Wednesday, December 21, 2011

kesibukan yang menimpa..

Rabu

21.12.2011


lama tak buat entry baru.. tak tau nak mula macam mana.. dan nak mulakan yang mana satu.. rasa macam malu-malu asam bila jumpa sedara yang lama bertahun tak bertemu pun ada..

sejak balik dari KL, Bonda pulak tak berapa nak sihat.. kaki membengkak dari buku lali hingga ke lutut.. dah tu tak berapa nak bergerak banyak.. cepat penat.. dah ke klinik.. paru-paru ada sedikit air..tambahan air dalam badan kurang dikumuhkan.. membuatkan kaki Bonda bengkak.. aku rasa dah macam doktor pulak nak bagi penerangan...

semalam kena ke sekolah.. ingatkan nak tandatangan borang opsyen SBPA je.. rupanya siap dengan ada kursus LDP (Latihan Dalam Perkhidmatan) lagi.. dah tu pulak.. aku antara orang yang nak kena bagi taklimat... oh! sungguh tak sukaa... menyebabkan aku semakin sibuk.. (kalau orang lain rileks je.. aku yang gelabah lebih..)

dek kerana pihak PPD ada masalah apa tah.. borang opsyen tak dapat nak sain lagi.. jadi tunda ke hari ni..jadi pagi tadi dah sain.. hasilnya..

aku akan terus berkhidmat sehingga umur aku 60 tahun baru pencen... tudiaaa!!!!!




*dari balik sekolah aku dok bayangkan cemana rupanya aku mengajar di usia 60 tahun.... *sigh* sambil tangan di atas dahi....

3 comments:

azieazah said...

Larat lagi ker nak baik tangga ke kelas atas?

Tak semput ker mengajar untuk satu masa subjek?

Masih kuatkah nak menulis di papan hitam?

Rasa-rasa time tu pakai tongkat tak?

Adehhh... tak terjangkau nak fikir.

ejaescobart said...

kak Azie,

yang tu laa dok pikiaq sampai tangan buh ateh dahi.. memang tak terjangkau dek akal...

rafshila said...

aku belum sign lagi sbpa... tapi rasanya nak ambk 58 thn ja... rasa cam masa 30 minit tu habis naik turun tangga nak p kelas ja...