Monday, August 29, 2011

masing-masing stop berblog... dah siap sedia semua?

alhamdulillah.. dah selamat pun bersahur buat Ramadhan ke 29 ni.. ntah raya Selasa ke Rabu.. sama-sama lah kita tunggu...

tadi bersahur pun lauk berbuka malam tadi.. cuma tambah telur masak kicap.. sebab lauk lain tak berkuah...

nak tido balik karang terbabas Subuh pulak.. ada baiknya aku meronda ke rumah kengkawan..



*************



pasti semua dah siap beli belah untuk raya kan? pada aku 99% dah siap.. lagi 1% je lagi... aku belum lagi cari tudung raya... hari tu ada la sempat beli sehelai je.. yang padan dengan baju.. lagi sepasang baju belum jumpa tudungnya.. ni yang malas nak keluar shopping last minit ni.. tambah2 pulak nak kena drive sendiri.. kalau en suami ada ok laa jugak.. dia just drop aku kat kedai.. dah siap dia bleh amik aku semula...

sebab apa tak beli awal2?... sebabnya baju kurung aku lambat siap... makcik tailor memang sengaja serah lewat pada aku.. alasan nya rumah aku dekat je.. pelanggan lain rumah jauh2... boleh cenggitu??

aku ni dah laa jarang membeli-belah.. dah tu agak cerewet sikit.. bukan cerewet cemana pun.. kalau aku beli barang.. harganya biar la sepadan dengan kualiti barang nya.. contoh baru ni aku nak cari beg tangan.. sebab yang dok ada tu dah hazab sangat... jenuh pusing JJ Perda.. tak jumpa yang berkenan... ada yang berkenan.. harga bukan main mahal berapi pulak.. nak kata pattern baru beg tu tak jugak... jadi kesimpulan tak bertukar la beg tangan aku yang hazab tu... mujur laa kasut raya dapat jugak laa ganti.. tu pun setelah jenuh mencari saiz.. jenuh jugak la aku tengok budak kedai tu pegi balik-pegi balik cari kasut utk aku..

kuih raya suma dah siap? aku pun memang dah lama siap... sekarang kan teknologi dihujung hari.. sama la dengan kaedah aku buat kuih.. semua dihujung jari... beli 2 bekas sekarang ni dah tinggal sebekas.. lagi sebekas aku buat rasa tiap kali buka puasa.. ok tak?? hahahhaa... jahanamm diet aku...

rasanya pagi ni nak ke Telekom bayar bil-bil yang masih belum settle.. lepas tu touch-up serba sikit yang ada kat rumah ni.. ala kadar je pun.. tak la beria sangat... lagi pun yang tinggal kat rumah ni siang nanti aku dengan Bonda je... en suami keja.. abang-abang belum sampai lagi.. malam karang agaknya kot...

raya kali ni aku tak balik Johor.. nampak gayanya.. kuah lodeh terpaksa la aku google resepinya... huhu...




*agak-agak aku try menjadi tak?

No comments: