Thursday, March 8, 2012

dua puluh satu..

Khamis..


Ujian Pengesanan 1 masih berlangsung hingga ke hari ini.. tapi hanya melibatkan murid tahun 3, 4, 5 dan 6 sahaja... tahun 1 & 2 cuma jalankan pentaksiran saja.. sebab depa ni dalam kurikulum baru.. KSSR.. nak tau apa KSSR cuba la tanya pakcik gugel.. aku bukan malas.. tapi takut silap penerangan pulak..


dipendekkan cerita, aku buat laa pentaksiran utk tahun 2 semalam secara lisan.. aku panggil budak sorang2.. kemdian tanya soalan.. alaa.. macam zaman dulu2 kena buat oral test tu.. cam tu laa lebih kurang...


kena pula masa aku nak buat test tu aku baru pas rehat.. perut dah kenyang mata aku pun cam nak pejam ja.. tapi oleh kerana aku ni gagah.. aku gagahkan jugak buat test walau jenuh aku tahan mulut dari nganga luas2 sebab nak menguap...


aku bagi helaian kertas yang ada nombor.. aku mintak budak2 tu bacakan nombor2 tu.. nak tengok bebudak ni kenal no ke tidak... majoriti boleh laa sebut nombor tu dengan betul... dalam ramai2 tu aku dengar sorang tu sebut "DUA PULUH SATU"

aku memang heran laa sebab aku tak letak pun nombor puluh.. semua nombor ratus je.. rupa2 nya.. nombor ni yang dia sebut...












*adehhh

No comments: