Friday, April 26, 2013

MC ~ mintak cuti @ mau cuti?

Jumaat..

salam penguhulu hari.. dah malam pun.. siangnya aku sibuk merehatkan diri sementelah makan ubat batuk + selsema.. jadinya aktiviti aku hanya tido, tido, dan tido lagi... aku hanya celik mata tengok jam dan tunaikan kewajipan sebagai hambaNYA.. alhamdulillah..

hari ni merupakan hari pertama aku MC untuk tahun 2013 ni.. bermula dari tengah hari semalam.. hero kecik demam.. suhu dah mencecah 39.6C.. balik rumah tgh malam suhu masih tinggi 38.7C... maka secara tak langsung aku pun terjebak demam jugak.. sedar-sedar je waktu subuh pagi tadi aku bercakap tapi yang keluar dari mulut angin je.. (dah kompom laa aku sudah gosok gigi)..
alhamdulillah dokor bagi aku MC untuk berehat hari ni sampai hari Ahad... kalau aku mintak cuti rehat dari guru besar memang tak dapat punya.. sebab guru besar sekolah aku memang lain dari lain.. bak kata Afdlin "terteruk di dunia & di ladang"

melayan orang demam seharian adalah tak sama dengan melayan diri sendiri yang demam.. jadi petang tadi aku pun melayan tekak dengan kek dari resepi rahsia.. sekali beli 3 potong.. sekali hadap je dah tinggal kotak.. (makan ke melantak?) apa pun letih siang tadi hilang bersama 3 potong kek.. yang belum hilang rasa penyesalan makan tak ingat kalori yang berlori-lori masuk dalam badan aku.. (huh! menyesal konon.. pergi menangis di situ --> peti ais)

Pesta Buku Antarabangsa pun dah mula hari ni.. hati memang melonjak-lonjak nak turut serta.. tapi aku hanya mampu sertakan senarai pesanan buku je pada kak Azie yang memang tak pernah miss berada di situ saban tahun sejak 2008 (ye ke kak? cek bantai je ni..).. terima kasih bebanyak ye kak.. jasa mu dikenang.. :)





No comments: