Tuesday, August 23, 2011

Sabtu, Ahad, Isnin Selasa..

Selasa..

lagi entry yang dah basi.. dek kerana kekangan masa (cewah.. cam bizi bebenor..) aku tak dapat nak update entry semalam...

flashback Sabtu lepas..

lepas je aku publish entry tu.. aku terus pegi kedai tayar Continental kat Taman Sri Tenggara.. tak jauh dari rumah aku.. sampai je dah ada 2 biji keta.. oleh sebab aku hanya nak buat penjajaran bak kata omputih aligment & balancing.. so aku punya keta masuk dulu.. keta yang lagi dua nak tukar tayar..

dalam dok tunggu tu sempat la aku menguap dekat 10 kali.. mengantuk weyy.. dok melengung sengsorang... kalau bukan bulan puasa boleh jugak la mengunyah apa-apa.. (asik mengunyah je.. maunya tak gumoks..)

mula-mula budak cina tu buat alignment dulu... dah pasang 4-4 alat yang aku tak tau namanya tu.. dia pun bagitau aku tayar suma elok lagi kedudukan nya.. cuma tayar belakang sebelah kiri je ada 'lali' skit.. dia cakap lagi.. kalau aku tak nak buat pun tak pa.. dah alang2 aku kat situ.. aku suruh la dia buat... lebih kurang 20 minit dia adjust tayar belakang tu..

ni la alat yang aku tak tau nama tu...



dia sambung buat balancing pulak... yang ni aku tengok dia bubuh benda kecik kat tepi rim tayar.. aku tanya apa benda yang dia letak tu.. dia bagitau.. dia letak timah nak bagi tayar bergolek dengan seimbang.. kalau tak letak tayar pusing 'belat sikit' .. belat sikit = berat sikit..

jack keta nak bukak tayar..




ready for balancing...


dah siap buat balancing 4 tayar tu aku mintak dia rotate tayar.. tayar depan alihkan ke belakang.. yang belakang alihkan ke depan.. sebab tayar tu dah bergolek lebih 10 000 km... dah siap pasang suma.. budak cina tu bawak keta aku p test dulu.. tak tau laa aku kat mana dia p meronda.. dalam 10 minit jugak laa tunggu...

dah siap tu.. kena laa bayor ye tak? suma sekali kena RM58 je.. RM8 tu untuk rotate tayar... ok tak?

on the way nak balik tu.. sampai je kat traffic light dekat pusat bandar tu.. sempat la aku tengok pekerja construction tu buat kerja macam dalam gambar ni... terpikir jugak.. dorang ni tak gayat ke? dah la tak der jaring keselamatan... huh! kalau jatuh laa... hish! tak dapat aku nak bayangkan...

selamber je kan dorang dok mencangkung sambil welding besi...?



dipendekkan cerita.. petang tu dalam pukul 6 kami gerak balik Perlis.. sampai Kangar pun dah pukul 8.. kami bukak puasa kat tepi highway saja.. sedih betul.. sebab highway sebelah Utara tak banyak hentian @ R&R...

esok pagi kami ke Hospital Tuanku Fauziah.. nak naik pun kena ganti2.. sukuriti yang jaga depan pintu lif tu memang kerek.. eksyen sungguh.. malas nak cita la.. bulan2 puasa ni...

sedih betul tengok Mak Tok terlantar macam tu.. ye laa dari bulan 5 tak henti dugaannya.. bulan 5 lepas.. Mak Tok kena strok.. mujur la minor je.. 5 Ramdhan lepas.. Mak Tok jatuh masa bangun nak ke tandas.. dah patah pulak tulang paha.. sampai kena masukkan besi.. 14 hari di hospital, doktor dapat tau usus Mak Tok pulak ada luka.. sedih betul laa...




baru lepas 'mandi'...


tapi masa aku melawat tu.. Mak Tok nampak bertenaga la sikit dari hari-hari sebelumnya.. sempat la aku snap gambar Mak Tok yang baru lepas dilap dan dibedakkan oleh bibik..


dari Kangar kami gerak balik ke rumah dalam pukul 12 tgh hari.. berhenti kejap di R&R Gurun.. solat zohor.. sempat mandikan hero kecik.. sebelum tido siap mintak aku snap pic macam kat bawah ni...


lebai kontot..

sebelum sampai rumah.. sempat aku snap pic ni pulak...


cepatnya dah pasang beam ni..
baru je aku snap sabtu lepas pekerja tu dok welding besi...


semalam berbuka dengan ikan pari bakar + air asam.. sotong goreng kunyit, sambal goreng tempe + tahu + bilis, kueytiaw goreng.. suma terbaikkk... sebab yang masaknya Bonda.. bukan aku.. aku cuti masak semalam.. hehe..


hari ni belum tau lagi nak masak apa.. rasanya panaskan lauk semalam je kot.. boleh cenggitu???



*tu je.. cerita aku cover dari Sabtu..

No comments: