Thursday, August 18, 2011

selamat mencuba ye..

terima kasih pada Belinda & ~ayu~ yang sudi komen ayam panggang ala Inggeris la sangat tu sedap... walaupun tak rasa lagi... :D

atas permintaan Belinda a.k.a Benz ini dia resepi nya.. dari blog KakJee.. aku just copy paste kat sini...



BAHAN2NYA
½ ekor ayam - aku guna 7 ketul peha ayam..
1½ sudu kecik rosemary kering (kalau dpt fresh mesti sedap) - yang ini aku terrrrbubuh lebih..
2 sudu besar lada hitam biji (ditumbuk kasar)
2 sudu besar madu lebah
2 sudu besar minyak zaiton (minyak apapun boleh kot) - aku guna minyak masak je..
1 biji lemon - lemon tak dak aku guna oren sunkist
garam secukup rasa


CARA:
Bersihkan ayam dan lap dengan tisu towel hingga kering. Sagat kulit lemon (kuning jer. Jangan sampai putih nanti pahit) dan ketepikan. Perah air lemon ke dalam mangkuk. Tumbuk kasar lada hitam, ramas rosemary dan campur. pastu masukkan dalam mangkuk yang ada jus lemon tadi.

Campurkan minyak, madu dan garam. Lumurkan ke seluruh ayam yang telah dicucuk2 manja dengan garfu. Akhir sekali lumurkan dengan kulit lemon. Perapkan dalam peti ais selama sekurang-kurangnya dua jam. Kalau lebih lama lagi elok. Bungkus ayam yang telah diperap dalam alluminium foil kemas-kemas. Pastu bakar dalam oven bersuhu 200 darjah selama sejam.

Selepas itu, keluarkan dari foil dan bakar lagi selama 10 minit supaya nampak garing. Kalau ayam itu besar dan berisi, tambahlah masa memasak sehingga puas hati. Makanlah dengan sos cili. hidangkan bersama baked potato skins.



*selamat mencuba la ye..
** kakjee - tima kasih daun keladi ye berkongsi resepi...