Friday, December 6, 2013

bila banyak fikir, macam-macam boleh terjadi...

Jumaat



Assalamualaikum..


Cuti sekolah masih ada.. kesempatan balik kampung tak dilepaskan.. incik somi memang 'simpan' cuti untuk balik ke Muor.. jumlah hari pun dibahagi-bahagi sama rata.. 3 hari 2 malam di kampung.. selebihnya di KL..


Agenda menziarah kakak di Bangsar dah pun terlaksana pada hari yang sama aku sampai di KL..(Rabu)


Agenda semalam pusing KL utk ziarah keluarga dan rakan taulan yg lama tak jumpak.. bermula dengan ziarah anak rakan yang baru berusia 8 tahun mengidap leukimia AML.. aku tak dapat nak cerita banyak tentang anak kecil ni disebabkan aku tak dibenarkan masuk ke wad oleh misi di situ..


Seterusnya aku ke Gombak menziarah sepupu yang baru kematian anak lelaki tunggal kira-kira sebulan yang lepas.. berita kematian anaknya rancak diperkatakan dan dikongsi di internet juga di suratkhabar. Dikhabarkan video tribute untuk arwah anak saudara ku ini ditonton hampir 1.4 juta kali..


Dan kemuncak percutian aku kali ni terjadi semasa dalam perjalanan ke Gombak.. dengan mengambil masa lebih kurang sejam setengah menempuh keadaan trafik agak sesak kerana hujan lebat.. banyak jugak jalan yang aku lalui naik air (tapi belum sampai tahap banjir).. membuatkan seisi kereta berasa lapar.. cadangnya nak beli cemil cemilan yg dijual tepi jalan terbantut sebab lebat sangat hujan.. dipendekan cerita, incik somi singgah di stesen minyak untuk buang air..


Kereta diparkir agak jauh dari tandas (jauh la bagi aku yang tak berapa nak boleh jalan jauh).. selang masa tak lama tu, dua buah kereta didepan dan pun gerak dari stesen minyak.. ntah apa yang aku fikirkan.. aku nak anjakan kereta ke depan dengan niat dekat sikit.. incik somi pun tak la basah kuyup sangat kena hujan..


Tindakan aku diluara kawalan... mula-mula kaki dah pun aku anjak ke tempat duduk pemandu.. tiba-tiba kaki tersangkut pada brek tangan.. tangan cepat lepaskan brek tangan.. dan sepatutnya aku pindah tempat dudum dengan sempurna.. tetapi tak semena-mena tangan dah pun tarik gear ke D.. kereta dah mula gerak, aku baru nak panik.. tak tau nak tarik apa dulu.. gear dah aku tolak ke N.. tapi lajak masih ada.. kaki nak tekan brek.. tapi tak sampai sebab tersangkut perut..(baru teringat.. yang aku mengandung..!!).. dalam keadaan panik tu, aku angkat je muka tengok incik somi cuma tahan kereta dari sebelah kiri bonet depan.. dan muncung kereta aku pun dah selamat cium bumper kereta depan.. Allahuakbar!!! Apa benda aku buat nih?.. istighfar berkali-kali baru laa terasa perut dah mula senak dan degup jantung laju macam nak pecah dada..


Memang aku tergamam masa incik somi tanya apa yg cuba aku buat.. aku tak ada jawapan.. kerana dalam keadaan masih terkejut.. pemandu kereta depan keluar dengan riak muka terkejut dan marah..sapa la yang tak marah kan..? kalau kereta tak semena-mena dilanggar dari belakang...


Berkali-kali incik somi mintak maaf bagi pihak aku..(aku masih dalam kereta waktu ni dlm keadaaan masih terkejut).. berkali kali juga incik somi katakan pada tuan punya kereta tu berapa nak diminta ganti rugi sebab dah memang sah sah salah aku.. alhamdulillah Allah lembutkan hati tuan punya kereta.. dia pun simpati dengan keadaan aku.. dia tak mintak walau satu sen pun.. dia pun aku nampak redha je dengan keadaan bunper yang terkeluar cat..(kereta dia warna putih, kereta aku warna hitam... boleh bayang laa kot macam mana keadaannya).. walau dalam hati aku pasti dia sangat kesal... huhu..



Dan aku bersyukur sangat pada Allah taala sebab tak ada apa-apa kecederaan yg berlaku... hero kecik dok di belakang masa kejadian berlaku selamber je makan berger.. itu laa yg dikatakan zaman kanak kanak zaman bebas masalah...


Selagi tak dapat, selagi tu la dok sebut.. kalau laa kita mcm ni kan best? Sebut je banyak2 kali terus dapat.. huhu






No comments: