Wednesday, October 2, 2013

bila boss tak ada integriti

As salam..


baru lepas tarik nafas lega bila kelas dah abis untuk hari ni..

hari Isnin lepas aku & rakan-rakan guru yang lain dapat arahan dari Guru Besar (GB) untuk menjawab soalan ujian kompetensi ICT dari Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Microsoft Malaysia.




aku nak cerita sikit laa tentang ujian ni.. masa yang diperuntukan ialah 40  minit sahaja.. 30 soalan diberi dengan empat pilihan jawapan.. bagi cikgu-cikgu yang biasa dengan bidang ICT ni (dan aku percaya kebanyakan cikgu sekarang ni dah celik IT.. kalau tak, tak kan laa ada cikgu umur 60 ada FB jugekk kan???)

apa yang buatkan aku rasa ujian ni tak ada ketelusan bila mana pentadbir iaitu GB sekolah aku sendiri menjawab soalan dengan meminta bantuan juruteknik komputer bagi jawapan... serupa tak amik ujian la kan?

kalau dah pentadbir sendiri tak ada integriti, jangan laa dok ulang sebut dalam meeting tentang integriti cikgu-cikgu dalam menjalankan tugas.. umpama peribahasa bila ketam mengajar anaknya berjalan betul.. terasa tidak adil bila mana cikgu-cikgu diingatkan supaya menjawab soalan ujian dengan telus.. (orang lain tak boleh tolong jawabkan)... angin jee satu badan bila dapat tau hal sebenarnya...




mode: grrr


3 comments:

anyss said...

Assalamualaikum,
Itu ketam sedap dimasak cili ;)

anyss said...

Assalamualaikum,
Itu ketam sedap dimasak cili ;)

Sukma Haron said...

itu umpama ketam mengajak anaknya jalan tak betul, tapi dia jalan senget......