Monday, March 26, 2012

Anak ke Mak Bapak yang nak belajar ni??

Isnin..


minggu ni giliran mata pelajaran Matematik yang akan dibuat penceparan buku latihan... jadi aku pun dah siap tanda semua buku latihan budak2 termasuk dengan buku aktiviti... alhamdulillah sekolah aku ni sekolah kecik je.. budaknye pun cuma 25 orang... tak laa teruk sangat kalau nak dibandingkan dengan sekolah lain...


kali ni nak buat entry luahan perasaan... semasa aku periksa buku anak2 murid aku tadi ni.. terjumpa laa dengan buku budak yang ditulis oleh ibubapa... geram betul laa rasa..

maunya aku tak geram.. dah bagi kerja sekolah suruh budak2 tu siapkan... tapi bila buku dipulangkan semula pada aku.. tengok je jawapan semua tulisan orang dewasa.. (boleh agak laa tulisan budak darjah 2 cemana.. )..

aku tak boleh terima laa bila ibu bapa nak buat @ tolong tuliskan kerja rumah anak2.. ye aku paham anak2 tu tak paham @ tak tau macam mana nak buat.. dan semestinya akan tanya ibu bapa macam mana nak selesaikannya bukan? tapi sebagai ibu bapa tak salah berikan jawapan.. tapi jangan laa pi tulis dalam buku latihan anak awak tu!


kalau dah nak sangat buat kerja sekolah anak awak tu... suruh je anak duduk rumah.. ibu bapa pulak yang datang sekolah.. kan? tak terpikir ke impaknya bila kerja rumah anak ibubapa yang buatkan? sampai bila pun anak tak akan paham..tak akan pandai.. bila dah anak tak berapa nak boleh 'tangkap' apa yang cikgu ajar.. mula laa nak salahkan cikgu..



malas la nak membebel panjang... loceng pun dah bunyi.. aku nak balik...



* geram... geram...

6 comments:

Hezrin Ahmad said...

hehe.... ada anak aku xtau wat keje sekolah smlm.... tp aku pun idak tau nak wat sbb kena lengkapkan lagu pasal melintas jalan....huhu

azieazah said...

Geram gak ni.
Kak Azie pun selalu gak anak hat kecik tu dok tanya. Tapi sebab skarang ni sekolah dah moden, banyak subjek yang Kak Azie langsung tak tau. Sebab dulu tak belajar sylabus tuh. hehehehe

ejaescobart said...

Hezrin,

anak tanya kita jawab tak dak masalah.. yang geram tu anak tak tau mak pak pulak yang buat... hish!

ejaescobart said...

Kak Azie,

silibus la ni memang lain... berubah dari time kita belajaq dulu.. ala.. takat2 nak habaq tambah tolak punya soalan.. habaq je la kan? ni mak pak dia pi tolong tulih bagi siap... tak ke berangin sepoi2 bahasa jerman saya ni kak...

Syaz Blackrose said...

mak bapak bebudaknih ada cita2 nak sambung blaja blknih tuh yang tolong tulih kan.. nanti x tolong tulih takut otak tu dah lemau muahahaha

ejaescobart said...

cik Syaz,

boleh jadi jugak laa.. nanti boleh cadangkan pada KPM bukak sekolah khas utk ibu bapak yang memang berminat 'kembali ke sekolah'...