Thursday, January 5, 2012

bila yang wajib dah jadi harus....

Khamis..


Hari kedua persekolahan... macam dah dua minggu sekolah aku rasa.. letih kemain.. petang tadi ke sekolah lagi utk program 1Murid 1Sukan... terkejut? ye.. sekolah lain kat area Parit Buntar ni belum mula lagi.. sekolah aku je dah start..

dengan keadaan padang yang rumputnya cecah lutut aku.. (malas nak snap pic buat malu je..) arahan untuk lakukan aktiviti tetap keluar... maka tepat 4:30 tadi aku dah mulakan aktiviti.. oh ya! tahun ni aku dengan pasukan bola baling..

aku pun sedaya upaya habiskan slot petang tadi tepat 5:30.. budak-budak masih nak main lagi.. merayu-rayu mintak extend masa... aku kena patuh arahan.. slot hanya utk 1 jam saja.. jadi tepat masanya semua kena balik.. (jenuh perambat suruh balik takut ada yang patah balik ke padang semula..)

dan seperti tahun-tahun yang lalu.. sampai habis masa.. batang hidung orang yang keluarkan arahan tak nampak jugak.. masa dalam mesyuarat bukan main cakap semua wajib hadir.. tapi aku rasa yang wajib hanya pada cikgu-cikgu cam aku.. pada dia mungkin harus.. nak mai ka tak mai ka.. dia punya suka.. padahal rumah dgn sekolah hanya sepelaung dua saja..





*sabaq je laa,, awai2 tahun ni tak mau nak stress sangat.. panjang lagi masa nak tunggu hujung tahun ni...

1 comment:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

fuh..sakit ati betul kalau gitu kan...huhuhu