Saturday, January 12, 2013

kenapa hari sabtu ada satu je? 2-3 tak boleh ke?

Sabtu..
Dah malam pun..


hari yang paling aku tunggu untuk minggu ni... sebab boleh bangun tanpa rasa pressure walaupun waktu bangun tu sama cam hari sekolah... syukur alhamdulillah....:)

hari cuti semestinya meng'qada' kerja2 yang aku skip dari Isnin sampai Jumaat.. mula2 sekali aku 'petarah' bukit yg tinggi menggunung.. (petarah dalam bahasa utara = meratakan bak kata kamus dewan).. kalau laa hari Sabtu ada 2-3 kali seminggu pasti rumah aku jadi mahligai bukan kapai karam lagi dah... hehe

hari ni jugak la aktiviti mendobi.. kalau laa mesin basuh tu boleh komplen.. soheh bengkak telinga aku dengar mesin basuh berleter.. haha

sementara tunggu mesin siap... sempat jgk laa aku sambung mimpi malam tadi.. (time skolah tak berkesempatan sambung mimpi..)

abih episod mimpi.. anak teruna mintak nak makan nasik.. mujur dah masak nasik nye.. lauk paling senang yg dia request.. telor goreng je.. dah alang2 nak masuk masterchef kan.. apa barang nak goreng telor je.. aku sambung le ke cabarang peti saji misteri.. kali ni misterinye ialah ikan kembung 5 ekor, tempe 2 keping, tauhu 2 keping, ubi kentang 2 biji, ikan bilis secekak,bendi 3 biji...

dalam masa 5 minit yg diberi (konon..!) aku decide buat lauk ni..


>



>



>




> tarra..

sambal goreng jawa tak berapa nak jawa..




kari ikan utara ala mamak yang tak berapa nak mamak... 



*kali ni aku juara peti saji misteri.. esok cabaran makan luar.. yahooo!!!

3 comments:

azieazah said...

Satni dia mai tunjuk cekuh ketam nipah dalam akuarium plak. Hahahah baru betoi. hahahah!

azieazah said...

*pssttt tukaq la setting komen hang. Off kan code verification tuh. Payah nak lepas komen.

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

sedap tol masterchef nih masak..teliuq cheq