku dah dilangkau la... mula laa mata aku nak terjojol keluar.. macam tertelan biji durian.. aisey.. teringin nak makan durian dengan pulut la pulak.... hish! melalut plak.. ok.. masa aku dok tengok mamat India tu menaip.. aku perasan la mamat pegawai yang mintak aku GL tu dok pandang aku.. sambil dok bagitau apa benda tah.. aku tak berapa nak amik pot sangat pasal masih hangin sebab dia la aku berpeluh2 & tercungap2... bleh cam tu?


dek kerana bukan aku sorang yang hangin dengan mamat pegawai tu.. ada orang lain pun hangin jugak... makanya.. hilang la hangin aku lepas tu... memang ramai yang merungut servis bahagian Oftamologi ni memang lembab... bayangkan la.. ada yang dok menunggu sampai tertidur.. dah laa tertidur.. yang nak tersembam dari kerusi pun ada... tak caya? ok.. aku tipu.. jangan caya.. saja tambah ajinomoto sket... :P


*ok laa dah lewat pun... letih menaip.. yang pasti aku menaip tak la macam ayam patuk nasik sejuk..haha...tajuk atas tu pun saja la letak.. nak bagi gempak la konon....

2 comments:

Citarasa Rinduan said...

sebenarnya kat mana2 sama jer sistemnya
bulan lepas ayu sampai 8pagi, no giliran en zalie lagi 200 orang..
em.. dah biasa sangat dah..

balik rumah petang, dah lah kita nie sibuk dgn kedai..

agak2 bila2 kes nie tetap sama..walau berbeza tempat

PS: thanks beritahu ttg penasonic...taid puas cari brand nie tak ada dalam google..

ejaescobart said...

Ayu..

tu la pasal.. nak buat sistem canggih tak dak masalah.. tapi orang yang nak handle kerja2 tu kena la proaktif sket.. ni buat kerja macam zaman dulu kala..


pasai info Pensonic.. tak dak hal.. :)