Monday, June 6, 2011

bosan tahap gaban...

Cerita 1:

lagi cerita bosan dari aku.. internet masih tak ok.. dek kerana aku dah bosan tahap gaban.. dek kerana tak tahan asik jadi gaban je.. aku pun guna la tektik lama utk surf internet.. aku guna dial up je ni.. huh! lembabs cam siputs..

ok laa kan lembab, lembab pun janji aku bleh laa on tenet ni... tak laa kelabu asap je muka aku dok rumah time cuti2 cenggini... hehehe...

hari ni hari pertama membayar hutang.. insyaAllah tinggal lagi sehari je lagi.., lepas tu tak de laa nak risau hutang tak berbayar,.. kan kan? lagi pun dah bulan Rejab ni... waktu Maghrib masuk awal...

********

Cerita 2

plan asal time cuti ni nak ke Kelantan.. ada majlis kenduri kahwin adik ipar abang aku.. oleh kerana en suami pun baru je mula kerja.. jadi plan asal tertangguh... lepas tu plan kedua nak ke Pendang Kedah.. majlis kenduri sebelah perempuan.. pun tak lepas jugak.. sebabnya aku tak berani nak drive jauh2 dengan bonda & hero kecik.. ye laa.. budak tu bukan bleh kira.. buatnya angin tak betul.. mau kecoh jugak nak drive jalan yang aku tak biasa pulak tu...

kesimpulan.. cuti skolah duduk rumah je..


**********

Cerita 3

hari Jumaat lepas ke pasar malam .. semata-mata nak cari yong tau fu... alhamdulillah jumpak la.. tapi pilihan yang ada tak berapa nak bukak selera... alang-alang dah sampai tu.. aku amik jugak la serba sikit...

tapi... dalam serba sikit tu pun.. kena RM17.60.. huh! terkejut jugak.. mau tak nye.. aku amik kangkung seikat.. fishcake sekeping, tauhu kering sekeping kecik, cabai muda sebiji, gulungan ikan + sayur dua keping.. banyak ke tu??

nasib badan laa.. dah memang dok cari nak makan.. sekali kena banyak tu.. terima je laa...


*********

Cerita 4

esok nak ke sekolah.. ada kerja yang nak diselesaikan.. tak tau laa dapat selesai ke tidak esok nya.. pasal aku nak kena bawak hero kecik sama.. harap2 siap laa.. kalau tak siap sepenuhnya separuh pun jadi laa..


********

Cerita 5

hari Rabu.. nak ke Hospital Taiping... temujanji hero kecik dengan Ophtamologist.. harap2 semua baik2 aje.. temujanji ni dah ditetapkan dari tahun lepas.. kira setahun sekali laa hero kecik ni kena check mata..







*ok tak entry sampai 5 cerita..? kira aku cover sampai hari Rabu laa ni kan... hehehe... ini bukan ngelat... tapi jimatt..

No comments: