Wednesday, January 9, 2013

gembira + menangis = ?

Rabu


dah seminggu sesi persekolahan bermula.. nampaknya memang bertimbun kerja hingga tak sempat nak menempek cerita baru.. (huh! alasan tak agak-agak)... :P

semalam aku agak capek @ terpeleot sebab kaki sebelah kanan aku terasa sakit sangat.. kaki hang boleh lurus tegak tapi tak boleh langsung membengkok... jenuh  bertahan dari mula sampai sekolah sampai laa habih waktu sekolah..

penyelesaiannya aku ke rumah tukang urut (bukan rumah urut ye..) makcik yang mengurut aku ni pun merupakan kawan se'pengajian' arwah Bonda di surau taman aku nih...

alhamdulillah memang lega dah rasa.. walau ada lagi sikit2 terasa tegang nye di bawah pelipat kaki tu...

dek kerana sakit + penat seharian, maka aku langsung tak berkesempatan bertanya dengan hero kecik tentang aktiviti di sekolah semalam... balik dari mengurut je malam tadi terus aku bum-bum.. letih sungguh rasanya..

sampai la tadi pagi aku tersedar kul 4 pagi.. oleh kerana tak boleh nak lena, aku pi iron baju utk pakai di hari Khamis & Jumaat.. lepas tu aku belek2 laa beg sekolah hero kecik tu sebab nak masukkan baju salinan baru dalam tu.. terjumpak pulak sekeping kertas..







pagi2 dah buatkan aku tersenyum bila tengok kertas ni... hampir2 menitis air mata... :)


*excited nak tengok hasil kerja dia yang seterusnya... (orang lain pun ada anak tapi tak lee poyo cam aku kan?..)

2 comments:

azieazah said...

Jangan cakap. Hampir semua mak mak yang jumpa hasil tangan anak terutama anak kecik, memang jadi poyo lah!

ejaescobart said...

kak AA..

bila mai tang bab anak (walaupun baru sorang) memang eja jadi agak poyo.. hehehe :)