Tuesday, August 2, 2011

kembali ke sekolah..

Selasa..


Hari pertama berpuasa di sekolah baru... belum tau lagi aktiviti apa untuk murid-murid sepanjang Ramadhan ni.. yang belum tau tu aku je laa.. rasanya.. cikgu ustazah di sekolah dah susun progam sepanjang Ramadhan ni... aku je yang tak tau.. mungkin nak bagi surprised kot... hahaha...


kalau di sekolah lama.. awal pagi ada tadarus... cikgu2 pun kena jadi guru mengaji.. yang tak berapa pandai mengaji macam aku ni.. tolong tengok-tengokkan budak2 yang baca Iqra'... zaman dulu guna Muqaddam je.. tapi aku tengok Iqra' ni lagi mudah la nak ajar dari Muqaddam tu... :)


jadinya di sekolah lama.. waktu pertama & kedua memang tak ada P&P.. diganti dengan tadarus... di penghujung Ramadhan akan ada majlis Khatam Quran.. time tu la budak2 tu dapat duit raya.. yang mana anak yatim tu dapat la lebih sikit... sebab ada yang bagi zakat...


jadi aku pun tak sabar nak tunggu program di sekolah baru ni.. nak kata baru tak la sangat .. sebab dah masuk bulan 8 dah pun...



*lepas ni aku nak adakan program PECUT utk budak2 tahun 2 & 3.. ada yang nak demam dah aku rasa ni... hehehe

No comments: