Sunday, June 23, 2013

Sorotan seminggu.. tak mau baca pun tak pe..

Dari Isnin aku sibuk mengalahkan mak menteri. .

Hari Selasa sibuk masuk meeting yang ternyata aku hanyut dalam mimpi sendri sebab dari mula bagi salam sampai penutup meeting guru besar bercakap tanpa henti.. kadang aku terpikir apa guna buat meeting kalau hanya komunikasi sehala saja.. lebih baik bagi nama syarahan@ kuliah@ceramah.. sebab apa aku cakap cam tu? Sebab semua keputusan dia dah buat.. tak de nak tanya pendapat cikgu2 ni dulu.. padahal tenaga kami jugak laa nak dikerahnye.. (sekadar mengomel.. pada yang tak paham buat tak tahu sudah la..).. makluman paling tak best ialah hari Ahad kena dtg sekolah uruskan motivasi antara 2 sekolah yang berjiran dengan sekolah aku.. kenapa Ahad?? Arghh!!

Hari Rabu sukan untuk acara akhir berlangsung.. dalam keadaan berjerebu Penolong Kanan Koku tetap jugak nak buat.. walaupun dia sendiri tak turun padang.. best kan bila boleh pegang remote halakan pada orang untuk buat kerja??

Hari Khamis aku sibuk dengan kelas tahun 3 yang dah tertinggal silibus.. jenuh nak kejar.. sebab2 tertinggal? Jadual Matematik aku mesti bertembung dengan cuti.. :(

Hari Jumaat boleh tarik napas lega.. kerja aku untuk hari tu settle sebelum loceng bunyi... bunyi je loceng aku pun cabut balik rumah teruss.. yahoo!!

Hari Sabtu sambung kerja2 urusetia utk program hari Ahad.. walaupun dalam keadaan perut yang kerap 'cramp'.. sangat sakit!!.. huhu :'(

Ahad, rasa macam sekolah di negeri Kedah pulak.. keluar rumah sama macam hari Isnin.. hero kecik pun aku kerah bangun awal & mandi siap2..  program motivasi mula pun agak lewat dari jadual.. leceh betul bila dapat guru besar 'rajin' bersembang dengan tetamu...

Dan hari ini jugak selepas hampir 24 tahun aku jumpak dengan kawan baik aku yang sama2 dari tadika sampai habis sekolah rendah.. masing2 masuk asrama langsung terputus hubungan.. ye laa dedulu bukan ada facebook, henpon, emel bagai.... dan dia jugak la pengerusi untuk program dari USM Transkrian ni.. tabik spring to you my friend.. :)

2 comments:

azieazah said...

Rata-rata yang saya dok jumpa dan dengar, guru besar yang POMPUAN memang lorat sungguh laaa. Kalu majlis pun, asyik la bergebang sampai drag masa majlis berjela. Mesorat pun kuat bebel gak, tu belum lagi time perhimpunan, cakap melalut sampai bebudak rasa nak lena!

ejaescobart said...

Betoi tu kak azie...

Masa anak menakan sekolah kat Meru dulu.. dia bleh p sms cikgu dia mintak habaq kat guru besaq time assembly jgn cakap panjang sangat.. budak2 pun tau boring..