Sunday, February 26, 2012

entry berkala... berkisar hal sekolah

dah Ahad,


sejak dari entry perlawanan persahabatan.. sampai hari ni baru aku nak update... ini semua gara-gara frust tak dapat nak lawan hari tu... hari hujan lebat... pasukan lawan yang bertandang ambil keputusan tak nak lawan sebab risau kalau-kalau ada kilat..

jadi Jumaat lepas aku bawak la pasukan sekolah bertandang ke sekolah sana pulak... pun frust jugak.. sebab anak2 bertuah macam takut nak berhadapan dengan pihak lawan.. semua percubaan gol tak menjadi.. separuh masa pertama dah kena balun 8-0 aduh.. rasa muka aku ni dah macam ada 2 kaki tebai dah.... separuh masa kedua baru laa pecah telor sebijik tu... perlawanan berakhir dengan 11-1 bagi pasukan lelaki... sadis sungguh...

pasukan perempuan nampak ada peningkatan kalau nak dibandingkan dengan persahabatan yang terdahulu... sebelum ni kena balun sampai lunyai.. sebijik gol pun tak masuk.. tapi petang Jumaat yang bertuah dapat jugak laa bawak balik dua gol.. walaupun tetap kena balun dengan pihak lawan enam gol....


kesimpulan petang Jumaat tu kami menang sorak saja...



gambar tak dak kena mengena... sila abaikan peta India di belakang tu ye!



*sebagai pengurus memang kecewa.. malu pun ada.. tapi aku ambil ini sebagai cabaran... mudah-mudahan budak2 bertuah tu dibukakan minda & skill yang ada untuk bertarung 21 & 22 Mac depan...



**eceh! semangat cam pasukan bola Malaysia je... puihhh.. (bak kata kawan lama yang memang loqlaq)






2 comments:

azieazah said...

Takpa la. Yang penting depa berani juga nak turun padang. Itu lebih baik dari kalah sebelum bertanding!

ejaescobart said...

kak Azie,

tapikan.. kadang tu tengok cikgu2 yang semangat lebih... tu yg tak tahan bila kalah tu.. maunya cikgu tak meraung dulu... :P