Friday, May 10, 2013

Entry Meletops

Jumaat..


memag semakin kurang masa untuk aku ber'blog'... rutin cikgu di sekolah sebenarnya tidak lah sama antara semua guru.. bergantung kepada pihak pentadbiran yang mentadbir sekolah.. kalau ketuanya ada sedikit sifat toleransi yang boleh digunakan dalam kaedah pentadbirannya.. nescaya guru-guru yang ada tidak lah rasa seperti ditekan macam nasik impit...

huh! mukadimah tak boleh blah..

tak lama lagi seluruh sekolah di Malaysia ni akan sambut hari guru.. satu-satunya hari yang boleh dikatakan hari menghargai jasa guru.. ye laa kan.. masa kita kecik-kecik dulu ada hari kanak-kanak.. jenuh dah sambut dengan cikgu-cikgu di sekolah.. macam-macam acara cikgu buat.. paling best bila dapat aiskrim milo dalam mangkuk sorang satu.. masa tu rasa seronok tak terkata... jadi kali ni hari itu adalah hari guru.. kalau tak dak sapa nak hargai kami biar lah kami sesama sendiri saling menghargai... :'(

tadi lepas waktu rehat aku masuk bilik guru dan ternampak notis di whiteboard.. masa baca tu tetiba aku dengar bunyi cengkerik... tak tau nak describe perasaan macam tu..





khabarnya sambutan tu berlangsung bukan seperti masa yang ditulis... cikgu-cikgu masuk ke kelas dan mengajar seperti biasa.. dan disambung dengan aktiviti kedua dan ketiga..bak kata kawan.. inilah hadiah hari guru yang paling mahal di dunia...

untung laa pada kawan-kawan cikgu lain yang boleh sambut macam hari raya.... sila ucap tahniah pada diri masing-masing...



*kerja cikgu pun tak dak life tau!

2 comments:

Lynn Munir said...

Selamat hari guru dan hari ibu cikgu.
Salam kenal dari saya :-)

ejaescobart said...

terima kasih Lynn Munir kerana sudi singgah... :)